CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, May 9, 2010

happy mother's day!

Mungkin agak terlewat untuk mengucapkan "selamat hari ibu, untuk bondaku yang disayangi Hjh.Rusnani, semoga umi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Tidak juga, ucapan "selamat hari ibu ini, aku ucapkan untuk seluruh warga bumi yang bergelar ibu, "Mom you are the best".

Kelewatan membuat ucapan rasmi pada tarikh yang tertentu disebabkan oleh kekalutan 'exam final', alhamdulillah berlalu sudah 1 subjek, semoga lulus dan diberkati Allah. Sangat meletihkan pabila berada dalam kondisi yang seringkali mencampakkan diri untuk bekerja keras di minit-minit akhir peperiksaan, diharapkan perkara ini tidak berulang lagi. -Pesanan ringkas untuk diri dan semua-

Dilihat,terdapat pelbagai cara yang cuba dipamerkan atau diluahkan tentang isi hati anak-anak pada hari ibu. Antara yang menarik minat, ialah video memgang kad ucapan, *saudara omar mokhtar dan juga rakannya di sunway college, guys yor are so creative.
Anak-anak cuba, melahirkan rasa penghargaan yang amat sangat di atas segala pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang insan yang bergelar ibu.Mengandungkan, memebesarkan, bukan suatu kerja yang mudah, jadi itu adalah suatu pengorbanan yang mulia! sekali lagi TERIMA KASIH buat mereka yang bergelak ibu,emak,umi dan lain lain lagi..=)

ibu, kaulah ratu dihatiku,
hati ini, sebenarnya terasa rindu,
akan segala curahan kasih sayang mu itu,
ingin daku kembali di waktu dulu,
sewaktu kecil engkau bersama aku,
ku dibelai manja sepanjang waktu.
ibu kaulah ratu,pengubat dukaku,
sedih, gembiraku, kau cuba mengambil tahu,
cuba memahami dan membantu,
semoga Allah sentiasa merahmatimu,

No comments: