CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Friday, November 8, 2013

Ingatkan.

Jauh, semakin jauh aku hanyut di bawa mimpi, Kadang daku tersenyum geli hati, Kadang juga bermurung susah hati, Jauh, jauh aku menyelusuri kisah lama yang sudah aman bersemadi,
Ingatkan aku, sebelum aku jauh lagi, Ingatkan aku supaya tidak terjatuh lagi, Ingatkan aku pada satu inderaloka yang abadi, Ingatkan aku pada sesuatu yang Hakiki,
Oh hati yang kadang lalai dengan dongeng duniawi, Lentoknya jiwa dek kerana asyik dengan lakonan tiada henti, Hingga terlupa hakikat aku hamba pada Ilahi, Tenggelam,lemas dalam arus yang dasarnya sudah mati..
Tolong, tolong ingatkan aku pada dia yang Abadi, Tolong, tolong ingatkan aku tentang janjiNya yang pasti, Jujurnya hati ini ingin kembali, Pada fitrahnya dengan hati yang bersih dan suci.

Sunday, July 7, 2013

Datang lagi.

"Berkarya dalam khayalan,melakar sebuah impian.. 
Di balik cermin realiti,semuanya indah belaka.. 
Tiada sedih tiada duka, hanya gembira & bahagia..
Yang terasa kosong, mula rasa terisi..
Yang dahulunya gelap, sudah mula cerah diterangi..
Terbitnya luhur maknawi..
Dibayangi penuh kesan hakiki.."

Saturday, November 17, 2012

Rasa & Dia.

Pada bait-bait kata yang terungkap itu, 
tersusun satu persatu ayat indah, 
berselang selikan perasaan kasih ,
bersulamkan juga rasa rindu.

Di balik,kata yang terbit itu.

Tak hadirnya kosong bersahaja membatu,
tetapi sarat penuh dengan makna.
mahu capaikan hasrat dijiwa bagi Dia yang Esa.

Dia itu yang ada dimana-mana,

Wujud tidak kira masa,
dikala suka mahupun duka,
cuma,aku hamba sentiasa lupa,
akan Dia yang sentiasa bersama.

Aku ini hamba tak punyai apa-apa,

Aku ini jua milikNya.
Dia yang Maha Kaya,
Miliki segala-galanya,

Wujud derita bukan untuk selamanya,

Hadir gembira tidak kekal untuk selamanya,
Rasa syukur padaNya kunci bahagia,
Rabbul Jalil pemilik hati kita..

Thursday, February 16, 2012

Dengan siapa kita bekerja.

Dengan siapa anda bekerja itu menentukan besar atau kecilnya kejayaan hidup anda

-Warrent Buffett-

kita kan hamba ALLAH. Jadi kite kerja dgn ALLAH la kan? Tiada zat yg lebih sempurna dariNYA.



Kalau betul - betul kerje dgn DIA, betul-betul besar kejayaan kita perolehi.

Tingkatkan sifat Ihsan, hidup kerana Allah.

Saturday, February 11, 2012

value.

Itu ini kau suarakan, itu ini kau mahu capai, itu ini kau maksudkan.. semuanya ibarat tak berbatas, tapi tak nampak pula nilai disebalik kemahuan kau.

Anak muda...

Aku pernah juga lalui waktu itu, rasakan semua itu mampu milik, semua itu kekal, kejar apa?

Kebendaan?
Nama yang masyhur?
Kepuasan?

Don't worry young lads.. i'm used to be like you before this, it not your fault. Just take time to learn about life. After this you will learn about value.

Keep walking. :)

Tipu.

Tipu kalau aku cakap, sikit pun tak rindu nak menulis di sini.

Tipu juga kalau aku cakap, setiap kali online aku akan buka blog ini.

Lagi tipu kalau aku cakap aku terlalu sibuk dan tak sempat nak taip sesuatu di blog ini.

Tapi itulah aku, sekarang serabut, dulu serabut moga moga kedepan janganlah serabut.

Habis.

Kelam-kabut dibuatnya.

