CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Saturday, October 30, 2010

Summer 2010!! Blast off!

Pagi yang cukup indah untuk menulis, dengan suhu sekitar yang tidak begitu sejuk, dingin dan damai terasa, Alhamdulillah. Mungkin lebih menarik jika bersama dengan secawan kopi.

Semalam yang cukup letih. Putus nafas, itu saja yang mampu diungkapkan. Inilah yang sering dikatakan bila veteran masuk padang, 5 minit sudah dirasakan cukup lama, 5 minit sudah dirasakan 5 jam. Perlu diperbaiki kembali stamina yang lama. Semoga lebih segar dan remaja sepatutnya. =)

Oh, Entri kali ini bukan berkisarkan tentang kisah futsal mahupun kisah kopi dan musim sejuk, tetapi entri yang sepatutnya diposkan 3 atau 4 minggu yang lalu. Semuanya berkisarkan "Summer Walk 2010".

Seperti biasa setiap tahun, "summer walk" akan dilakukan, samada bersendiri ataupun bersama kawan yang lain, bermula sejak selepas tamatnya SPM, dengan persinggahan pertama di Perak (Taiping, Ipoh, T.Intan,Setiawan, Lumut dan Manjung, Kamunting).
Edisi berikutnya, bersama Shamel Salahuddin, pada tahun itu, Shamel akan berangkat ke US untuk menyambung pelajarannya.
Dan tibalah tahun ini, Jelajah Pantai timur.(Pahang, Kelantan)

19 september 2010.
Bersama Hudzaifah untuk ke Shah Alam dahulu,mujurla ada sahabat yang ingin pulang ke sana, kalau harapkan tiket memang harapan la, kerana sekarang ini musim selesai Hari Raya,dan semua pelajar IPT pulang ke kampus masing masing. =)
Satu malam, bermalam di rumah Hud, sempat berkenalan dengan ahli rumah sewanya, Alhamdulillah, semuanya baik dan begitu meraikan tetamu, Terima Kasih kalian.

20 september 2010.
Hari ini, bertukar tempat berteduh. Ke rumah kengkawan sepengajian yang lama. Acab, Din dan juga Fatah dan Joker@Aie. Di TTDI jaya. Sudah lama tidak ketemu dengan sahabat-sahabat ini, lebih lagi, Shayhodin Sinwan, antara yang amat dirindui.

Selama 3hari masa diluangkan di S.Alam. Sehinggalah Majlis Walimatul Urus, Anas Hassan Basri, Bersama Hakim Jaafar, Firdaus Halim dan pemandu kami yang 'power' Haris Asyraf. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk meluangkan masa bersama.
Majlis Anas yang diadakan di Dewan Bukit Sentosa, Rawang. Konvoi untuk ke sana sesat sebanyak 3kali, (melintasi kawasan pergunungan asing, rumah tinggal yang 'anker',kawasan kilang, dan sebagainya) semuanya gara-gara *sistem GPS bergerak tidak di-update petanya.

Bersama semula, girang gembira hati-hati 'KISASIAN spm 06'. Walaupun tidak semua yang dapat hadirkan diri, tapi ini sudah cukup untuk menggamit kembali kenangan silam 2tahun bersama di bumi waqafan. Masing- masing dengan perubahan ketara diri sendiri.
Diri ini juga penuh dengan perubahan, rambut panjang ala Jefry Din, susuk tubuh yang tidak lagi seperti tiang, *bak kata Fais Azli. dan pelbagai lagi perubahan yang lain. Apa pun, rasa sangat syukur sekali, semuanya hadir bersama wajah yang gembira. Alhamdulillah.

Selesai, majlis walimah Anas, kembali pulang ke S.Alam dan terus kemas barang untuk bermalam di UIA. Kali ini bilik Dzulkifli Ismail @ Joe, menjadi tempat berteduh. Ditemani Muzakkir,yang sedang bercuti mahu juga luangkan masa bersama sahabat handai di UIA. Ramai kelibat KISASIAN ditemui ketika itu.
Semalaman tidak tidur berbual dengan Joe & Muzakkir. Tentang (hidup, tetang pelajaran, tetang kawan-kawan dan paling padu, tentang gadis dan juga perkahwinan). Mungkin umur 21 sudah menjadikan topik kahwin ini sebagai salah satu topik perbualan. Ataupun untuk kalangan KISASIAN ni, tidak asing lagi. Maklumlah tahun 2010 sudah punyai 6 pasangan yang berkahwin. Semoga Berbahagia hingga ke syurga. Amin.

p/s: terasa letih pula jemari ini untuk menaip lagi, mungkin entri ini akan disambung esok. =)

No comments: