CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Thursday, December 24, 2009

kongsi-kongsi...

"in current state of losing control" alhamdulillah, mujurlah ada juga seseorang yang boleh jadi pendengar, walaupun tidak semua masalah dikongsi, tapi okaylah beransur pulih sedikit demi sedikit kekacauan dalam diri.

Biasala, bumi mana tak ditimpa hujan, manusia mana yang tak diuji, tapi hadapilah semua itu dengan penuh kesabaran, yakinlah setiap apa yang berlaku secara pastinya ada sebabnya.Lumrah manusia mukmin, tidak beriman lagi seseorang itu selagi mana dia tidak diuji. Bersabarlah..

Menulis kerana ingin berkongsi, kekalutan yang sering berlaku di akhir ini, masih diragui puncanya, tetapi apa yang pasti perkara asas sebagai seorang muslim harus diambil kira juga,siapa tahu mungkin diri ini halai balai dalam melakukan ibadah kepadNya. Semoga Allah, menaungi diri dan sahabat semua dengan rahmatNya.

Gagah diri ini untuk menempuh segala dugaan itu dengan sendiri, tapi itu hanyalah suatu tanggapan sombong lagi bodoh. Tidak terdaya juga di pertengahan,mungkin rebah dan terus akur, kalau punyai teman di sisi, paling kurang rebah sudah pasti ada yang tolong memapah. Fikir-fikirkanlah sebagai buah tangan igatan untuk diri dan semua.

Sunday, December 13, 2009

menuju mati..

nasihat sahabatku,tiada gunanya hidup kalau tiada sumbangan dalam kehidupan..
berfikir aku sejenak apa sebenarnya maksud dalam sumbangan dalam kehidupan? dalam bentu apakah yang dinilai, ilmu,harta benda, apakah? buntu semakin jelas di penghujung jalan, tetapi tidak sesekali akan aku biarkan persoalan itu tiada temui jawapan.

seperjalanan malam, merintih sayu dalam sunyi, keseorangan menghitung amalan, dimakanah akan ku temui ajalku, mati begitu hampir, tapi buat masa ini, bukan lagi masaku.
Tetapi, teringat kembali kepada nasihat sahabatku, "tiada gunanya hidup kalau tiada sumbangan dalam kehidupan", jauh- jauh, dan jauh aku memeikirkannya..
sabar hati, tenang jiwa, rapatkan jari-jemarimu, berdoalah kepada yang Maha Esa, mohon petunjukNya..

Monday, December 7, 2009

monolog..tanpa jemu

Liku-liku kehidupan harian Husam tidak lagi begitu ceria seperti minggu lepas,husam kelihatan sayu,tuduk dan sedih dengan laluan masa yang pantas meniggalkannya. Aduhai malangnya nasib husam, tidak dapat mengisi masa yang berlalu dengan penuh pengisian positif. Mungkin hatinya masih sedang berkira-kira akan sesuatu. Tetapi masih buntu akan mencari seribu satu jalan penyelesaiannya.

Mengeluh panjang diri kerdil husam yang letih longlai,adakah dia sudah terjumpa jalan mati menyelesaikan masalahnya,terdiam kaku hati husam tidak berkata apa.

Mencari husam akan, ubat terbaik dalam membantu dirinya yang penuh dengan masalah yang dirinya sendiri tidak mampu untuk selesaikan. Mahu berkongsi dengan rakan husam merasakan masalah itu suatu yang tidak patut dibincangkan bersama. Mungkin dia malu atau segan dengan hal yang menimpan akan dirinya. Kaku lagi diri husam cuba mencari jalan penyelesaian akan masalahnya itu. Aduhai, sayunya hati si Husam,agaknya bagaimanalah cara yang agak indah dan mudah baginya menyelesaikan teka-teki hati kecilnya itu.

Husam jauh termenung membawa diri, sesat dalam alam fantasi binaan minda dan hati sendiri. Keluh kesah yang di alaminya sungguh membebankan itu, dibiarkan berlalu sebentar menyusuri keindahan lamunan termenung diri. Seorang diri husam cuba mengungkai satu persatu persoalan yang sudah masuk angka beribu bermain di akalnya. Sabar husam cuba memahami, tetapi akhirnya tersentak juga husam dari lamunan yang mengasyikkan itu.

Kicauan burung tiung, indah sekali menerjah lamunan seorang insane bernama husam, hampa husam kerana, menyangka selepas termenung seketika masalah hatinya akan hilang, rupanya jauh sekali tidak. Husam kembali melayan perasaan sayunya kembali.

Psikologi rohani dan jiwa husam tidak lagi teratur, hati makin serabut minda makin kabut,sedih husam menanggung masalah itu keseorangan. Husam sayu dan makin layu, dihanyut oleh gelora jiwa yang tidak mampu dipadamnya lagi.

Tatkala terlalu jauh memikir akannya, Husam keletihan tertidur sebentar di dalam kamarnya. Mungkin sudah tidak mampu akan mindanya untuk terus berfikir lagi. Jasmani dan rohaninya, menuntut hak untuk direhatkan buat sementara waktu.Rebah terkujur di pembaringan katil bujangnnya.

Jauh husam di belai mimpi indah,seindah suasana flora dan fauna seluas padangan padang pasir di hamparkan.Tenang husam dalam tidurnya. Keletihan dirinya dibayar kembali dengan rehat yang secukupnya. Berhenti seketika kekusutan jiwa yang di tanggung husam.

Satu pertiga malam, riuh berbunyi telefon bimbit husam. Tejaga dirinya yang sedang asyik tidur di ulit mimpi nan indah. Bunyi itu menandakan sudah tiba waktu husam untuk kembali kepada yang Maha pencipta. Husam merasakan itu adalah cara terbaik baginya untuk menyelesaikan masalahnya.
Sejuk mengalir air dari mulut pili mengalir laju membasahi seluruh anggota wudhuk husam. Tenang,perlahan insan hamba Allah bernama husam dengan penuh rasa kusyuk dan tertib mengambil wudhuk.

