CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, May 11, 2010

cinta dan perkawinan

Berbicara tentang cinta dan perkawinan tidak akan pernah habis dan bosan untuk diungkapkan. Pada kali ini, ada sebuah kisah teladan tentang cinta ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya.

Plato bertanya pada gurunya tentang makna cinta. Gurunya pun menjawab “Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan pernah balik ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”. Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun menanyakan hal itu padanya.

Plato pun menjawab, “Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tapi, setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan itu tadi yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”
Gurunya pun berkata, “Itulah cinta”.

Lalu, Plato pun bertanya lagi, apa makna perkahwinan?

Guru pun menjawab; ”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya lagi, maka Plato pun menjawab; “Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk dan tidak terlalu tinggi, Saya pikir, saya mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang guru pun berkata; “Itulah makna perkahwinan.”

Begitu banyak pilihan yang ada di depan mata kita pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan. Apabila terlalu memilih, tidak satupun yang akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya datang sekali. Sedangkan dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tak pernah tersimpan pada hari semalam, kemarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

-dipetik dari blog orang lain-

Sunday, May 9, 2010

happy mother's day!

Mungkin agak terlewat untuk mengucapkan "selamat hari ibu, untuk bondaku yang disayangi Hjh.Rusnani, semoga umi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Tidak juga, ucapan "selamat hari ibu ini, aku ucapkan untuk seluruh warga bumi yang bergelar ibu, "Mom you are the best".

Kelewatan membuat ucapan rasmi pada tarikh yang tertentu disebabkan oleh kekalutan 'exam final', alhamdulillah berlalu sudah 1 subjek, semoga lulus dan diberkati Allah. Sangat meletihkan pabila berada dalam kondisi yang seringkali mencampakkan diri untuk bekerja keras di minit-minit akhir peperiksaan, diharapkan perkara ini tidak berulang lagi. -Pesanan ringkas untuk diri dan semua-

Dilihat,terdapat pelbagai cara yang cuba dipamerkan atau diluahkan tentang isi hati anak-anak pada hari ibu. Antara yang menarik minat, ialah video memgang kad ucapan, *saudara omar mokhtar dan juga rakannya di sunway college, guys yor are so creative.
Anak-anak cuba, melahirkan rasa penghargaan yang amat sangat di atas segala pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang insan yang bergelar ibu.Mengandungkan, memebesarkan, bukan suatu kerja yang mudah, jadi itu adalah suatu pengorbanan yang mulia! sekali lagi TERIMA KASIH buat mereka yang bergelak ibu,emak,umi dan lain lain lagi..=)

ibu, kaulah ratu dihatiku,
hati ini, sebenarnya terasa rindu,
akan segala curahan kasih sayang mu itu,
ingin daku kembali di waktu dulu,
sewaktu kecil engkau bersama aku,
ku dibelai manja sepanjang waktu.
ibu kaulah ratu,pengubat dukaku,
sedih, gembiraku, kau cuba mengambil tahu,
cuba memahami dan membantu,
semoga Allah sentiasa merahmatimu,

Wednesday, May 5, 2010

celoteh bila letih...

Hari, ini mood sudah baik berbanding 2 hari lepas, tengok buku pun dah rasa macam nak tidur, alhamdulillah hari ini, 3hari sebelum exam, mood baik! Alhamdulillah once again.

Sepanjang, musim exam ni, syndrome yang pelik memang akan selalu terjadi, dan yang paling ketara sekali ialah,
1- tidur yang tidak pada waktu yang sesuai.
2-makan,makan,makan yang banyak.
3-mood yang swing swing, tapi kali ni, banyak mood sway~.
4-M.A.L.A.S juga masuk dalam carta.

apapun, semuanya di tangan kita untuk menguruskan kehidupan seharian kita, moga-moga segalanya dipermudahkan Allah.

Tahun, ini lagu tema untuk exam, amatlah pelik juga, sebab rasanya dah lama tinggal dari mendengar lagu lagu rock zaman 70's 80's 90's ni, tapi, this year memang telinga nak sangat dengar koleksi lagu tu.
-ACDC , Metallica, Deep Purple, Led zepplin, Kansas, Journey, Scorpion...etc, serius memang best! so, this year exam memang rock la!
Orang selalu cakap, lagu lagu rock ni, selalu tiada mesej la, mengarut la..apa apa semua la! tapi itu biasala, pandangan peribadi,
Masa menjawab koleksi soalan M.C.Q, lagu yang sedang didengari, ialah Metallica, Frantic..
dapat tangkap, lirik dia yang agak memberi pengajaran...

if I could have my wasted days back,
Would I use them to get back on track?

kalau dia dapat balik masa-masa yang dia sia-siakan, dia mungkin mahu buat yang terbaik, tapi semua tu tak mungkin akan berlaku, walau apapun, perkara yang telah berlalu itu mampu dijadikan sebagai pengajan yang terbaik, agar tidak mengulangi kembali perkara yang sia sia..
sama-sama fikirkan... =)

Sunday, May 2, 2010

Oh no! i'm melting.