Seingat bila mula sekolah baru, aku ingin sekali lagi ligat..
Mencatat sesuatu yang aku telah buat..
tak nak lagi macam dulu, selalu liat..


Thursday, January 5, 2012

2011 - 2012

Betapa aku rindukan untuk menulis sesuatu di laman dilemma ini, ibarat rindunya anak kucing yang sesat berminggu-minggu dari ibunya dek kerana leka bermain dan diculik dibawa pergi ke suatu tempat yang asing. Ada kaitan? Harapnya ada.

Provokasi, ujian serta berbagai lagi rintangan hidup yang hadir dalam proses mendewasakan diri ini telah menggagalkan pelan untuk aku mencoret sesuatu di dalam laman ini.

2011 berlalu pergi kenangan indah bersemadi bersama saat-saat yang telah meninggalkan jauh dan tak akan kembali. Percayalah! tak akan kembali. Jutaan memento suka duka yang telah dilalui dan terjadi akan terus bersemadi didalam neuron otak begitu juga di dalam benak hati. Yang baik dijadikan teladan yang buruk pandai-pandailah buat sempadan.

Kelibat aku di 2011 cukup mendewasakan, bermonolog sendirian menjadi menu utama kehidupan Membicarakan konsep ikhlas, membicarakan tentang rangkap ayat inggeris "Life is about giving" dan juga membicarakan rankap ayat inggeris yang kedua " Live life like a king".

Dimana aku sebenarnya. di dalam sebuah kotak, bermain di sempadan selamat atau dalam kancah keserabutan memucak, cubaterus mendayung melawan arus? sebenarnya dimana aku? Hanya Allah yang tahu.

"When Allah is the only for you to live, so there is no reason for you to stop"

Simpan kata ini untuk menilai syukur aku akan konsep hamba.

2011, begitu cukup mendewasakan. tentang gaya, tentang kepuasan, tentang bahagia, tentang kekeluargaan, tentang percintaan, tentang keperibadian, tentang ,tentang dan terus tentang, tentang.....



Jauh, banyak, ribuan, tersemat di ingatan. Yang pasti PENGAJARAN!

2012, Gagah keluar dari kotak, mencari nafas baru. membina legasi baru. lupakan yang lama, lenyapkan yang pilu. Syahdu.. Semuanya baru, agar lebih baik dari yang dulu. Pimpinlah hambaMu ini dengan segala hidayahMu.

Kekuatan, kecekalan, ketabahan...


*11.11.11 umurku 22... 12.11.11 perginya datuk kesayangan bertemu Ilahi. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersamanya.

Sunday, November 13, 2011

HATI

Please pay Attention - Sila beri perHATIan
Be-careful - Sila berHATI-HATI

Jatuh HATI.
Sakit HATI.
Kecil HATI.
Makan HATI.
Susah HATI.

dan lain-lain lagi yang melibatkan dengan hati...

Sedar atau tidak sedar semuanya melibatkan hati, mungkin munsyi-munsyi bahasa melayu dahulu kala sudah sedar akan peri penting besarnya peranan hati dalam kehidupan manusia.

Sesungguhnya di dalam jasad manusia itu terdapat satu ketul darah. Apabila baik darah itu, baiklah seluruh anggota jasad. Sesungguhnya darah itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Friday, November 4, 2011

ibarat sungai yang mengalir ke hilir.

Tahukah anda, kita manusia hanya memandang serius jika sesuatu itu berlaku dan hanya nampak di depan mata sahaja. Sebagai contoh, kalau penggunaan eletrik yang keterlaluan, kita akan bertindak bijak dengan berjimat cermat dan mengawal penggunaanya. Hal ini demikian kerana, kita pasti jika berlebihan bil eletrik akan melambung tinggi. Kesannya, banyak wang yang akan dikeluarkan bagi membayar bil eletrik. Jadi itu sesuatu yang berlaku secara nampak.

