CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, February 25, 2008

Taubat amalan mulia

Taubat bermaksud kembali kepada Allah dengan melepaskan ikatan perlakuan dosa-dosa secara berterusan dari hati yang ikhlas kemudian bangun dengan melaksanakan perintah Allah. Allah telah memerintahkan kepada seluruh orang-orang yang beriman untuk bertaubat.

Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman nescaya kamu beruntung. (an-Nur, ayat 31) Malahan Allah menyifatkan orang yang tidak mahu bertaubat termasuk dalam golongan yang zalim.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat, ayat 11)

Taubat merupakan sebagai satu penyucian diri daripada segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya di atas muka bumi sama ada disengaja ataupun tidak. Taubat adalah meninggalkan segala amalan maksiat yang dilakukan dan digantikan dengan amalan kebajikan.

Taubat mempunyai beberapa syarat dan rukun-rukunnya. Barangsiapa yang meninggalkan dosa semata-mata tanpa melakukan segala perbuatan yang disukai dan dicintai oleh Allah, maka ia tidak dipanggil orang yang bertaubat. Melainkan ia kembali dan mara menuju ke arah rahmat Allah. Antara syarat-syarat bertaubat ialah segera meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak-hak orang yang dizaliminya atau meminta halal darinya. Taubat hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah dan bukan kerana sebab lain seperti kerana takut celaan orang.

Oleh itu, orang yang hendak bertaubat mestilah menyesali perbuatan-perbuatan dosanya, menghilangkan segala keinginan berbuat dosa dan menyesali kelengahan taubatnya.

sujudku padaMu

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more
sujudku padaMu Allah. Tuhan kepada sekalian alam yang telah mewujudkan seluruh alam dunia. Aku bersyukur padaMu kerana diberi lagi peluang untuk melakukan ibadah dan juga menjalani kehidupan sebagai seorang insan.
Diriku hanya seorang insan yang lemah tidak mampu untuk lari dari melakukan sebarang kesalahan mahupun yang tersembunyi di dalam sanubari hati kecil.Tapi apa yang kutahu selagi mana pintu taubatMu masih lagi terbuka selagi itu aku masih mencuba mencari kemaafan dariMu. Aku sedar semakin jauh perjalan hidupku semakin banyak dosa dan kesilapan yang telah diriku lakukan. SuruhanMu ku ingkar, laranganMu ku turuti. Aku semakin alpa dengan kilauan nafsu dunia, ditambah pula dorongan bisikan syaitan yang tidak pernah henti kadang-kadang ku tersungkur tertewas kalah pada godaan hawa nafsu dan syaitan. Tetapi kadang-kadang ku bersyukur kerana dapat mengalahkan hasutan yang tidak pernah padam.
Diriku tetap insan yang lemah, tidak boleh lari dari kesilapan tapi aku sedar dan yakin bahawaMU tuhanku Ya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Aku akan cuba bangkit dari lembah kesilapan yang lalu, membersihkan kembali hati ini, dan cuba kembali ke padaMu.
Ya Allah ku harapkan mendapat petunjuk dan hidayah dariMu bagi menempuh dugaan dunia yang senantiasa mencuba mengahyutkan diri ini.

"tercetus idea prima"

Tatkala melihat semua sahabatku sudah mula membuat penulisan kreatif di blog masing-masing maka tergerakla hati insan kerdil ini untuk membuat blogger nya sendiri. Jadi Febuari,26 jam 1.00pagi secara rasmi blog ini ditulis. Entah apa yang mendorong saya menjebakkan diri dala dunia blogging ini mungkin kerana ingin melebarkan sayap kekreatifan diri atau menulis soal isi hati. Semua itu menjadi punca terjerumusnya saya dalam dunia penulisan blog. Maka apa yang diharapkan ialah blog ini mendapat sokongan oleh semua sahabat seperjuanganku sekalian di luar sana. Kamu semua sudah mempunyai kerusi parlimen dalam lubuk hatiku.