Selesai mengambil wudhuk dihamparkannya sejadah hasil dari pemberiannya arwah atuk nya, Ghazali Abdullah. Husam dengan penuh rendah diri mulakan pengisian satu pertiga malamnya dengan amalan-amalan sunat. Dalam sujud terakhir husam,sayu hati berkongsi malasah dengan Maha Mendengar memohon agar diberi panduan bagi menempuh hari yang mendatang.

Satu per satu,diluahkankan ketika di malam husam menjadi a’bid yang begitu lemah di hadapan penciptanya. Di akhir doa si hamba kepada Maha Agung Allah, di selit sepotong ayat yang sering menjadi teman hidupnya.

Ya Allah, kekuatan dariMu, hambaMu memohon,
Keampunan dariMu hambaMu meminta,
Andaikata ku rebah di lembah maksiat yang hina,
Suarakanlah hidayahMu agar terselamat diriku dari azab neraka.

Selesai pengisian malam yang syahdu bagi insan bernama Husam, dia merasakan hatinya kembali berbunga dengan ketenangan. Mungkin inilah yang dikatakan hadiah dari Allah, Maha Pencipta kepada makhlukNya. Maka sedarlah husam akan andaikata dirinya punyai masalah sejuta tahun, andaikata dirinya tidak punyai tempat untuk berkongsi, Allah tetap ada bersama hambaNya.

Sunday, October 25, 2009

hilang..

berserabut minda masih tidak pasti mana satu puncanya, ke sana situ sini? tapi dimana puncanya? aduhai kasihanila nasib diri, mahu juga menuntut tapi mana mahu mulanya? mana punca..?

malang tidak berbau....

DATE : 18 OCTO 2009
TIME : PAGI YANG INDAH
LOKASI : SECT.7 KAHERAH

dari hujung penjuru di sudut paling kiri ternampak fazlur ridzwan melambai, maka melangkah keluar kaki letih dari perkarangan Airport Cairo, menuju ke kereta. Bersama-sama ketika itu Abdul Muntakim dan juga Emmy, secara jujur berkata sangat letih ketka itu, 12jam di udara bagai nak rak seluruh badan lesu.ALLAH saja yang tahu, Jalan-jalan terus mesti berjalan untuk sampai ke rumah di hayyu sabiq.

Kota raya tidak mati, tapi sering penuhi nodai sampah,kereta lalu-lalang tanpa jagaan trafik, sibuk,kalut,kabut dipagi ini, mengejar masa ke destinasi untuk bekerja! Aku semakin kusut! Arghh, kelam kelibut otak dibuatnya, melihata suasana kota megah kaherah, kesibukan tahap dewa,penuhi dengan kekalautan ribuan manusia. Tapi perlu sudah bersedia keran perjalanan mencipta nama di sini masih lama.

selesa atau tidak di fikiran objektinya hanyala, "sampai dirumah rehat saja" sedang, memandu secara separa berhemah emmy, cuba mengambil jalan di satu simpang, tetapi kali ini bukan rezekinya, TEKSI gila telah gagal mengawal nafsu menabrak tanpa segan silu kereta kami, dahsyat itu tidak sekali hanya pintu perlu ditukar sahaja!, tetapi terkejut, runtuh semangat 1 malaysia seketika.

eh, bergaduh pula sebentar dalam 20minit menegakkan benang yang basah, terpaksa mengalah, dibumi orang xmungkin boleh aku menjadi TUAH.suatu peringatan untuk semua, berhati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang.

Tuesday, October 13, 2009

bagaimanakah kita pula...

bagaimanakah kita pula..? suatu persoalan ringkas mengenai persediaan kita tentang kehidupan menuju masa dimana kehidupan tiada henti.
dunia, persinggahan sementara, bagai suatu lapangan buat umat manusia mencari bekalan untuk bergerak ke dunia sana. Bagaimanakah kita pula..? bersedia atau masih alpa dan lena,diulit keasyikan dunia. cukupkah bekalan kita,atau kita hanya sia-sia?
ingatilah mati, kerana mati itu pasti! perbanyakkanlah ibadah kepada yang Esa, harapannya agar diterima dan diredhaiNya.

Saturday, October 10, 2009

saya,aku,masih sama...

aku tersenyum dan terus tersenyum, tapi siapa tahu, adakah senyuman itu palsu atau tidak, hanya DIA dan aku yang tahu tentang senyuman itu.Ukiran senyuman itu manis terpahat di wajahku, pamerkan dengan indah menjadi topeng bagi hati gundah,tapi itu suatu cara bagi elakkan dari terus punah..

Biasala, sudah menjadi adat manusia,sudut luaran menjadi ukuran,"first impression" orang selalu perkatakan, mungkin bukan salah mereka atau juga itu mungkin salah kita, mari sama kita betulkan.

Gaya selekeh, ibarat tidak berpelajran menjadi pertikaian,itu tak kena, ini tak kena, semua jadi sebutan. Persoalan sudah punya jawapan masih diulang, mungkin masih mencari kepastian.

kamu ni, kamu betulkah.., saya masih ragu-ragula, eh kenapa? mengapa, semua persoalan dilontar mempertikaikan, biasala manusia..selagi mampu bertanya, tanya saja, mencari kepastian walaupun ianya sudah pasti.

masih seperti biasa, ala koboi takmandi selekeh masih menjadi gaya, itu tersendiri itu asli, selesaku tapi bukan selesamu, masih itu salahku? akur saja, biasala dunia ini mana ada yang sempurna, tapi paling kurang kena tahu...

perjalanan ku jauh di hadapan biar saja menjadi pengajaran, bagus juga sebagai kajian untuk ku bekalkan sebagai pedoman.

nice try..

selesai solat zohor, berjemaah..semua ahli surau TKF3, dijemput hadir ke rumah terbuka en.hakimi.maka dengan tersenyum simpul geng anak muda pun melangkah pergi dengan cepat sekali, bak kata alif, "makan chemey sapa xmaw"...
menu, di sediakan..
1-chocolate cheese cake
2-char koew teow
3-nasi hujan panas
4-ketupat+rendang
5-garlic bread+mushroom soup
6-puding
7-kueh raya..

cool ar, dia punya,menu..mmg berbaloi-baloi, dtg makan today, makan denga begitu sopan sekali, lagipun...mana xnya, dah nak pulang ke mesir, baik makan sebaik mungkin, nanti takla nk rindu sangat dengan masakan malaysia..sepanjang di malaysia, makanan y sudah di jamah, kalau difikiran rasanya dah cukup,tapi klu ada y terlepas mungkin in d future akan makan juga..