Bagaimana pula perkara yang kita tidak nampak dengan nyata. Iaitu pembaziran masa. Masa dihabiskan begitu saja dengan bual-bual kosongnya, dengan perkara yang tidak berfaedahnya, dan pelbagai lagi..Masa dibazirkan begitu sahaja, kerana sukar untuk kita merasa akan kerugiannya.

Ingat sahabat sekalian, masa yang berlalu ini diibaratkan sungai yang mengalir, kita tidak akan memijak kembali air sungai yang sama sesudahnya mengalir ke hilir.


Friday, October 14, 2011

Biasalah tu dah nama manusia.

Memang lumrah manusia mungkin, kalau dapat lakukan dua perkara ni semua akan gembira. Nak tahu apakah dua perkara itu?
-Yang pertama makan percuma.
-Yang kedua pula mengata orang.

Tapi perkara yang pertama itu tidaklah menampakkan kesalahan atau mendatang kan dosa kepada diri, cuma perkara gembira yang kedua itu memang perlu dijaga.

Kalau diikutkan normalisma keadaan seseorang, kalau mendengar sesuatu yang baik berkaitan dirinya, seperti dipuji atau sebagainya. Sudah pasti hati berbunga-bunga suka. Tapi kalau berlaku sebaliknya, terdengar cacian, makian atau segala yang tidak baik tentang dirinya. Mesti melenting tak kira. Biasalah itu manusia. Kau dan aku sama.

Bersabarlah..

Andai terdengar yang enak-enak sahaja, tak elok juga risau perasaan riak pula datang menjengah. Bukankah riak itu syirik kecil. Bahaya. Seeloknya kembalikan segala puji itu kepada Maha Agung Pencipta dan Pemilik sekalian alam, Allah.

Andai pula terdengar yang tidak baik. Kenal pasti sama ada betul atau tidak perkara itu, kalau betul, ambillah sebagai peluang untuk memperbetulkan diri. Kan elok begitu.

Sama - samalah kita bermuhasabah diri. :)

Wednesday, October 12, 2011

syukurlah.

Cuba menghitung satu-persatu nikmat Allah yang dikurniakan kepadaku, sudah membuat aku terlena, pabila bangun semula dari lena dan kembali menghitung, masih lagi belum mampu aku jumlahkan semuanya..

Bersyukurlah, sebutlah Alhamdulillah.

Monday, October 10, 2011

Raihan I'tiraf (doa taubat) With Lyric [HD] .avi

Diceritakan jika seorang anak berjalan ke arah kemusnahan sudah pasti mesti seorang ibu itu akan melarang dan menasihatinya, agar tidak melakukannya. Itu baru kasih seorang ibu, bagaimana pula kasih Allah yang Maha Penyanyang, begitu banyak nikmat yang telah dilimpahkan keatas umat manusia,agar sentiasa bersyukur dan beribadah kepadaNya. Tetapi manusia itu selalunya alpa dek kerana terlalu cintakan dunia.

Allah ini bersifat Maha Pengampun, sebanyak manapun dosa yang telah dilakukan oleh hambaNya, Dia masih lagi tetap memaafkannya. Cuma, janganlah sesekali menyekutukanNya. dan ingatlah, sesungguhnya azab Allah itu pedih.



p/s : sambil mendengar lagu nasyid Raihan - I'tiraf.


Friday, October 7, 2011

warisan.

Kalau ikutkan hati ingin aku tinggalkan sebentar dunia perubatan ini, bukan kerana tak mahu, bukan kerana tak suka, mungkin cinta itu belum berputik lagi sepenuhnya. Ingin berehat sebentar mengejar cita.

Bukan ini yang ingin aku sampaikan, tapi adalah hajat yang telah terbuku di dalam jiwa iaitu menyelami seni warisan.. Kian lama kian pupus dimamah usia, hilang dek rakus keghairahan modenasasi menggila. Semuanya hilang...hilang tah kemana.

Seni mencanting batik. seni ukiran kayu, seni ukiran emas, perak dan gangsa, masakan tradisional.
Kalau boleh inginku kuasai semua, jika tak boleh sekurang-kurangnya biar satu dari semua itu untuk bekalan anak cucu.

