CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, July 24, 2011

mengorak langkanh dan jangan kaku.

Jauh mengemudi diri tidak bertepi,
ke sana ke mari masih lagi tercari- cari,
apakah sebenarnya ingin di hati,
semua masih kosong tidak terisi..

luka dan lara bagai tak bererti,
jika tiada juga pembaikan diri,
kerugian terus menimpa dan membebani,
andai masih lagi kaku di lubuk ini..

terus melangkah gagah mendepani,
segala cabaran yang sedang menanti,
usah akur dan kecut hati,
kerana Allah senantiasa di sisi..

Wednesday, July 20, 2011

lawan nafsu.


Lewat akhir ini, aku rasa meterialistik duniawi tidak lagi menampakkan suatu yang penting untuk diriku. Mengaku jika dahulu, tidak punyai itu ini, ini itu. Aku sudah merasakan aku terkebelakang. Oh, dunia.. hebat betul pesonamu, kewarasan akalku untuk berfikir, terbantut juga akhirnya dek kerana akur dengan bisikan hawa nafsu.

Apakah itu kemahuan, bagaimana pula dengan keperluan,
BEZAKAN tentang dua itu.

Bila sudah mampu bezakan, itulah keputusan.. Apa salahnya Istikhoroh 2 rakaat, tak salah minta petunjuk yang Esa. Dia Maha Kaya, Maha Mengetahui, pemberi segala rezeki.

Monday, July 4, 2011

belajar rajin rajin.

Biasalah, naluri seorang abang, walaupun adiknya sudah pun berumur 20 tahun, tapi masih menganggap mereka sebagai budak kecil yang tak tahu apa-apa. Oh! risau itu ini, sungguh tak bertempat. =,='

1 Julai, didaftarkan masuk juga Muhamad Afiq, ke KKTM, Pasir Mas. Alhamdulillah, hope everything will be fine. Set your goal, flow with your own way. Anything you want just ask me okay?

3 tahun program diploma, buat yang terbaik di sana. May your dream come true.