CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, July 21, 2008

kebangkitan setelah tersungkur...

Kekeliruan hala tuju hidup andaikata sesudah terungkur di perhentian pertama hidup kita putus asa.Maka bersoraklah syaitan dan iblis, bukan kepalang girangnya hati mereka berjaya menghasut anak Adam supaya berputus asa dalam melakukan kebaikan.Aduh keluh kesah sentiasa bermain di hati jika tersungkur di medan pertama.Apakah itu suatu pengakhiran bagi kisah perjalanan hidup kita.Andaikata gagal sekali adakah akan kekal selamnya? satu persoalan yang jelas akan jawapannya.Tetapi adakah jawapan itu sudah cukup untuk menjadi panduan agar untuk menyakini sikap untuk berubah.

Jatuhnya seorang wira itu di medan pertama nya bukankah satu noktah untuk dia berputus asa.Untuk menjadi seorang perwira yang gagah tulen dia perlu bangkit sekali lagi, dengan penuh yakin melakar satu perangkaraan baru untuk berubah dan berjaya.

Bangkit gagah memacu suatu kisah hidup baru adalah satu perkara yang memerlukan pengorbanan yang berat dari diri sendiri.Selalu terlintas di hati kecil, adakah mampu aku mengikis semua kesilapan semalam,dan dapatkah aku tidak mengulanginya?. Persoalan yang sungguh jitu memerlukan kekuatan diri yang telus untuk menjawabnya.Ukur tahap mana kemampuan kita maka fikirkanlah apa yang terbaik bagi diri.

Setiap saat perubahan itu, tetap akan berlaku dan apa yang perlu dipastikan ialah, perubahan itu adalah suatu yang lebih baik. Hal ini baru boleh dibuktikan bahawa kita seorang yang berjaya.
Gagal ini bukan satu noktah,tetapi suatu peringatan untuk kita melakukan suatu yang lebih baik.
Maka, aturlah langkah dengan penuh keimanan dan keikhlasan untuk menuju suatu kejayaan yang terbaik.

Memetik satu kata-kata manis dari sahabatku,

Kejayaan bukan warisan, Kegagalan bukan tradisi

No comments: