kaku bisu, lesu tanpa bertutur laju lidah aku, mungkin diskusi dari pelusuk hati tidak berbunyi atau sudah mati, siapa pun tidak tahu antara aku denganNya sahaja.
sudah berkarat barangkali sudah takbermaya keruh ini blog perjalananInsan, gah nama ibarat suatu tiada penghujung, tapi aku berdilemma selama mana aku tidak meletakkan update tulisan terbaru.
Maka hari ini, aku akhirnyi karat itu dengan suatu penulisan baru, aku penat aku, berjalan aku, jelajah aku sepanjang cuti musim panas aku di malaysia terChenta akhirnya 17 oktober ini pulang aku ke gelanggang ilmu bumi mesir ku bercinta.
Tamu-tamu episode akhir aku di bumi melayu tumpah darahku ini, banyak berlaku di sekita rumah dan kedah bersahaja, maybe "it times for me with my lovely family"..
eh, barang-barang dah kemas ke belum masuk bagasi? persoalan yang akan bernoktah pabila aku sudah kemasi semua barangku ke dalam bagasiku.
Celoteh sukar berhenti ibarat shikansen mahu ke hokkaido,mungkin terlalu banyak untuk ku luahkan, tetapi satu per satu ku atur untuk muatkan dalam dialog aku bersama lappy untuk kawan dan juga pelihat iaitu kamu!!!
aduh, permulaan yang serius,mungkin terhenti hiba atau???entahla esok atau lusa kemana aku,kau dan kita..jawapan pasti kita pasti MATI..
Wednesday, September 30, 2009
Tuesday, July 28, 2009
27 jun 2009-tiba di KLIA
28 jun 2009-bertolak dari s.alam ke s.petani kedah tiba pada pukul 5petang di perkarangan rumah.
29 jun 2009-sibuk dengan urusan kemasukan adik kesayangan di IKM s.petani *jurusan arkitek, alhamdulillah selesai, semoga Allah merahmati kehidupannya di sana.
2 julai 2009- mesyuarat untuk kem motivasi KBM malam.
3-4julai 2009- di sekolah menengah kebangsaan pinang tunggal program motivasi sebagai fasilitator.
21-28 julai 2009 -bekerja di pusat kesihatan "madaniah healthcare"
24-25 julai 2009 -program motivasi di sekolah menengah taman ria jaya, pengendali slot riadah

Tuesday, June 30, 2009
sekembalinya ku...
sekembalinya aku dari tanah mesir, sampai pula aku ke negeri besarnya aku kedah, negeri hijau kuning lapangan padi. Jam 4.37petang bas 'diamond express'berhenti turunkan aku di tepi jalan berhampran hentian sungai petani selatan. Suka benar rasa di hati, tersengih separuh jam tanpa henti, kerana sudah sampai di bumi pertiwi. Haa, sudah lama tidak rasa akan suasana begini rupa.
Sampainya di rumah, bersalam mesra,memeluk erat penuh kasih sayang dengan seluruh ahli keluargaku,tidak lama kemudian berkumandang suara azan surau di tamanku mengajak berjemaah bersama,pergi aku dengan penuh rasa rindu untuk sujud disana.
seperjalanan kesana, disapa oleh pakcik-pakcik dan juga teman yang sudah lama tidak ketemu sepanjang aku di bumi orang menuntut ilmu. Bersyukur aku, masih lagi dikurniakan rasa indahnya ukhuwah dalam kawasan kejirananku ini.