Wednesday, October 7, 2009

item..item..

"ikan bilis 1kg"
"ikan kering gelama dan talang 2kg"
"penapis teh tarik"
"serbuk cili"
"serbuk kunyit"
"perencah nasi goreng"
"serbuk santan 2dozen"

eh, cukup dah ke semua barang-barang yang nak di bawa ke mesir tu?
hurm, harapnya cukupla, nak list down semua dalam ni, boleh tahan lenguh gak tangan nak menaip,..
dah, macam nak buka kedai makan plak, bila tgk bagasi yang penuh dengan rempah ratus..
haha! chef,chef!..biasala, nak makan sedap, kena cukup bahan...

Sunday, October 4, 2009

suatu penghargaan...

Alhamdulillah,minggu lepas sempat juga membuat kunjungan ke Maahad Tahfiz, Mutmainnah,suatu kunjungan sambil memberi sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar maahad, syukur masih diberi kesempatan untuk menyumbang dan juga berkongsi seidikit sebanyak ilmu, pengalaman di dada untuk adik-adik maahad.

Terima kasih diucapkan kepada mudir maahad Mutmainnah Ustaz Hamzah, di atas kesudian menjemput insan ini, suatu kenangan indah bagi diri ini dapat memberi satu perkongsian yang harapnya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua para pendengar.

Seronok melihat waja-wajah ceria adik-adik ketika sesi bersama mereka, sepenuh perhatian mereka tumpukan, tangan menulis telinga mendengar dengan apa yang dikongsikan bersama.

suatu yang pasti diingati untuk hari ini dan insyaAllah selamanya...

nice memoirs...

eh,alhamdulillah, semalam hadir seorang sahabatku dari bumi apex universiti USM, Ahmad Faisal b Ghazali, my bestie since form 4, melepak gelak taw bersama, itulah kami.
faisal oh faisal, lama xketemu akhirnya datang beraya juga ke teratak ini di bumi kedah. Dari kejauhan menunggang modenas kriss, bertolak jam 11pagi dari penang, tiba jam 12.30 tghhari di rumah, syukur selamat sampai

thanks to celcom, for the rebate 50% call for exec plan, hahaha! dari situla, call sume kawan-kawan y masih lagi di meleysia..y sempat jerla!
muzakkir, tgh forum that time i phonecall him..
hisham, baru je, balik dari rugby game di bukit kiara..
faisal, tgh study maybe that time..
and also, d misterious AMIRUDDIN, waaa he is sooooo, entah tenggelan timbul.hoho..
xabis2 duk ngajak suruh datang ipoh, "orang suruh datang kedah, lepak S.petani xnak!!..
hehe~..so, miss them so much, yang buatkan nak call of them...
biasela lepas ni, dh xsempat..
17 octo, dahpun nak balik mesir...

Wednesday, September 30, 2009

the rebirth..

kaku bisu, lesu tanpa bertutur laju lidah aku, mungkin diskusi dari pelusuk hati tidak berbunyi atau sudah mati, siapa pun tidak tahu antara aku denganNya sahaja.
sudah berkarat barangkali sudah takbermaya keruh ini blog perjalananInsan, gah nama ibarat suatu tiada penghujung, tapi aku berdilemma selama mana aku tidak meletakkan update tulisan terbaru.

Maka hari ini, aku akhirnyi karat itu dengan suatu penulisan baru, aku penat aku, berjalan aku, jelajah aku sepanjang cuti musim panas aku di malaysia terChenta akhirnya 17 oktober ini pulang aku ke gelanggang ilmu bumi mesir ku bercinta.

Tamu-tamu episode akhir aku di bumi melayu tumpah darahku ini, banyak berlaku di sekita rumah dan kedah bersahaja, maybe "it times for me with my lovely family"..
eh, barang-barang dah kemas ke belum masuk bagasi? persoalan yang akan bernoktah pabila aku sudah kemasi semua barangku ke dalam bagasiku.

Celoteh sukar berhenti ibarat shikansen mahu ke hokkaido,mungkin terlalu banyak untuk ku luahkan, tetapi satu per satu ku atur untuk muatkan dalam dialog aku bersama lappy untuk kawan dan juga pelihat iaitu kamu!!!
aduh, permulaan yang serius,mungkin terhenti hiba atau???entahla esok atau lusa kemana aku,kau dan kita..jawapan pasti kita pasti MATI..

Tuesday, July 28, 2009

27 jun 2009-tiba di KLIA

28 jun 2009-bertolak dari s.alam ke s.petani kedah tiba pada pukul 5petang di perkarangan rumah.

29 jun 2009-sibuk dengan urusan kemasukan adik kesayangan di IKM s.petani *jurusan arkitek, alhamdulillah selesai, semoga Allah merahmati kehidupannya di sana.


2 julai 2009- mesyuarat untuk kem motivasi KBM malam.

3-4julai 2009- di sekolah menengah kebangsaan pinang tunggal program motivasi sebagai fasilitator.

21-28 julai 2009 -bekerja di pusat kesihatan "madaniah healthcare"

24-25 julai 2009 -program motivasi di sekolah menengah taman ria jaya, pengendali slot riadah

Tuesday, June 30, 2009

sekembalinya ku...

sekembalinya aku dari tanah mesir, sampai pula aku ke negeri besarnya aku kedah, negeri hijau kuning lapangan padi. Jam 4.37petang bas 'diamond express'berhenti turunkan aku di tepi jalan berhampran hentian sungai petani selatan. Suka benar rasa di hati, tersengih separuh jam tanpa henti, kerana sudah sampai di bumi pertiwi. Haa, sudah lama tidak rasa akan suasana begini rupa.

