CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, April 19, 2009

Frank Sinatra- My way

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my

Dikala sunyi suka betul diri memutarkan lagu ini sebagai halwa telingan dan juga teman. Lirik indah sedikit sebanyak punyai makna pada diri.

Friday, April 17, 2009

exam oh exam...

Sudah lama jari jemari ini tidak menari di atas papan keyboard yang dahulunya menjadi teman karib. Aku menulis suatu dari isi hati untuk dikongsi bersama sahabat yang lain. Hari ini jari-jari ini di atas kehendak hati,ransangan dari otak memeri peluang untuk menulis kembali. Sekian lama menjadi buntu, bukan keran sudah tidak mahu berkongsi ilmu, tetapi masa yang terhad telah memenjaraku.

Alhadmulillah kini jari-jemariku bebas kembali untuk mencoretkan kata-kata hati dalam tulisan berpenakan teknologi siber di ini hari. Lewat sudah tahun pertamaku,di bumi anbia serba indah ini. Penuh dugaan mendewasakan diri dalam tiap masa yang berlalu.

Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja untuk aku menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Indah perjalanan sepanjang diri menjadi mahasiswa, pelbagai rintangan memberikan pengalaman yang tidak terbilai harganya.. Pelajaran ‘anatomi, fisiologi,histology dan biokimia,mewarnai hidup di setiap hari.

Tidak sangka sejauh ini diri aku melangkah,Alhamdulillah ku bersyukur kepada Allah kerana memberi ruang kepada insane kerdil ini untuk mencuba sesuatu yang baru melakar sejarah hidup.

Terima kasih umi dan ayah, pengorbananmu tidak dapat ku balas,kerna tidak tahu apa layaknya sesuatu sebagai balasan di atas segalanya. Membilang hari diriku kini menghadapi peperikasaan akhir tahun. Sama ada mampu mengubah sejarah atau suatu hikmah baru sebagai pengajaran di masa hadapan. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hambuMu ini, agar segala usaha dan langkah diredhaiMu.

Di sini sahabat penuh warna-warni latar belakang semua sekali dengan satu matlamat mahu mengecapi kegemilangan bersama. InsyaAllah rezeki Allah di hadapan, ayuh sahabat mari kita mara usah dipandang kisah belakang biarkan semua itu jadi kenangan dan pengajaran.

Berbaki masa-masa kecederaan sebelum masuknya 10 Mei bermulanya kertas pertama ‘biokimia’ tidak lama selepas itu serangan kedua mula datang 26 Mei ‘anatomi’. Sarat otak ini menampung ilmu, tidak dibiarkan begitu saja terus diterjah pada 28 Mei dengan jurus kertas ketiga ‘histologi’. Senak seketika bermain dengan lakaran-lakaran seni sel halus. Berbaki kertas terakhir pada 14 Jun 2009 maka tamatlah kisah mahasiswa di tahun pertama. Semoga Allah memberikan kejayaan kepadaku dan juga seluruh warga sahabatku. Amin.

Berusahalah sehingga saat-saat terakhir, berdoala agar diperkuatkan hati dikuatkan daya ingatan. Selamat menempuh hari peperiksaaan….

Thursday, September 11, 2008

selimuti dirimu dengan kebaikan...

Selimuti diri mu dengan kebaikan, suatu frasa ringkas diliputi ratusan definisi yang mungkin mampu mnegunkai seribu indah kata terbitan hati.
selimuti dirimu dengan kebaikan, perjalan indah seoraang hamba Allah, bermula dari celik matanya menunaikan fardhu subuh dan seterusnya kembali melelapkan mata sesudah selesai isya'. Tatkala hati berasa kosong jiwa terasa lapar isikanlah rohani, dengan santapan terbaik zikir kepada Allah, sujud kepadaNya menunaikan solat sunat pada waktu satu per tiga malam. Itulah golongan dimana sentiasa memburu keredhaan Allah.

Berdiskusi hati, ini setelah bangun dari mati, terjaga pada jam 0315 pagi, memilih untuk terus tidur atau bangun memberi sebahagian dari diri untuk mengabdikan dengan ibadah 'Qiamullaill'
bertalu-talu persoalan menerjah halus ke dalam jiwa lemah. Perlahan-lahan tiupan hasutan syaitan dan iblis yang tidak pernah sayu menghasut agar tidak sujud pada Allah, tidak mengira waktu dan tempat. Bergaduh antara nafsu dan iman, mana satu yang terbaik.

