CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Thursday, March 25, 2010

sejenak melayan emosi..

sakit untuk mengingati aku, untuk sentiasa mengingati Allah, supaya bersyukur aku, di tiap waktu tidak kira akan waktu sehat mahupun waktu sakit.Sakit itu datang sebagai ujian, datang juga sebagai nikmat apa pun, hanya untukMu.

Agak, terseksa disebabkan oleh ulser di bibir, kawahnya boleh tahan besar, untuk cepatkan sembuh, apa lagi, setiap hari berkumur dengan air garam, selepas tu tabur garam di kawah ulser.
sakit dan pedihnya, hanya menitiskan air mata jantan dua-tiga titis je.

hope, ulser bibir cepatlah sembuh, mahukan mood untuk terus study, and study..for final exam..

minda...

Tiada kata yang lebih bernilai, dari suatu yang mengingati akan Mu ya Allah,
disebalik kancah kekalutan alam, terselit cerita tentang hamba yang penuh likunya,
membezakan keidupan seorang hamba dengan jutaan hamba yang lain, apakah amalannya,
bagaimana pula aku, sudahkah membekalkan diri dengan amalan terbaik,
teruskan kehidupanmu insan, berpeganglah kamu, dengan tali-tali Allah,
lakukan yang terbaik untuk meneruskan lagi rantai-rantai perjuangan, supaya kita tergolong dalam gologan orang yang sentiasa bekerja untuk agama Allah..

Sunday, January 17, 2010

perubahan

manusia, itu berubah-berubah sikapnya. Kadang-kadang naik rimas aku dibuatnya, kadang-kandang naik tak berapa faham pun boleh jadi juga. Tapi itulah lumrah kehidupan.

Maka ada baiklah, berubah seseorang itu kepada sesuatu yang lebih baik, dan sebaliknya pula pada mereka yang jadi lebih teruk. Harapan kembalilah, ke pangkal jalan la,kepada yang dah jauh tu.

kalau, dahulu zaman sama-sama belajar kecil-kecil dulu, lihat seorang pendiam,rajin dan baik hati. aduhai, bila besar, dialah segala otai yang ada buat masa ini, sedih pula bila tengok orang macam tu.
tapi, kalau dulu tak pernah ke surau dan selalu tinggal solat, dan sekarang pula dan macam "tok alim". sejuk pula hati bila memandang.

yang menjadi peliknya, kadang-kadang perubahan ini, buat orang lain pula tidak selesa. Kalau perubahan ke arah yang lebih baik tak selesa, boleh jadi diri sendirilah yang kena berubah la ye.
Ini ceritanya bila, orang berubah ke arah yang lebih negatiflah lebih kurang. mmm...memang kuranglah selesa kita nak bergaul atau berbual seperti dahulu kala.

walaubagaimanapun, hargailah sebuah persahabatan itu, kalau tak boleh nak menegur paling kurang berdoalah, agar Allah memberi hidayah kepada mereka itu.

Saturday, January 16, 2010

fikir-fikirkanlah..

seperjalananku pulang dari kuliah, jauh aku memandang melalui tingkap bas 926. (sabi' ke shoubra). cuaca redup, sedap mata memandang,melarikan dari memikirkan kesibukan kota.

Terlalu lama, ku memandang sudah pula menjadi termenung, aduh. Ini bukan menungan kosong lagi bukan anganan mat jenin. Tetapi teringatkan suatu pesanan sahabatku..
"fahmi, kita sebagai hamba Allah, mana yang betul...'merungut atau mengadu tentang masalah yang kita hadapi'..

(mode nyaris terlena)

Thursday, January 14, 2010

letusan titik..

lihat sekitarmu, penuh dengan misteri,
tidak hanya aku melihat dan memerhati,
tapi aku sedang mengamati dan memahami,
ini bukan lagi puisi tiada melodi,
tapi suatu cetusan nyatakan isi hati,

hey,dikau yang aku cari,
mengapa engkau selalu menyepi,
masih lagi engkau suka bersendiri,
dari bersama dan menghayati,

tidak aku lupa singahsana sang puteri,
indah bagai suatu tak mungkin dibelah bagi,
tapi itu hanya mainan duniawi,
harap engkau bijak dan mengerti.

berdiskusi hati sebelum mati,
menceritakan tentang perihal diri,
siapa engkau, aku tidak pasti,
persoalan diri masih tidak berpuas hati,

(masih meragui mode ini)

cuba cuba jaya~

berkata sesuatu di ini hari,
melibatkan suasana riuh di dalam hati,
tapi akal, masih tidak mengerti,
perihal tentang hidup yang masih tidak pasti,

pandanglah engkau wahai si pejalan kaki,
engkau berpijak di bumi realiti,
tapi kenapa masih tercari-cari,
mungkin terpesong dari landasan yang hakiki,

berlari kencang kuncing melintasi,
jalan yang luas tidak ditakuti,
hanya satu pilihan dihati,
kulintas sempat diriku tak mati,

gundah gulana ini hati,
memikirkan tentang diri di esok hari,
dimanakah tempatnya selepas bersemadi,
adakah di neraka atau syurga yang dirindui..

menginsafi diri,hari ke hari,
agar sentiasa dirahmati,
janganlah kau alpa dan lupa sekali,
muhasabah diri pengubat hati,

(mode baru sembuh sakit)

game of sickness!

14 January 2010,
penyakit= keracunan makanan
durasi= 8pagi hingga 9.30 malam.
ubat yang dibeli 3jenis
1- antiseptic for stomach
2-xdikenal pasti
3-injection.