Sampainya di rumah, bersalam mesra,memeluk erat penuh kasih sayang dengan seluruh ahli keluargaku,tidak lama kemudian berkumandang suara azan surau di tamanku mengajak berjemaah bersama,pergi aku dengan penuh rasa rindu untuk sujud disana.

seperjalanan kesana, disapa oleh pakcik-pakcik dan juga teman yang sudah lama tidak ketemu sepanjang aku di bumi orang menuntut ilmu. Bersyukur aku, masih lagi dikurniakan rasa indahnya ukhuwah dalam kawasan kejirananku ini.

Saturday, June 27, 2009

pulang oh pulang...

Tarikh sepatutnya pulang ke malaysia pada 10 ogos 2009, telah diawalkan kepada 27 jun 2009, memang separa sedar tindakan yang dibuat oleh diri ini, memutuskan untuk pulang awal tanpa menunggu keputusan exam dikeluarkan terlebih dahulu. Bimbang dihati kuat terasa, tetapi dibawa bersama berlari, bermusafir pulang ke bumi malaysia. Jam 0450 waktu mesir, flight MS 986 dari mesir akan bertolak ke malaysia. Ke airport dari rumah fazlur dengan bantuan Abg Syed Fuad, ditemani oleh fazlur, wan dan aqeel,suatu peristiwa yang agak baru untuk diri. bukan kerana pergi ke airport, tapi kerana pulang secara solo ke malaysia, serius separa cuak!,tapi layan je, sapa suruh tukar tiket balik awal sangat. "tersengih sendirian"....

Sunday, June 21, 2009

bermonolog tanpa jemu....

Tanpa jemu aku bermonolog sambil mendengar lagu passing afternoon nyanyian dari kumpulan iron and wine, lagu ini famous kerana dimainkan bersama pada episod yang begitu sayu dalam siri "house M.D".ketika itu wilson telah kehilangan kekasih hati yang dikasihinya Amber, yang terlibat dalam kemalangan.Pada waktu yang sama haouse bersamanya,dari peristiwa itu wilson telah semacam menyalahkan house dan mereka semakin berenggang.

Tapi bukan kisah house dan wilson menjadi monologku tanpa jemu, tetapi suatu kisah antara aku dan dilemmaku,jauh merenung menebuk lapisan awan kembali pada masa-masa lalu. Aku kutip satu-persatu memori yang telah kulalui ingatinya kembali, bukan sekadar melayan perasaan tetapi lebih untuk menilai sejauh manakah aku bersyukur akan posisi sebagai hamba kepada Ilahi Maha Esa.

Peluh mengalir pekat hasil suasana bahang musim panas di bumi mesir ini,melayan jauh aku dengan kisah-kisah lama. Berjalan aku ke dunia fana ini dengan suatu misi sebagai hamba Allah kadang terasa lemah pabila sering diterjah nafsu yang menggila. Sang syaitan dan hasutan nafsu, menggelegak menggila pabila, diriku terlupa akan Allah, godaan manja membawa jauh kelautan maksiat,mungkin lemas bersama mereka jika tidak mengukuhkan iman di dada.

Seraya bersahaja aku, melafazkan 'istighfar' pabila dalam lamunan itu teringat akan sesuatu perbuatan yang penuh kejahilan dan belenggu nafsu juga syaitan kerana kini telah terasa akan kekesalan yang amat dalam. Tekad dalam hati tidak akan ku ulangi lagi.

Syukur aku, nikmat ilahi yang tiada henti, curahan dariNya yang tidak pernah sedari bersama diriku pada setiap waktu. Lafaz "alhamdulillah" seringkali meniti di bibir agar hati bersih dan senantiasa bersama ingatan untuk Allah ya Rabbi.

Friday, June 5, 2009

sakit perut, satu revolusi pH dalam perutkah?

"barangkali bukan rezeki aku untuk terus sehat macam orang lain di sekitarku, serius sakit dan penuh kontroversi perutku sekarang ini, ya Allah, tak tahu lagi aku nak amik ubat apa sebagai penyedap badan.

aduhai sakitnya perutku mungkin,kerana dipenuhi dengan pelabagi toksin seribu satu rasa, naik sasau satu badan, berangin je otak. Tapi ini bukan namanya "high" macam kene 'morphine' ini semacam ja, rasa mahu ke toilet tidak memberi hasil, buang masa, baik menahan rasa senak sambil membaca buku.

serangan senak perut bagaikan perang dunia, kedua berlangsung kembali dalam "stomach"..adakah keran ketidakastibaln pH dalam perut atau salah pengambilan makanan aku. terfikir lagi aku!

kesinambungan semua ilmu yang aku, belajar masih xdapat nak ungkaikan masalah ini,apa yang terfikir hanyalah ingin cari halia,berubat cara kampung!
-rebus halia, minum, airnya..
-habis hilang angin dalam perut..
masalah tegar sekarang ni, di mesir halia susahnya nak dapatkan...

takpalah, maka bersabarlah aku dengan sakit perut ini, bersabar dengan sebaik mungkin sehingga habis final exam..
semoga Allah, sembuhkan sakitku ini....amin!

Sunday, May 24, 2009

coretan dari hati...

kenapa perlu bersedih,
selalu aku bertanya pada diriku..
kenapa aku bersedih..
adakah kerana aku kehabisan wang..
adakah kerana aku telah ditipu wanita..
adakah kerana telah hilang tanah...
semuanya tidak..



aku bersedih kerana aku merasakan diriku kosong..
diriku kian jauh..
kian terpesong..
jauh hanyut,dibawa arus deras kemaksiatan..
aku layu..
aku sayu..
itulah sebab aku bersedih..


sedihnya aku,pabila diriku jauh dengan...
Maha Agung, Allah pemilik seluruh alam..
aku, lalai dan alpa...
aku manusia lemah..
sering jatuh,rebah pabila nafsu jahat menerpa..

tapi, aku yakin setiap masa..
pintu rahmat Allah itu senantiasa terbuka..
untuk sesiapa saja yang mencari hidayahNya..
aku, kembali senyum dan gembira..
pabila diriku merasa..
aku masih punyai masa...