Gagahnya sesorang itu apabila mampu melawan nafsu dan hasutan syaitan pada waktu itu untuk melakukan ibadah kepada Allah, baginya tidur tidak membawa makna yang begitu mendalam berbanding bergetar jiwa takut akan Ilahi. Tetapi gagalnya seseorang itu apabila tunduk dan patuh akan godaan syaitan yang direjam untuk tidak sujud kepada Allah.

Ayuh sahabat-sahabat, mari kita bersama memperkukuhkan iman dengan menjalankan ibadaha Qiamullail...

Thursday, July 24, 2008

"tautan hati, kasih bersemi...

"tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga kamu mengasihi saudaramu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri"

Memetik hadis baginda Rasulallah yang terkenal mengenai nilai ukhuwah mampu mengupas
1001 persepsi tersendiri bagi sentiasa insan. Manisnya bila berukhwah itulah suatu ungkapan yang selalu disebut oleh seorang sahabatku, malah ungkapan itu sentiasa bermain dalam hati sanubari insan kerdil ini. Insan ini tidak mengerti pada awalnya, adakah ukhuwah itu dinilai dari segi kebendaan,pangkat dan darjat. Maka malanglah bagi mereka yang meletiakkan perkara sebegitu sebagai kayu ukur ukhuwah mereka.

Hal kasih yang bertaut antara hati ke hati insan wujud kerana nawaitu meletakkan ikhlas bersahabat kerana Allah. Ukhuwah ini baru seindah pelangi. Pernah insan ketika berada bersama-sama sahabat di surau Saidina Ali, ketika itu waktu pengisian tazkirah selepas maghrib. Insan gagahkan diri untuk berkongsi ilmu dengan semua sahabat mengenai ukhuwah. Mengklasifikan tahap kasih antara sahabat bermula dari kenalan biasa hinggalah kepada satu "keluarga baru". Nilai manisnya berukhuwah sungguh tidak terhingga,suka duka, pahit manis dirasai bersama.Barulah dikatakan ukhuwah mantap.

Ku Selalu Membanggakanmu, Kaupun Selalu Menyanjungku, Aku Dan Kamu Darah Abadi,


Berukhuwahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah, nescaya ianya pasti lebih manis dari madu.

Monday, July 21, 2008

kebangkitan setelah tersungkur...

Kekeliruan hala tuju hidup andaikata sesudah terungkur di perhentian pertama hidup kita putus asa.Maka bersoraklah syaitan dan iblis, bukan kepalang girangnya hati mereka berjaya menghasut anak Adam supaya berputus asa dalam melakukan kebaikan.Aduh keluh kesah sentiasa bermain di hati jika tersungkur di medan pertama.Apakah itu suatu pengakhiran bagi kisah perjalanan hidup kita.Andaikata gagal sekali adakah akan kekal selamnya? satu persoalan yang jelas akan jawapannya.Tetapi adakah jawapan itu sudah cukup untuk menjadi panduan agar untuk menyakini sikap untuk berubah.

Jatuhnya seorang wira itu di medan pertama nya bukankah satu noktah untuk dia berputus asa.Untuk menjadi seorang perwira yang gagah tulen dia perlu bangkit sekali lagi, dengan penuh yakin melakar satu perangkaraan baru untuk berubah dan berjaya.

Bangkit gagah memacu suatu kisah hidup baru adalah satu perkara yang memerlukan pengorbanan yang berat dari diri sendiri.Selalu terlintas di hati kecil, adakah mampu aku mengikis semua kesilapan semalam,dan dapatkah aku tidak mengulanginya?. Persoalan yang sungguh jitu memerlukan kekuatan diri yang telus untuk menjawabnya.Ukur tahap mana kemampuan kita maka fikirkanlah apa yang terbaik bagi diri.

Setiap saat perubahan itu, tetap akan berlaku dan apa yang perlu dipastikan ialah, perubahan itu adalah suatu yang lebih baik. Hal ini baru boleh dibuktikan bahawa kita seorang yang berjaya.
Gagal ini bukan satu noktah,tetapi suatu peringatan untuk kita melakukan suatu yang lebih baik.
Maka, aturlah langkah dengan penuh keimanan dan keikhlasan untuk menuju suatu kejayaan yang terbaik.

Memetik satu kata-kata manis dari sahabatku,

Kejayaan bukan warisan, Kegagalan bukan tradisi

Wednesday, July 9, 2008

sekadar renungan...

Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".

Sunday, June 29, 2008

sekadar renungan...

Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W telah bersabda, apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amalannya melainkan tiga perkara.

1-Sedekah yang sentiasa berjalan terus.(sedekah amal jariah)

2-Ilmu yang berguna dan terus diamalkan.

3-Anak yang soleh, sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan ibu bapanya.