"tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga kamu mengasihi saudaramu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri"
Memetik hadis baginda Rasulallah yang terkenal mengenai nilai ukhuwah mampu mengupas 1001 persepsi tersendiri bagi sentiasa insan. Manisnya bila berukhwah itulah suatu ungkapan yang selalu disebut oleh seorang sahabatku, malah ungkapan itu sentiasa bermain dalam hati sanubari insan kerdil ini. Insan ini tidak mengerti pada awalnya, adakah ukhuwah itu dinilai dari segi kebendaan,pangkat dan darjat. Maka malanglah bagi mereka yang meletiakkan perkara sebegitu sebagai kayu ukur ukhuwah mereka.
Hal kasih yang bertaut antara hati ke hati insan wujud kerana nawaitu meletakkan ikhlas bersahabat kerana Allah. Ukhuwah ini baru seindah pelangi. Pernah insan ketika berada bersama-sama sahabat di surau Saidina Ali, ketika itu waktu pengisian tazkirah selepas maghrib. Insan gagahkan diri untuk berkongsi ilmu dengan semua sahabat mengenai ukhuwah. Mengklasifikan tahap kasih antara sahabat bermula dari kenalan biasa hinggalah kepada satu "keluarga baru". Nilai manisnya berukhuwah sungguh tidak terhingga,suka duka, pahit manis dirasai bersama.Barulah dikatakan ukhuwah mantap.

No comments:
Post a Comment