tapi masa tidak terlalu lama...
kerana mati sentiasa di sisiku..
tidak mahu aku,
mati mendahuluiku..
mendahuluiku sebelum sempat aku bertaubat,
bertaubat "nasuha"...
bersih-sebersihnya sebelum kembali kepadaNya..



harapan aku, pada yang Maha Esa..
agar rahmatMu, sentiasa terbuka,
memayungi hambaMu ini sentiasa..
agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..
dan agar tidak lalai akibat hasutan syaitan durjana..

dan akhirnya kembali kepadaMu..
dalam penuh redhaMu...

where my mood..???

esok,exam bagi oral dan practical anatomy akan bermula pada jam 1 petang!hurm, serius satu perasaan saja yang boleh diungkapkan, xde mood! aduhai, dimanakah kamu mood!
risau, pun silih berganti, tapi macam itula, sedia xsedia exam kene amik juga. Kalau ade rezeki insyaAllah lulus, kalau x...minta2 dijauhkan..xnak extend time study, agak buhsan.hehe!

Monday, May 18, 2009

The Motorcycle Diaries

Yesterday i spent my time by watching movie that title "The Motorcycle Diaries",this is one of the best movie that i had watch. I really enjoy it.

The Motorcycle Diaries (2004, Spanish: Diarios de motocicleta) is a biopic about the journey and written memoir of the 23-year-old Ernesto Guevara, who would years later become internationally known as the iconic Marxist revolutionary Che Guevara. The film recounts the 1952 journey, initially by motorcycle, across South America by Guevara and his friend Alberto Granado.

As the adventure centered around youthful hedonism unfolds, Guevara discovers himself transformed by his observations of the life of the impoverished indigenous peasantry.

The road presents Ernesto Guevara and Alberto Granado a genuine picture of the Latin American identity. Through the characters they encounter on the road, Guevara and Granado learn the injustices the impoverished face and are exposed to people they would have never encountered in their hometown. The trip serves to expose a Latin American identity as well as explore the identity of one of its most memorable revolutionaries.

The screenplay is based primarily on Guevara's travelogue The Motorcycle Diaries by Ernesto "Che" Guevara, with additional context supplied by Back on the Road: A Journey Through Latin America by Alberto Granado.

Guevara is played by Mexican actor Gael García Bernal, and Granado by the Argentine actor Rodrigo de la Serna, who is a second cousin to Che Guevara on his maternal side.

some word that i will remember.

Leper from San Pablo: Why did you want to be a doctor?
Ernesto Guevara de la Serna: I wanted to be useful, somehow.

Thursday, May 14, 2009

song nice song~

"Somewhere Over The Rainbow"

When all the clouds darken up the skyway
There's a rainbow highway to be found
Leading from your window pain
To a place behind the sun
Just a step beyond the rain

Somewhere over the rainbow
Way up high
There's a land that I heard of
Once in a lullaby

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
Birds fly over the rainbow
Why then oh why can't I

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh, why can't I

Tuesday, May 12, 2009

my friends, everywhere...

where were my friends study rite now..?

1. Rasyid 501 Mechanical Engine (HND) MARA
> 2. Naqeb 501 Medik Jordan JPA
> 3. Afiq Muiz 501 Medik Jordan JPA
> 4. Aizat Rahim 501 Sains US JPA
> 5. Syahmi 501 Medik Jordan JPA
> 6. Rifa'i 501 Medik Jordan JPA
> 7. Baihaqi 501 Sains Aktuari US JPA
> 8. Zuhaili 501 Engine Germany JPA
> 9. Zakwan 501 Medik Mesir JPA
> 10. Idris 501 Medik Mesir JPA


> 11. Haziq Ghufran 502 Medik Mesir JPA
> 12. Ihsan 502 Medik Mesir JPA
> 13. Nazmi 502 Mechanical Engine UTP Petronas
> 14. Ammar 502 IT UK BNM
> 15. Sulaim 502 Engine UiTM
> 16. Ridhwan AF 502 Petrol Engine AUS/NZ Petronas
> 17. Hafiz Mansor 502 Engine UIA
> 18. Saiful Hadi 502 Dentist Jordan MARA
> 19. Fais Azli 502 Medik Mesir JPA
> 20. Hakimi 502 Pengajian Islam Al-Azhar
> 21. Qayyum 502 Engine Jepun JPA
> 22. Azrin 502 UKRIDA Medic
> 23. Hakim Jaafar 502 engin UM
> 24. Din Shah 502 Medik India JPA
> 25. Safuan Saiful Bahri 502 Mathematics UK KPM


> 26. Sharul Fadzlin 503
> 27. Aiman Zhafransyah 503 Engine UK MARA
> 28. Syahir 503 Mathematics UK BNM
> 29. Hafiz Karim 503 Pengajian Islam AL-Azhar
> 30. Sayed Muizuddin 503 Sains AKtuari UK BNM
> 31. Rasydan 503 Architecture UK JPA
> 32. Syafiqq Al Hakim 503 MEDIC CUCMS
> 33. Joe 503 Engine UIA
> 34. Shamel 503 Sains Aktuari (twinning US) MARA
> 35. Amaludin 503 Engine France MARA
> 36. Jaid 503 Pengajian Islam Al-Azhar
> 37. Syahrol Fasya 503 MIAT,dengkil


> 38. Marwan AMZ 504 Law UIA
> 39. Yazid 504 Chemical Engine UTP MARA
> 40. Khairul Naim 504
> 41. Fawwaz 504 Asasi Engine UIA
> 42. Irfan 504 Bioteknologi US JPA
> 43. Udin Nadzif 504 Medik Mesir JPA
> 44. Faizzuddeen 504 Dip. Engine Jepun JPA
> 45. Cuan 504 Medik Mesir MARA
> 46. Abbas 504
> 47. Syawal 504 Mechanical Engine UTP Petronas
> 48. Faisal Ghazali 504 USM
> 49. Sidi 504 Medik Jordan MARA


