CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Wednesday, July 28, 2010

Petani

Bulan depan, aku ingat mungkin aku ingin menjadi petani,
Petani kali ini mesti luar biasa hebat berbanding sebelum ini,
Tahun lepas aku juga bertani, tapi rasanya tanaman tidak sehat dan mencukupi,

Aku dengar orang bicara, bulan depan kalau bertani hasil tuaian lumayan sekali ,
Engkau pula rasa bagaimana..?
Aku yakin tentang ini, harap kau begitu juga turut serta aku bertani,

Kali ini aku rasa aku perlu lebih rajin,
Rajin yang "super duper" rajin,
Tanaman aku perlu pelbagai,
Baru rasa gembira selalu,

Oh, bulan Ramadhan yang dinanti...
Perkakas bertani kali ini sudah disusun rapi,
Dari pakaian hingga ke juadah berbuka hari-hari,
Terutama lagi, pengisian Rohani,

can u helping me..?

I'm not just walking,
but I'm also thinking,
I'm thinking ,
but at the same time, I'm understanding,

while I'm going with walking,thinking and understanding,
I'm always keep on forgetting,

That why, I'm searching for a person,
A person that always can help me remembering...

Friday, July 23, 2010

woman in hijab, they also can be more preety.

“....dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada..”surah An-Nur ayat 13

Membicarakan isu tudung sudah pasti ditujukan kepada kaum hawa,kalau berkaitan dengan kaum Adam, mungkin ada sesuatu yang mahu dibuatnya.

Tetapi entri kali ini bukanlah untuk mengupas tentang tatacara pemakaian, jenis lilitan ataupun memporomosikan mana-mana jenis kain tudung. Tetapi hanya ingin mengingatkan bahawa dengan bertudung anda juga mampu kelihatan cantik jelita.

Wahai kaum hawa diluar sana yang masih belum bertudung, usah risau jika tanpa mahkota(rambutmu) kau tidak kelihatan cantik,tetapi yakinlah tentang ganjaran pahala jika engkau melitupkannya dengan hijab. Engkau juga mampu kelihatan cantik jelita dengan bertudung.

Sunday, July 11, 2010

World CUP

Hari ini dalam sejarah Piala Dunia edisi - 2010, johannya ialah Sepanyol. Maka yang kurang bernasib baik itu Holland, mujurla pasukan pilihan Germany di tempat ketiga setelah menjinakkan Uruguay.

Kepada pasukan lain termasuk Malaysia sila cuba lagi lain kali. Edisi seterusnya akan kembali pada 2014.

*pening kepala disebabkan bengang dengan pengadil, banyak sangat sedekah KAD KUNING.

enhorabuena para España, en esta edición la copa del mundo es tuyo.

Thursday, July 8, 2010

The Faculty of Time and Management.

Today, this is the day..
the day for my result will be announce..
but unfortunately once again it being DELAY again..
this is not the 1st time, but it was for many time..
once again, speechless..
endless praying, hope everything will be fine..

Aku tersentak dan berfikir panjang, tiada gunanya aku memaki hamun seribu jenis makian, cacian bercampur baur, perasaan marah mengkeji semua semakin menjadi-jadi.
Nafas panjang, ditarik dalam-dalam, sabar..sabar, mungkin sesuatu yang lebih baik menanti, semoga Allah melapangkan dadaku.
Keputusan peperikasaan akhir tahun, ditunda lagi tarikh pengungumannya, seperti biasa tidak esok, lusa tidakpun minggu depan. Rasanya selepas ini, tidak bulan depan, mungkin tahun depan.
Aku bersabar....

Fakulti Masa dan Pengurusan,
aku rasa ini sesuatu yang perlu, ini sesuatu yang penting.
Semua orang perlu graduasi dari fakulti ini, bukan hanya graduasi tapi juga mengamal sepenuhnya ilmu dari fakulti ini.
Ini penting, ini kehidupan, ini kunci kejayaan.
Bukan aku omong kosong, kembali kita rujuk kitab utama Al-Quran.

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


Harapanku, aku juga mampu graduasi dari fakulti ini, menjadi salah seorang yang mampu menjaga MASA dengan baik. semoga kamu juga begitu.

Sunday, July 4, 2010

Oh! rambutku..

Sekali ku selak rambut, boleh kelihatan 2,3 helai urat uban mula menyerlah dibalik ribuan helaian rambut hitam. Ada orang cakap banyak berfikir, ada orang cakap sudah tua, tak mengapa terima kesemuanya, Ingat Ingat akan Mati bagus tu.

Sangat Mengaku, rambut kali ini sesi 2010 hingga ke hadapan mungkin. "MEMANG TIDAK TERURUS" tapi tetap menjadi pilihan hati, kerana sangat serabai. Saya Suka Serabai 3"S".

Sekali pandang macam Mario Gomez, 2 kali pandang macam Carlos Puyol, kalau pakai getah dah macam Ponce, *semua ini versi FIFA 2010, tetapi tetap menjadi pujaan hati biarla macam Heate Ledger mahupun Yusuf Islam di kala zaman mudanya.

Harapan yang sangat tinggi, jambang tumbuh dengan sihat di wajah ini, tetapi hanya mampu jadi harapan! Sebabnya tiada lagi dalam sejarah keluarga,mahupun keluarga besar salah seorang mempunyai "jambang". Oh! i adore to have beard!

Kalau tidak suka gaya rambut kali ini, sila buat petisyen mungkin membantu untuk membantah.