Habis semua tergadai, aku risau suatu masa nanti, mungkin juga bahasaku sudah lain. Siapa tahu?

Keliru tapi perlu.

Panggilan telefon dari Faiz semalam sudah membuatkan aku untuk kembali mengimbau zaman lampau, 6 tahun lepas di mana pada waktu itu aku berumur 16tahun dan masih lagi menimba ilmu di bumi Waqafan.
"Salam, Fahmi, aku nak tanya kau ni, esok boleh hadir mesyuarat tak? Untuk apa wei Faiz? ni haa, kau kena pegang biro Perhubungan dan Penerangan ABIM Mesir. Ohh... terkesima sekejap, aku akan pertimbangkan dulu boleh?

Terselit kembali memori ketika di surau Saidina Ali, bumi waqafan. Di mana waktu itu semua pelajar tingkatan 4 dikumpul untuk satu sesi taklimat. Rupa - rupanya waktu itu ada sesi taklifan bagi jawatan Tanzim Jabatan Nuqaba. Ketika disebut satu persatu nama sahabat yang naik untuk menerima jawatan, semua okay sahaja. Sebab yang disebut itu semua muka favourite surau. Tetapi bila sebut sahaja nama Ahmad Fahmi, semua macam senyap seketika, Abe Awe yang ketika itu mengumumkan nama pun tersengih seketika. Aku sudah pasti terpaku. err err..

Suasana tarbiah KISAS sungguh berlainan, waktu itu berlegar-legar difikiran akan pesan Imam Al- Ghazali kepada anak muridnya. " Benda apakah yang paling berat, dan dikatakan Amanahlah yang paling berat. Serabut sekejap bila memikirkannya. Berat, memang berat..andaikata tak terbuat kerja yang di amanahkan, siapa mahu tanggung? diri sendiri juga. Mengeluh aku sendirian.

Tapi, sapa seorang sahabatku, bukan sengaja Allah berikan kepada kau, tetapi atas sebab-sebab tertentu, cuba bayangkan kalau dapat pada orang yang salah? bagaimana pula?...kosong seketika minda.

Kembali ke waktu asal, selepas difikirkan untuk seketika dan dipertimbangkan dari segala aspek. Mungkin ini satu bentuk disiplin diri. Mengisi diri yang kosong dengan agenda yang berfaedah, mana yang baik kita ambil, mana yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah memandu aku untuk kearah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Wednesday, October 5, 2011

stuck.

Typical thing around local education nowadays.

"Some local education will reward a student who has photographic memory by scoring lot of A' or good grade at their exam. So lucky for those who has good memory.

One of Albert Einstein quote that make me think about it
.
"If you can't explain something simply, you don't know enough about it."

Poor me, i don't have good photographic memory, and i also can't explain something about what i learned simply. :'(

*please do something what you love the most. Chase your dream, enjoy your moment, do your best,excellency come later. Forgive me, that time i'm just immature and stuck between many kind of influenced decision.

9 tahun dan mencuri.

Pagi hari ini, berbual dengan ayah melalui ' FB chat'. Ayah bagitahu yang tas tangan kepunyaan umi telah dicuri oleh pelajar tahun 3, dan duit dan juga semua kad didalamnya sudah dibuang ke dalam lubang jamban.

Dari berita itu, terdapat dua kejutan. Yang pertama sebagai seorang anak mestilah risaukan akan emosi ibunya. Jadi bila selesai berbual akan keadaan umi, semuanya semacam beres, semoga Allah melimpahkan rezeki kepada kedua ibu bapaku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin menjadi peringatan agar di hari mendatang akan lebih berhati-hati dan berwaspada.

Itu baru kejutan yang pertama, dan sekarang ini kejutan kedua. Kejutan ini membuatkan hariku terasa kosong dan dilemma untuk satu masa yang panjang. "Kenapa perlu pelajar berumur 9tahun sudah pandai mencuri, menipu dan sebagainya. 9 tahun, satu usia yang sangat -sangat muda.Terlalu mentah untuk menilai apa itu dunia, tapi sudah pandai untuk mencuri. Di mana silapnya?