> 50. Assroul 505 Mechanical Engine (twinning UK) Petronas
> 51. Akfan 505 AED UIA
> 52. Megat 505 Engine Canada JPA
> 53. Halim 505 Medik Timur Tengah MARA
> 54. Haris Asyraf 505 Dip. Electronic Engine UiTM
> 55. Firdaus Halim 505 engine UiTM
> 56. Umair 505 Civil Engine UTP Petronas
> 57. Hasbullah 505 Medik UNIPAD JPA
> 58. Azim 505
> 59. Prof 505 engin UKM
> 60. Zahid 505 Bioteknolgi US JPA
> 61. Afzul 505 Engine France JPA


> 62. Hazmi 506 Engine UTP JPA
> 63. Aizuddin Paiman 506 Business UTP Petronas
> 64. Asyraf Marwan 506 Dentist Jordan MARA
> 65. Acap Iskak 506 Dentist mansoura,mesirJPA
> 66. Fahmi 506 Perubatan Al-Azhar
> 67. Amir Ngah 506 Medik RCMP MARA
> 68. Falahudeen 506 Dip. Engine Jepun JPA
> 69. Saifullah Suhaimi 506 Dip. Mechatronik Engine UniMAP
> 70. Puad 506 Perubatan Al-Azhar,cairo
> 71. Afiq Awi 506 Dip. Engine Jepun JPA


> 72. Jihadi 507 pemb.Farmasi RCMP
> 73. Zawir 507 USIM sains Aktuari
> 74. Shafiq Aswadi 507 UIA
> 75. Abdullah Mahfuz 507 mech.engine UTeM
> 76. Haris Azman 507 UKM Law
> 77. Akmal Hamzah 507 TESL UK KPM
> 78. Hanapi 507 Asasi Farmasi UIA
> 79. Aimerul Aysraf 507 farmasi Indonesia
> 80. Farit Mazlan 507 TESL UK KPM
> 81. Zulhakim 507 Dip. Radiography RCMP
> 82. Raizat 507 Akademi Laut A.L.A.M
> 83. Pdot Pozi 508 Medik Mesir JPA
> 84. Ed 508 Medik Mesir Yayasan Pahang
> 85. Muzakkir (Mojako) 508 Engin,UTeM
> 86. Abu Turab 508 UTM aeronoutik
> 87. Al Hakim Lattepi 508 Dentist Jordan JPA
> 88. Usop 508 Medik Jordan MARA
> 89. Zulfadli Hadi 508 Dip. TESL UDIM
> 90. Ridhwan Ismail 508 Dentist Jordan JPA
> 91. Ikram 508 UTM skudai
> 92. Rahim 508 Pengajian Islam Al-Azhar
> 93. Al Afif 508 UTM skudai
> 94. Izzul Iqbal 509 TeSL
> 95. Ilmam Mukhlis 509 Dentist Jordan MARA
> 96. Din Otai 509 Sains Aktuari UK MARA
> 97. Ridhwan Aziz 509 Engine UK JPA
> 98. Shawn @ shazwan 509 ICT UIA
> 99. Lutfi 509 Engine UIA
> 100. Nazrol 509 Pengajian Islam Al-Azhar
> 101. Ridzuwan Radzi 509 Geologi Oversea Petronas
> 102. Namjudin 509 Engine UIA
> 103. Din Rahman 509 Perubatan Al-Azhar


> 104. Afiq Hodori 510 Taylor's sains aktuari
> 105. Muhaimin Ruszani 510 Akaun Australia JPA
> 106. Akmal Radzi 510 Dip. Akaun UiTM
> 107. Hafidzi Hasan 510 usuluddin Al-Azhar
> 108. Omar Mokhtar 510 Finance Oversea Petronas
> 109. Amzar 510 Akaun Australia JPA


> 110. Mukmin 511 Akaun USIM
> 111. Paan 511 Akaun UK JPA
> 112. Izzaz 511 UIA
> 113. Zainal Anuar 511 UUM
> 114. Naufal Naim 511 Asasi Econs UIA
> 115. Syafiq Hafizuddin 511 Usulludin Al-Azhar, cairo
> 116. Omar Manap 511 Kolej Mara Kuala Nerang (Matriks)
> 117. Mahfuz 511 taylor sains aktuari
> 118. Azhar 511 Akaun Australia JPA
> 119. Salleh 511 Asasi IRK UIA
> 120. BON 511 Akaun UK JPA
> 121. Anas 511 PILOT


> 122. Ainudin 512 USM akaun
> 123. Ayie 512 Akaun Australia JPA
> 124. Safuan Muhammad 512 Pengajian Islam Al-Azhar
> 125. Chem 512 Laws UIA
> 126. Azpar 512 Akaun UiTM

Sunday, May 10, 2009

exam oh exam ...2

rapat larut malam, berlalunya waktu, perlahan jarum saat berputar pada paksi sfera jam locengku.Pening aku, malam ini, sungguh sukar untuk melelapkan mata walau sekadar beberapa minit. Adakah aku terlalu merisaukan, akan peperiksaan esok..? hey, sini aku digelar "rockstar" takkan kerana final exam aku gelabah. Tapi, apakan daya, gelabah juga diriku.
ingatkan, aku seorang sahaja yang tidak mampu kalahkan tak boleh tidur, rupanya satu rumah. Fuuhh!! penangan final exam cukup cunlah.

bebunyi 1 up, 2 up, 3 up, terpanggil aku untuk bangun melihat ape yang berlaku sedemikian rupanya kiraan berbunyi. Aduss rupa-rupanya, sahabatku, ridzwan sedang pumping pada jam 12.48malam, aduhai, kesiannya xleh tidur punya pasal macam-macam gelagat dapat dilihat. Akilled plak sedang bermain dengan PSPnya..mungkin menghabiskan misi narutonya!

haa, akibat tidak dapat tidur maka, aku mengambil sedikit langkah berjaga-jaga dengan membaca buku pisiology yang dikarang oleh Magdi Sabry, (hustler fisio)
lepas lama,menelaah buku pisiologi GIT, akhirnya mata mula berat untuk terus memandang dunia.

rebah juga akhirnya aku,dan rakan-rakan yang lain setelah bertungkus lumus, memburu mengantuk. jam 3 pagi lebih, baru dapat lelapkan mata dengan tenang.
Penangan final exam, mmg cukup merisaukan semua orang..bersedia atau tidak, terjah saja soalan exam tu.