Oh no! I'm melting, due to excessive intake of info from total 3 physiology books, make me want to puke. Be patience fahmi, "Patience is Nice".

Saturday, May 1, 2010

sedikit perkongsian..

macam, biasa sudah selesai mengupas sepatah dua, maksud dalam buku "medic" yang agak nipis, tetapi sangat sarat isinya,

some word from me..

we are now living in society, don't just think about yourself think also about others
try to live in harmony...may Allah bless us..

Friday, April 30, 2010

coretan tentang sahabat 1st

mungkin kegilaan untuk menulis di malam hari agak menjadi-jadi tatkala tekananan yang diberikan oleh 'exam final' kali ini agak kuat, bergerak :
-memandang buku, baca buku, tenung buku, cuba hafal buku.
akhirnya, tersungkur dengan,"pheww..banyaknya nak di hafal, time and time!!!"..

Tidak mengapa, akibat mahu hilangkan rasa mengantuk dan juga rasa bersalah "Study Last Minutes" so, menulis la sikit,

menulis sesuatu, tentang seorang sahabat,..sorry to him because sepatutnya, dah lama post tentang dia, "due to his demand, i wrote this, but its okay, he is one of my bets buddies.! rock on dude, rock on dude.

Muka tenang, agak pendiam, tetapi bukan sekadar diam, tetapi cuba mengamati perilaku orang berhadapan dengannya. Agak menakutkan tetapi sebenarnya, seorang yang peramah, mungkin inign menjaga batas dalam berukhuwah, menjaga hati dan perasaan di masa depan kelak insyaAllah. Anak sulung dari 3 adik beradik, hitam manis orangnya, pertama kali berkenalan mungkin tidak mahu bercakap banyak dengannya, mungkin kerana malu, atau dia rasa tidak sebulu, tetapi silap.sekarang ini sudah macam belangkas kemana pergi nak bersama saja, "opps, not a gay okay! come on. katakan taknak pada hubungan sejenis.
Sekarang sudah masuk tahun ke-2 persahabatan mencari keredhaanNya, macam macam mehnah dan tribulasi kami sudah tempuhi, cuba memahami, keadaan satu sama kali dan juga keadaan sekitar, banyak mendapat nasihat dan dorongan dari nya, tapi semuanya berunsur kutukan membina, "but it okay, everyone here know the way you always tried to give your message" kalau ada yang terasa tu, mungkin baru mengenali dirinya..
Erk, time time, agaknya, banyak lagi mahu menulis sesuatu tentang sahabat ni, mungkin di lain hari pula, masa untuk sambung belajar sudah tiba.

credits to : Abdul Muntakim Ahmad Ashaari, thanks be such a good friend to me, ukhuwahfillah..

malam study fisiology.!

hari ini,sudah lama aku menyepi, rasa pula ingin di hati untuk menulis sesuatu di blog usang, mungkin sesuatu yang sudah lama terbuku, dan tidak ketemui pula cara untuk berkongsinya, jadi menulis blog menjadi sasaran.

Aduhai, nasib badan kerana sikap malas badan menjadi mangsa, keutamaan sekarang habiskan sebanyak mungkin buku "fisioogi tahun 2" mana yang sempat itu, yang kita rembat buat bekal dalam masa yang singkat, hari ini hingga tarih peperiksaan, durasi yang tinggal 9 hari, peratusan hasil ilmu yang sempat dicedok masih di paras normal 64%, aduh kerja bahaya. tetapi berlagak dengan senyum sahaja, sembunyikan sejuta kegelisahan.

Tahun ini, 2010 tahun 2 perubatan sia-sia juga ada kenangan memang pasti ada, tetapi pengisian masih perlu ditagih lagi, semalam baihaqi, 'one of my best Jr.' meminta tolong mengiklankan "Daurah Di Yaman" wah, agak menarik rasa tertarik juga hati untuk ke sana, insyaAllah jika ada rezeki diizinkan Allah, mahu juga membawa diri, menadah kitab, paling kurang boleh menjadi bekal menempuh ranjau yang penuh liku ini.

Hahaha..gelak tawa riang hati, kawal sama, nanti makin gelap pula hati, ketawa riang lupa pula padaMu Ilahi, minta dijauhkan..amin
oh, masih masih teringatkan akan kegelisahan bagaimana mahu hadapi "exam season" 1bulan penuh dengan persediaan.

Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusanku dan juga semua sahabat perjuangan. =)