1. Ibu Bapa? telah lakukan sedikit soal jawab dengan kakak tentang latar belakang pelajar itu. Didapati bapanya seorang penagih dadah. Okey, dari situ sudah dapat satu kesimpulan awal, kepincangan institusi kekeluargaan sudah melahirkan satu generasi yang kurang sehat. Kerosakan awal itu dapat dilihat apabila kegagalan ibu-bapanya untuk menunjukkan satu 'role-model' yang baik. Itu satu hal dah.

2. Pengaruh rakan sebaya ? Umur 9 tahun, rakan-rakannya yang lain mungkin masih lagi berborak tentang barbie ataupun cerita kartun yang ditayangkan di kaca tv. Jadi mana mungkin pengaruh rakan sebaya ini mampu memberi impak yang besar kepada perilaku negatif pelajar itu.

3. Kesan Ideologi barat ? Penilaian baik buruk itu boleh dibuat dengan akal yang sihat, jika wujud unsur yang baik dari barat, apa salahnya untuk pembaikan ianya diambil, akan tetapi jika wujud sesuatu yang buruk jadikannya sebagai sempadan. Tapi pada pandangan logik, mampukah umur 9 tahun menapis semua ideologi yang tersebar dengan mudahnya?

4. Sistem pendidikan negara ? Jika dikaji semua silibus pendidikan yang disediakan boleh dikatakan mencukupi, tapi sejauh manakah keberkesanannya kepada para pelajar? Itu satu persoalan yang perlu diperhalusi oleh semua lapisan masyarakat. Kalau sistem itu berjaya maka sudah pasti produk yang dihasilkan mestilah menjadi. Tapi berjayakah kita?

5. Didikan agama yang kurang ? Nampaknya bila masalah pertama itu sudah menampakkan kebocoran yang begitu besar, maka secara jelas institusi pertama yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak sudah gagal. Jadi keputusannya, didikan agama memainkan peranan penting.

Nampaknya sudah 5 persoalan yang bermain-main di minda, tapi bagaiman pula cara untuk mengatasi masalah sebegini? sama-sama kita fikirkan.

Wednesday, September 7, 2011

Plan to die, in the same time we plan how to live.

"When you plan how you want to die, In the same time you already plan how your living."

Kehidupan ini bagaikan bermatlmat, apakah tujuan hidup di dunia? Mencari keredhaanNya dan menuju syurga kekal abadi. Tahukah dimana semua itu? Mahu redah begitu sahaja menjalani kehidupan yang fana ini? Jangan. Nanti sesat tak jumpa jalan. Maka rancanglah perjalanan kehidupan ini dengan baik.

Ini adalah salah satu quote yang terdapat dalam novel motivasi Tuesday with Morrie. Kematian adalah satu titik pemisah yang mutlak diantara kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat.

So plan how you want to die, Bagaimana ya? apakah sebenarnya yang ingin disebut oleh Morrie kepada anak muridnya.

Tapi dari pemahaman diri sendiri, apa yang kita jalankan sepanjang perjalanan hidup itulah yang akan dihitung menjadi bekalan amal untuk hari kita esok di akhirat kelak. Jadi memandang dunia ini dari jendela akhirat. Segala perbuatan kita ada batasnya, meninggalkan laranganNya, mengerjakan suruhanNya.

Dan ingatlah antara pesan baginda Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."


Jalanilah hidup ini seperti biasa cuma, jagalah batasnya. Bukan kemahsyuran hidup di dunia ini yang dikejari tetapi keindahan hidup di akhirat kelak.

Ada orang berkata dunia ini ibarat rumput dan akhirat itu ibarat padi. Seandainya kita menanam rumput, hasilnya rumput sahajalah yang akan tumbuh. Tetapi seandainya kita menanam padi, maka yang bakal tumbuh adalah padi dan rumput. Analogi ini sebenarnya mengajak kita untuk melihat kehidupan kita. Apakah sebenarnya matlamat kita hidup di dunia? Adakah kita ingin menjadi penanam padi atau penanam rumput?


Monday, September 5, 2011

Test Bumper Raya Sekali.

Maka bila berlabuh tirai Ramadhan, Syawal pula bakal menjengah. Selesai juga sebulan berpuasa di bumi Mesir, Alhamdulillah. Moga diberi kesempatan di masa hadapan untuk terus beramal.
Seperti biasa,setelah lama menghilang laman sesawang blog sendiri sudah pun barangkali bersawang. Ketiadaan masa, mood yang tidak begitu menentu, internet yang kejap ada kejap tiada. Semuanya menjai faktor penyumbang kenapa tiada kekerapan update yang kerap. Tapi itu semuanya satu alasan untuk mengelak. Semuanya adalah diantara MAHU atau TIDAK MAHU. Ada faham semua?

Syawal kali ini juga menjadi Syawal pertama yang disambut tanpa ahli keluarga tercinta disisi. Kerinduan yang menebal itu memang tidak dinafikan, hanya doa yang tulus ikhlas dikirimkan agar restu mereka disana sentiasa menemani diri yang dikejauhan ini.

Sehari sebelum raya, kelibat rakan dan taulan begitu meriah sekali, kehulu-kehilir menyiapkan persiapan raya. Di rumah sendiri juga apa kurangnya. Sampai tidur pun terpaksa ditangguh sebentar bagi menyiapkan juadah di pagi Syawal.

Nasi impit, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Kek Coklat, Kek Vanila, Biskut Almond London dan juga Biskut Cornflake menjadi hidangang pilihan untuk para tetamu.

Bertamu juga kami semua di pagi syawal. Takbir raya indah bergema, seluruh alam ceria mengagungkanNya. Moga dicucuri rahmat ke seluruh alam. Solat sunat aidilfitri, berkonvoi kami semua ke Dataran A'syir. Kali ini Ikhwan Muslimin, menaja proses majlis solat sunat Aidilfitri. Wajah ceria terpaut di setiap wajah-wajah kaum muslimin dan muslimat. Moga ketemu lagi kita pada Ramadhan akan datang,medan tarbiah selama sebulan. Kemudian harapanya istiqamah dalam kehidupan seharian mendatang.

Ribuan kemaafan kupohon, andai tersalah kata, terusik jiwa, terkata tak tentu hala, termarah tak berpada, semoga kemaafan dari semua menjadi pengukuh tautan silaturahim kita bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin.

Friday, August 12, 2011

inner beauty.

Tengah hari, tenang..sesudah solat Jumaat. Suhu suasana panas, ini yang dikatakan sauna semulajadi.. Alhamdulillah, selesa bertemankan kipas di sini.

Mencari posisi sesuai, kembali membaca buku.. tekun, tak mahu dinganggu.

Satu perenggan dalam bahan bacaan buatku terfikir,

*mengelamun sebentar..

Tinggi, putih..mata lebam lebam sikit, ala - ala nurul syuhada nurul ain. Err err, puasa lah! mana boleh fikir pasal perempuan sangat. SNAP!!

Bersifat fizikal, tidak bersifat kekal..itu la hakikat luaran.

Tapi apa yang lebih 'cantik' dan bernilai..the "Inner Beauty"

Masa berlalu tak berhenti, zaman berubah bersilih ganti..kecantikan luaran juga luntur bersama pergi..

Pada ketika itu jangan sesekali mencoba untuk mencari yang lain.. Itu sudah tidak adil, itu sudah sedikit pincang..

Maka kenali dan hargailah..

kecantikan dalaman. yakni, kebaikannya..

Wednesday, August 10, 2011

mengarut sekejap.

Cinta itu terlalu abstrak..
bersifat subjektif..
definisinya bergantung pada setiap diri yang punyai hati..

kadang-kadang cinta itu bagaikan tidak rasional..
tapi itu adalah soalnya hati..

apa pun, tak diundang dia datang..
tak perasan juga bila dia pergi.