Sunday, April 26, 2009

sharing is caring...

Kejadian Allah begitu indah,antaranya yang menarik perhatianku ketika mempelajari bab "cadrdiovascular system". Allah telah mencipta sesuatu itu dengan baik sekali penuh dengan hikmah yang tersendiri.
mari berkongsi apa yang telah menarik perhatianku.

Marey's Law.
Marey's law state that heart rate inversely with the arterial blood pressure.Accordingly, a rise in the blood pressure will slow the heart rate.
It's start by the stimulation of the arterial baroreceptors in the carotid sinus and aortic arch.
There also exist a syndrome related with this Marey's law, patient who suffer with the carotid sinus syndrome *the carotid sinus is abnormally hypersensitive will lead to bradycardia and hypotension.
It happens when there is a slight pressure for example tight collar or during shaving.
The patient will suddenly faiting or dizziness due to cerebral ischemia.
satu lagi yang boleh dikongsi ialah Cushing Reflex.

"Rise of the intercranial pressure lead to elevation of the blood pressure and bradycardia. The rise of the intercranial pressure will lead to brain ischemia and result in hypoxia and pCO2 will increase stimulate the vasomotor centre leading to increase of arterial blood flow.

Thursday, April 23, 2009

sharing is caring...

Today i like to share about i gonna study, anatomy is the important things to become a good surgeon.

Front of forearm
1-pronator teres
2-flexcor carpi radialis
3-palmaris longus
4-flexor digitorum superficialis
5-flexor carpi ulnaris


Back of the fore arm.
arranged from medial to lateral.
1-Brachoradialis
2-extensor carpi radialis longus
3-extensor carpi radialis brevis
4-entensor digitorum
5-extensor digiti minimi
6-extensor carpi ulnaris
7-anconeus

Deep Muscles
1-supinator
2-extensor pollicis pollicis longus
3-extensor pollicis brevis
4-extensor indicis

Branches of brachial Plexus

From the roots:
1-dorsal scapular
2- root to phrenic nerve

from the trunks
1-subscapular nerve
2-nerve to subclavius

from the lateral cord
1-lateral pectoral nerve
2-lateral root of median nerve
3-musculocutaneus nerve

from the medial cord
1-medial root of median nerve
2-medial pectoral nerve
3-median cutaneous nerve of arm
4-median cutaneous nerve of forearm
4-ulnar nerve

from the posterior cord
1-radial nerve
2-axillary nerve
3-thoracodorsal nerve
4-upper and lower subscapular nerve

Wednesday, April 22, 2009

keraguan itu ada ubatnya, yakinlah pada Allah

Aku masih risau dan masih ragu-ragu akan kemampuanku untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun, adakah kerana pengalaman lampau, ataupun kerana kurangnya aku menelaah pelajaran. Semuanya berlegar-legar diminda lemahku ini. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Kelam kabut hidupku dibuatnya, tunggang terbalik aku cuba cari alternatif terbaik untuk cuba menguasai dan mengingati apa semua yang telah kubaca. Kisah lampau, penuh dengan diskusi bodoh tentang lemahnya aku dalam peperiksaan, adakah akan berulang lagi pada kali ini? menjadi tanda tanya kuat dalam hati.

Sering bertanya aku, pada rakan taulan sekuliah mengenai keyakinan yang perlu dipupuk. Semua memberi semangat ibarat andaikata gagal mati. Penuh telus ikhlas hati mereka cuba menasihati agar yakin dan tabah. Aku termenung cuba menerjah jauh ke lubuk 'qalb' adakah masih jumpa sisa-sisa semangat yang hilang.

Mengukir senyum kekadag di raut wajah separa tenang ini, apabila memikirkan sejauh manakah aku telah membaca semua bahan-bahan yang telah diajar profesor, masih sempatkah semua itu di telan dan dihadamkan untuk dimuntahkan dalam medan peperiksaan yang meragukan.

Penuh sayu dalam hati, aku berbicara bersendirian pabila, melihat akan riak wajah dan tingkah laku riang sahabatku yang telah 80% isi kandungan ilmu yang ditimba sepanjang tahun sudah hampir habis dibaca dan sekarang bersiap untuk menulis sahaja.

"Usah kau lihat akan orang lain", pesan sahabat lamaku. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kita melihat saja pada diri kita dan perbaiki diri kita agar lebih baik dari mereka, bukan sepanjang hari sepanjang masa, melihat dan menilai mereka. Akan terasa lemah diri bila kau sering pikirkan tentang orang lain. Yakin dengan diri kita!.

Aku, yakin dengan diriku. Aku pasti aku mampu. Semoga Allah memberi rahmatNya menaungiku, membantuku, mempermudahkanku. Ketika aku menempuh lembah peperiksaan yang tidak lama lagi.

Monday, April 20, 2009

sabar itu suatu kejayaan....

Ujian Allah bukan sahaja ujian yang besar lahiriah yang kita dapat lihat dengan mata kasar, sebenarnya sekeliling kita juga wujud ujian2 yang kita tidak sedar. sebagai contoh dalam hidupku sekarang ni, satu ujian yang agak sukar tapi boleh di atasi dengan mudah. Gangguan lalat, sangat stress apabila sedang tenang membaca buku atau berehat seketika...datang seekor dua, lalat yang tidak kachak, mengganggu!!!..satu keadaan yang aman bertukar menjadi ganas seketika. lalat meragut kenyataan tenang yang indah dengan layanan buruk terbang hinggap yang membosankan kita!

petikan dari wikipedia,

True flies are insects of the order Diptera (Greek: di = two, and pteron = wing), possessing a single pair of wings on the mesothorax and a pair of halteres, derived from the hind wings, on the metathorax.

The presence of a single pair of wings distinguishes true flies from other insects with "fly" in their name, such as mayflies, dragonflies, damselflies, stoneflies, whiteflies, fireflies, alderflies, dobsonflies, snakeflies, sawflies, caddisflies, butterflies,calliphorid flys or scorpionflies. Some true flies have become secondarily wingless, especially in the superfamily Hippoboscoidea, or among those that are inquilines in social insect colonies.

