CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Thursday, July 24, 2008

"tautan hati, kasih bersemi...

"tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga kamu mengasihi saudaramu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri"

Memetik hadis baginda Rasulallah yang terkenal mengenai nilai ukhuwah mampu mengupas
1001 persepsi tersendiri bagi sentiasa insan. Manisnya bila berukhwah itulah suatu ungkapan yang selalu disebut oleh seorang sahabatku, malah ungkapan itu sentiasa bermain dalam hati sanubari insan kerdil ini. Insan ini tidak mengerti pada awalnya, adakah ukhuwah itu dinilai dari segi kebendaan,pangkat dan darjat. Maka malanglah bagi mereka yang meletiakkan perkara sebegitu sebagai kayu ukur ukhuwah mereka.

Hal kasih yang bertaut antara hati ke hati insan wujud kerana nawaitu meletakkan ikhlas bersahabat kerana Allah. Ukhuwah ini baru seindah pelangi. Pernah insan ketika berada bersama-sama sahabat di surau Saidina Ali, ketika itu waktu pengisian tazkirah selepas maghrib. Insan gagahkan diri untuk berkongsi ilmu dengan semua sahabat mengenai ukhuwah. Mengklasifikan tahap kasih antara sahabat bermula dari kenalan biasa hinggalah kepada satu "keluarga baru". Nilai manisnya berukhuwah sungguh tidak terhingga,suka duka, pahit manis dirasai bersama.Barulah dikatakan ukhuwah mantap.

Ku Selalu Membanggakanmu, Kaupun Selalu Menyanjungku, Aku Dan Kamu Darah Abadi,


Berukhuwahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah, nescaya ianya pasti lebih manis dari madu.

Monday, July 21, 2008

kebangkitan setelah tersungkur...

Kekeliruan hala tuju hidup andaikata sesudah terungkur di perhentian pertama hidup kita putus asa.Maka bersoraklah syaitan dan iblis, bukan kepalang girangnya hati mereka berjaya menghasut anak Adam supaya berputus asa dalam melakukan kebaikan.Aduh keluh kesah sentiasa bermain di hati jika tersungkur di medan pertama.Apakah itu suatu pengakhiran bagi kisah perjalanan hidup kita.Andaikata gagal sekali adakah akan kekal selamnya? satu persoalan yang jelas akan jawapannya.Tetapi adakah jawapan itu sudah cukup untuk menjadi panduan agar untuk menyakini sikap untuk berubah.

Jatuhnya seorang wira itu di medan pertama nya bukankah satu noktah untuk dia berputus asa.Untuk menjadi seorang perwira yang gagah tulen dia perlu bangkit sekali lagi, dengan penuh yakin melakar satu perangkaraan baru untuk berubah dan berjaya.

Bangkit gagah memacu suatu kisah hidup baru adalah satu perkara yang memerlukan pengorbanan yang berat dari diri sendiri.Selalu terlintas di hati kecil, adakah mampu aku mengikis semua kesilapan semalam,dan dapatkah aku tidak mengulanginya?. Persoalan yang sungguh jitu memerlukan kekuatan diri yang telus untuk menjawabnya.Ukur tahap mana kemampuan kita maka fikirkanlah apa yang terbaik bagi diri.

Setiap saat perubahan itu, tetap akan berlaku dan apa yang perlu dipastikan ialah, perubahan itu adalah suatu yang lebih baik. Hal ini baru boleh dibuktikan bahawa kita seorang yang berjaya.
Gagal ini bukan satu noktah,tetapi suatu peringatan untuk kita melakukan suatu yang lebih baik.
Maka, aturlah langkah dengan penuh keimanan dan keikhlasan untuk menuju suatu kejayaan yang terbaik.

Memetik satu kata-kata manis dari sahabatku,

Kejayaan bukan warisan, Kegagalan bukan tradisi

Wednesday, July 9, 2008

sekadar renungan...

Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".