Saturday, June 27, 2009
pulang oh pulang...
Tarikh sepatutnya pulang ke malaysia pada 10 ogos 2009, telah diawalkan kepada 27 jun 2009, memang separa sedar tindakan yang dibuat oleh diri ini, memutuskan untuk pulang awal tanpa menunggu keputusan exam dikeluarkan terlebih dahulu. Bimbang dihati kuat terasa, tetapi dibawa bersama berlari, bermusafir pulang ke bumi malaysia. Jam 0450 waktu mesir, flight MS 986 dari mesir akan bertolak ke malaysia. Ke airport dari rumah fazlur dengan bantuan Abg Syed Fuad, ditemani oleh fazlur, wan dan aqeel,suatu peristiwa yang agak baru untuk diri. bukan kerana pergi ke airport, tapi kerana pulang secara solo ke malaysia, serius separa cuak!,tapi layan je, sapa suruh tukar tiket balik awal sangat. "tersengih sendirian"....
Sunday, June 21, 2009
bermonolog tanpa jemu....
Tanpa jemu aku bermonolog sambil mendengar lagu passing afternoon nyanyian dari kumpulan iron and wine, lagu ini famous kerana dimainkan bersama pada episod yang begitu sayu dalam siri "house M.D".ketika itu wilson telah kehilangan kekasih hati yang dikasihinya Amber, yang terlibat dalam kemalangan.Pada waktu yang sama haouse bersamanya,dari peristiwa itu wilson telah semacam menyalahkan house dan mereka semakin berenggang.
Tapi bukan kisah house dan wilson menjadi monologku tanpa jemu, tetapi suatu kisah antara aku dan dilemmaku,jauh merenung menebuk lapisan awan kembali pada masa-masa lalu. Aku kutip satu-persatu memori yang telah kulalui ingatinya kembali, bukan sekadar melayan perasaan tetapi lebih untuk menilai sejauh manakah aku bersyukur akan posisi sebagai hamba kepada Ilahi Maha Esa.
Peluh mengalir pekat hasil suasana bahang musim panas di bumi mesir ini,melayan jauh aku dengan kisah-kisah lama. Berjalan aku ke dunia fana ini dengan suatu misi sebagai hamba Allah kadang terasa lemah pabila sering diterjah nafsu yang menggila. Sang syaitan dan hasutan nafsu, menggelegak menggila pabila, diriku terlupa akan Allah, godaan manja membawa jauh kelautan maksiat,mungkin lemas bersama mereka jika tidak mengukuhkan iman di dada.
Seraya bersahaja aku, melafazkan 'istighfar' pabila dalam lamunan itu teringat akan sesuatu perbuatan yang penuh kejahilan dan belenggu nafsu juga syaitan kerana kini telah terasa akan kekesalan yang amat dalam. Tekad dalam hati tidak akan ku ulangi lagi.
Syukur aku, nikmat ilahi yang tiada henti, curahan dariNya yang tidak pernah sedari bersama diriku pada setiap waktu. Lafaz "alhamdulillah" seringkali meniti di bibir agar hati bersih dan senantiasa bersama ingatan untuk Allah ya Rabbi.

Friday, June 5, 2009
sakit perut, satu revolusi pH dalam perutkah?
"barangkali bukan rezeki aku untuk terus sehat macam orang lain di sekitarku, serius sakit dan penuh kontroversi perutku sekarang ini, ya Allah, tak tahu lagi aku nak amik ubat apa sebagai penyedap badan.
aduhai sakitnya perutku mungkin,kerana dipenuhi dengan pelabagi toksin seribu satu rasa, naik sasau satu badan, berangin je otak. Tapi ini bukan namanya "high" macam kene 'morphine' ini semacam ja, rasa mahu ke toilet tidak memberi hasil, buang masa, baik menahan rasa senak sambil membaca buku.
serangan senak perut bagaikan perang dunia, kedua berlangsung kembali dalam "stomach"..adakah keran ketidakastibaln pH dalam perut atau salah pengambilan makanan aku. terfikir lagi aku!
kesinambungan semua ilmu yang aku, belajar masih xdapat nak ungkaikan masalah ini,apa yang terfikir hanyalah ingin cari halia,berubat cara kampung!
-rebus halia, minum, airnya..
-habis hilang angin dalam perut..
masalah tegar sekarang ni, di mesir halia susahnya nak dapatkan...
takpalah, maka bersabarlah aku dengan sakit perut ini, bersabar dengan sebaik mungkin sehingga habis final exam..
semoga Allah, sembuhkan sakitku ini....amin!

Sunday, May 24, 2009
coretan dari hati...
kenapa perlu bersedih,
selalu aku bertanya pada diriku..
kenapa aku bersedih..
adakah kerana aku kehabisan wang..
adakah kerana aku telah ditipu wanita..
adakah kerana telah hilang tanah...
semuanya tidak..
aku bersedih kerana aku merasakan diriku kosong..
diriku kian jauh..
kian terpesong..
jauh hanyut,dibawa arus deras kemaksiatan..
aku layu..
aku sayu..
itulah sebab aku bersedih..
sedihnya aku,pabila diriku jauh dengan...
Maha Agung, Allah pemilik seluruh alam..
aku, lalai dan alpa...
aku manusia lemah..
sering jatuh,rebah pabila nafsu jahat menerpa..
tapi, aku yakin setiap masa..
pintu rahmat Allah itu senantiasa terbuka..
untuk sesiapa saja yang mencari hidayahNya..
aku, kembali senyum dan gembira..
pabila diriku merasa..
aku masih punyai masa...
tapi masa tidak terlalu lama...
kerana mati sentiasa di sisiku..
tidak mahu aku,
mati mendahuluiku..
mendahuluiku sebelum sempat aku bertaubat,
bertaubat "nasuha"...
bersih-sebersihnya sebelum kembali kepadaNya..
harapan aku, pada yang Maha Esa..
agar rahmatMu, sentiasa terbuka,
memayungi hambaMu ini sentiasa..
agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..
dan agar tidak lalai akibat hasutan syaitan durjana..
dan akhirnya kembali kepadaMu..
dalam penuh redhaMu...

Subscribe to:
Posts (Atom)