Diptera is a large order, containing an estimated 240,000 species of mosquitos, gnats, midges and others, although under half of these (about 120,000 species) have been described.[1] It is one of the major insect orders both in terms of ecological and human (medical and economic) importance. The Diptera, in particular the mosquitoes (Culicidae), are of great importance as disease transmitters, acting as vectors for malaria, dengue, West Nile virus, yellow fever, encephalitis and other infectious diseases.

Sunday, April 19, 2009

smile back...

sekitar petang indah di bandar cairo, di imarah bersama "safir mini" market di bawahnya
melepak dengan tenang aku bersama buku physiology kesayangan tapi tidak mempunyai mood untuk membacanya. Mungkin ilmu itu bakal diteroka di malam hari nanti.

Jauh sekejap aku mengelamun meneroka langit biru,disamping aku mengorek kembali memori dari hari pertama aku menjejak langkah pertama di bumi ilmu hingga sekarang.Alhamdulillah ku panjatkan syukur berjaya juga aku, berada di bumi orang.
hari pertama di sini 8 Oktober 2008, satu hari kisah sejarah hidup anak rantau menimba ilmu. Berjauhan dengan keluarga suatu perkara biasa tetapi kali ini berjauhan yang tidak mungkin boleh pulang sesuka hati. Sayu juga kekadang hati memikirkan rumah di bumi malaysia nun jauh di sana.

Tatkala di sini, tidaklah juga kesunyian dibinanya keluarga baru bersama rakan-rakan seperjuangan. Mereka sungguh baik sekali dan saling memahami, insyaAllah. Ambil masa untuk memperkukuhkan tautan ukhuwah bersama. Pada 11 November 2008 terusik hati bila teringatkannya kembali apabila ahli rumah "Bait Kachak" membuat jamuan hari jadi."Friends serious i'll never forget that sweet moment"



thanks to all "bait kachak" family members credits to:
1-Muhammad Ghazali 6-Ahmad Fuad 11-Shafiq Shafie
2-Faiz yusuf 7-Takiyuddin
3-Abdul muntakim 8-Tuan Mohd Farid
4-Yazid Hanzir 9-Zhariffulah
5-Anas Yusoh 10-Fazlur Ridzwan

thanks to all!

Ukhuwah terjalin memang indah alhamdulillah. Mereka disini keluarga baru mengubat rindu di kejauhan, moga sentiasa mendapat naungan rahmat dari Allah.Perjalan insan jauh lagi kehadapan,sesekali toleh belakang buat ingatan yang indah buat kita tersenyum yang sedih jadikan pengajaran.

Sekarang, semua dah bertebaran di rumah baru masing-masing tapi hujung minggu selalu je pergi buat lawatan sambil belajar. Biasala jarak yang tidak begitu jauh antara rumah. sekarang semua tunggang tebalik sedang bertungkus lumus untuk peperiksaan akhir tahun, semoga derjaya kelak!..insyaAllah.

May Allah bless all of us..amin!

Frank Sinatra- My way

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my

Dikala sunyi suka betul diri memutarkan lagu ini sebagai halwa telingan dan juga teman. Lirik indah sedikit sebanyak punyai makna pada diri.

Friday, April 17, 2009

exam oh exam...

Sudah lama jari jemari ini tidak menari di atas papan keyboard yang dahulunya menjadi teman karib. Aku menulis suatu dari isi hati untuk dikongsi bersama sahabat yang lain. Hari ini jari-jari ini di atas kehendak hati,ransangan dari otak memeri peluang untuk menulis kembali. Sekian lama menjadi buntu, bukan keran sudah tidak mahu berkongsi ilmu, tetapi masa yang terhad telah memenjaraku.

Alhadmulillah kini jari-jemariku bebas kembali untuk mencoretkan kata-kata hati dalam tulisan berpenakan teknologi siber di ini hari. Lewat sudah tahun pertamaku,di bumi anbia serba indah ini. Penuh dugaan mendewasakan diri dalam tiap masa yang berlalu.

Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja untuk aku menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Indah perjalanan sepanjang diri menjadi mahasiswa, pelbagai rintangan memberikan pengalaman yang tidak terbilai harganya.. Pelajaran ‘anatomi, fisiologi,histology dan biokimia,mewarnai hidup di setiap hari.

Tidak sangka sejauh ini diri aku melangkah,Alhamdulillah ku bersyukur kepada Allah kerana memberi ruang kepada insane kerdil ini untuk mencuba sesuatu yang baru melakar sejarah hidup.

Terima kasih umi dan ayah, pengorbananmu tidak dapat ku balas,kerna tidak tahu apa layaknya sesuatu sebagai balasan di atas segalanya. Membilang hari diriku kini menghadapi peperikasaan akhir tahun. Sama ada mampu mengubah sejarah atau suatu hikmah baru sebagai pengajaran di masa hadapan. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hambuMu ini, agar segala usaha dan langkah diredhaiMu.

Di sini sahabat penuh warna-warni latar belakang semua sekali dengan satu matlamat mahu mengecapi kegemilangan bersama. InsyaAllah rezeki Allah di hadapan, ayuh sahabat mari kita mara usah dipandang kisah belakang biarkan semua itu jadi kenangan dan pengajaran.

Berbaki masa-masa kecederaan sebelum masuknya 10 Mei bermulanya kertas pertama ‘biokimia’ tidak lama selepas itu serangan kedua mula datang 26 Mei ‘anatomi’. Sarat otak ini menampung ilmu, tidak dibiarkan begitu saja terus diterjah pada 28 Mei dengan jurus kertas ketiga ‘histologi’. Senak seketika bermain dengan lakaran-lakaran seni sel halus. Berbaki kertas terakhir pada 14 Jun 2009 maka tamatlah kisah mahasiswa di tahun pertama. Semoga Allah memberikan kejayaan kepadaku dan juga seluruh warga sahabatku. Amin.

Berusahalah sehingga saat-saat terakhir, berdoala agar diperkuatkan hati dikuatkan daya ingatan. Selamat menempuh hari peperiksaaan….