CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, June 28, 2010

....point zero....

Menahan marah, membuang segala perasaan benci, sangat menuntut kesabaran yang tinggi. Kepada mereka yang berjaya maka ganjaran pahala yang besar menanti mereka. Tapi apalah yang masih bisa berlaku, tetap kalah juga dengan kerasukan api amarah. Beristighfarlah wahai diri, supaya menjadi pengubat hati, ingatilah mati, harapannya semua masalah akan pergi.

Meluang masa seketika,menaip sesuatu di blog ini hari, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gundah-gulana yang sedang meronta di dalam jiwa. Begitu banyak persoalan bodoh, sekarang ini sedang bermain-main difikiran. Semakin hari semakin kusut. Bilakah semua ini bakal terjawap? Harapan dihati semua ini akan hilang nanti.

Kelebihan kita seorang muslim, andaikata punyai masalah sebesar gunung pun, Allah tetap bersama mendengar tidak pernah lupa akan rintihan hati seorang hamba. Tetapi yang sering berlaku hamba sering lupakan siapakah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sabarlah hati jangankau sesekali lupa untuk selalu mendekatkan diri denganNya.

Payung rahmat dariMu, cukup banyak membantu. Semoga Allah membantuku, dalam menempuh perjalanan hidup yang penuh liku. Amin Ya Rabb.


Sunday, June 27, 2010

3.39 pagi

Mungkin ini dikatakan nilai hidup. Bila berlaku sesuatu kita berfikir, bila berfikir mecari solusi, bila jumpa solusi maka senanglah hati.
Mungkin lewat hari-hari yang aku lalui seceria seperti apa yang dipamerkan oleh wajah girang, tetapi insyaAllah kehadapan nanti kembali ceria zahir dan batin.

Masalah itu biasa, itulah duri dalam kehidupan, bakal memberi kenangan dan juga banyak memberi pengajaran. Jadi jangan dicemuh atau dibuang bulat-bulat, cuma ambil sedikit masa, fikirkan apa baik buruknya. InsyaAllah "everything happened for a reason".

Tuesday, June 15, 2010

terima kasih dunia...

'terima kasih' dunia..
kerana engkau, aku....aku semakin alpa.
semakin hanyut dibawa arus dunia..
sekarang aku, tidak pasti aku dimana...

'terima kasih' dunia...
kelirunya tatkala mudah lupa...
tambah tiada peringatan bersama...
semakin hilang entah kemana...

'terima kasih' dunia..
kini aku,cuba untuk tidak lalai dan alpa..
terus menggila mengikut hawa nafsu dusta...
aku perlu lari dari segala nista...

selamat tinggal dunia...
Allah, bantulah aku hamba...
hamba hina, menagih kasih dariMu...
semoga dilindungi, dan dirahmati selalu dariMu..