CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Thursday, December 24, 2009

kongsi-kongsi...

"in current state of losing control" alhamdulillah, mujurlah ada juga seseorang yang boleh jadi pendengar, walaupun tidak semua masalah dikongsi, tapi okaylah beransur pulih sedikit demi sedikit kekacauan dalam diri.

Biasala, bumi mana tak ditimpa hujan, manusia mana yang tak diuji, tapi hadapilah semua itu dengan penuh kesabaran, yakinlah setiap apa yang berlaku secara pastinya ada sebabnya.Lumrah manusia mukmin, tidak beriman lagi seseorang itu selagi mana dia tidak diuji. Bersabarlah..

Menulis kerana ingin berkongsi, kekalutan yang sering berlaku di akhir ini, masih diragui puncanya, tetapi apa yang pasti perkara asas sebagai seorang muslim harus diambil kira juga,siapa tahu mungkin diri ini halai balai dalam melakukan ibadah kepadNya. Semoga Allah, menaungi diri dan sahabat semua dengan rahmatNya.

Gagah diri ini untuk menempuh segala dugaan itu dengan sendiri, tapi itu hanyalah suatu tanggapan sombong lagi bodoh. Tidak terdaya juga di pertengahan,mungkin rebah dan terus akur, kalau punyai teman di sisi, paling kurang rebah sudah pasti ada yang tolong memapah. Fikir-fikirkanlah sebagai buah tangan igatan untuk diri dan semua.

Sunday, December 13, 2009

menuju mati..

nasihat sahabatku,tiada gunanya hidup kalau tiada sumbangan dalam kehidupan..
berfikir aku sejenak apa sebenarnya maksud dalam sumbangan dalam kehidupan? dalam bentu apakah yang dinilai, ilmu,harta benda, apakah? buntu semakin jelas di penghujung jalan, tetapi tidak sesekali akan aku biarkan persoalan itu tiada temui jawapan.

seperjalanan malam, merintih sayu dalam sunyi, keseorangan menghitung amalan, dimakanah akan ku temui ajalku, mati begitu hampir, tapi buat masa ini, bukan lagi masaku.
Tetapi, teringat kembali kepada nasihat sahabatku, "tiada gunanya hidup kalau tiada sumbangan dalam kehidupan", jauh- jauh, dan jauh aku memeikirkannya..
sabar hati, tenang jiwa, rapatkan jari-jemarimu, berdoalah kepada yang Maha Esa, mohon petunjukNya..

Monday, December 7, 2009

monolog..tanpa jemu

Liku-liku kehidupan harian Husam tidak lagi begitu ceria seperti minggu lepas,husam kelihatan sayu,tuduk dan sedih dengan laluan masa yang pantas meniggalkannya. Aduhai malangnya nasib husam, tidak dapat mengisi masa yang berlalu dengan penuh pengisian positif. Mungkin hatinya masih sedang berkira-kira akan sesuatu. Tetapi masih buntu akan mencari seribu satu jalan penyelesaiannya.

Mengeluh panjang diri kerdil husam yang letih longlai,adakah dia sudah terjumpa jalan mati menyelesaikan masalahnya,terdiam kaku hati husam tidak berkata apa.

Mencari husam akan, ubat terbaik dalam membantu dirinya yang penuh dengan masalah yang dirinya sendiri tidak mampu untuk selesaikan. Mahu berkongsi dengan rakan husam merasakan masalah itu suatu yang tidak patut dibincangkan bersama. Mungkin dia malu atau segan dengan hal yang menimpan akan dirinya. Kaku lagi diri husam cuba mencari jalan penyelesaian akan masalahnya itu. Aduhai, sayunya hati si Husam,agaknya bagaimanalah cara yang agak indah dan mudah baginya menyelesaikan teka-teki hati kecilnya itu.

Husam jauh termenung membawa diri, sesat dalam alam fantasi binaan minda dan hati sendiri. Keluh kesah yang di alaminya sungguh membebankan itu, dibiarkan berlalu sebentar menyusuri keindahan lamunan termenung diri. Seorang diri husam cuba mengungkai satu persatu persoalan yang sudah masuk angka beribu bermain di akalnya. Sabar husam cuba memahami, tetapi akhirnya tersentak juga husam dari lamunan yang mengasyikkan itu.

Kicauan burung tiung, indah sekali menerjah lamunan seorang insane bernama husam, hampa husam kerana, menyangka selepas termenung seketika masalah hatinya akan hilang, rupanya jauh sekali tidak. Husam kembali melayan perasaan sayunya kembali.

Psikologi rohani dan jiwa husam tidak lagi teratur, hati makin serabut minda makin kabut,sedih husam menanggung masalah itu keseorangan. Husam sayu dan makin layu, dihanyut oleh gelora jiwa yang tidak mampu dipadamnya lagi.

Tatkala terlalu jauh memikir akannya, Husam keletihan tertidur sebentar di dalam kamarnya. Mungkin sudah tidak mampu akan mindanya untuk terus berfikir lagi. Jasmani dan rohaninya, menuntut hak untuk direhatkan buat sementara waktu.Rebah terkujur di pembaringan katil bujangnnya.

Jauh husam di belai mimpi indah,seindah suasana flora dan fauna seluas padangan padang pasir di hamparkan.Tenang husam dalam tidurnya. Keletihan dirinya dibayar kembali dengan rehat yang secukupnya. Berhenti seketika kekusutan jiwa yang di tanggung husam.

Satu pertiga malam, riuh berbunyi telefon bimbit husam. Tejaga dirinya yang sedang asyik tidur di ulit mimpi nan indah. Bunyi itu menandakan sudah tiba waktu husam untuk kembali kepada yang Maha pencipta. Husam merasakan itu adalah cara terbaik baginya untuk menyelesaikan masalahnya.
Sejuk mengalir air dari mulut pili mengalir laju membasahi seluruh anggota wudhuk husam. Tenang,perlahan insan hamba Allah bernama husam dengan penuh rasa kusyuk dan tertib mengambil wudhuk.

Selesai mengambil wudhuk dihamparkannya sejadah hasil dari pemberiannya arwah atuk nya, Ghazali Abdullah. Husam dengan penuh rendah diri mulakan pengisian satu pertiga malamnya dengan amalan-amalan sunat. Dalam sujud terakhir husam,sayu hati berkongsi malasah dengan Maha Mendengar memohon agar diberi panduan bagi menempuh hari yang mendatang.

Satu per satu,diluahkankan ketika di malam husam menjadi a’bid yang begitu lemah di hadapan penciptanya. Di akhir doa si hamba kepada Maha Agung Allah, di selit sepotong ayat yang sering menjadi teman hidupnya.

Ya Allah, kekuatan dariMu, hambaMu memohon,
Keampunan dariMu hambaMu meminta,
Andaikata ku rebah di lembah maksiat yang hina,
Suarakanlah hidayahMu agar terselamat diriku dari azab neraka.

Selesai pengisian malam yang syahdu bagi insan bernama Husam, dia merasakan hatinya kembali berbunga dengan ketenangan. Mungkin inilah yang dikatakan hadiah dari Allah, Maha Pencipta kepada makhlukNya. Maka sedarlah husam akan andaikata dirinya punyai masalah sejuta tahun, andaikata dirinya tidak punyai tempat untuk berkongsi, Allah tetap ada bersama hambaNya.