Kelibat diri ini, 2-3 minggu agak kurang aktif dengan menulis blog. hal ini demikian kerana kesibukan telah melanda kehidupan yang sepatutnya langsung tidak perlu sibuk. Skill,skill elakkan diri dari kesibukan sudah 'kantoi' dan sekarang ini perlu menggarap sesuatu yang baru ataupun hidup normal seperti orang lain. Pilihan......
Pertamanya jika tidak terlambat mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.
Hayati sejarah, Hayati kehidupan, Hayati Pengorbanan.
Seperti biasa, raya haji tidak pernah lagi sempat untuk beraya bersama di keluarga di Malaysia, tetapi masih lagi bersyukur kerana dapat meraikannya dengan meriah bersama sahabat handai di sini. 16 November 2010 tarikh hari raya korban di bumi Mesir.
Pagi raya jam 9 pagi, telah berada di perkarangan rumah saudara Iqbal, dalam misi untuk merebahkan 1 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Alhamdulillah,operasi yang dijalankan akhirnya selesai dengan penuh harmoni. "apa yang penting.? KERJASAMA. *wonderpets.
Raya pertama hingga ketiga, dapur di rumah tidak berasap dek kerana memenuhi jemputan jamuan rumah terbuka. Bahagia sungguh hidup di rantauan ini. Menu gulai Unta menjadi hidangan utama, disamping kambing dan lembu. Memang meriah dan perut pun sentiasa ceria.
Pasal berat badan, abaikan untuk 1minggu ini, lepas ni 'workout' balik.
Putarkembali sedikit masa, pada 11 November 2010, terima kasih pada semua sahabat kerana sudi hadir ke rumah untuk jamuan hari jadi, harapanya, saudara semua berpuas hati dengan hidangan yang disediakan. ( nasi ayam sendiri buat ^^)
18 November, Hari Jadi My Hero. my Dad, may Allah bless u always. someday i will make u proud.
Kemudian,diri semakin sibuk dengan mencuba karier baru sebagai pemain futsal, mempetaruhkan Naga Putih FC melibatkan 11terbaik gabungan pelajar MoU dan G2G, semoga perjalanan kami ke final dipermudahkanNya.
Buka kelas untuk minggu ini, harapanya dapat memberi fokus yang lebih. Semoga impian untuk jelajah Eropah 2011 tercapai. Biarpun terdapat banyak juga halangan yang bakal mendatang, tetapi hadapi dengan tenang. =)
p/s: lagu secret one republic, cuba dengar piano version atau instrumental remix by Erik Arbores
best.
No comments:
Post a Comment