CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Saturday, August 28, 2010

Ayah apa itu Ramadhan.

Alhamdulillah, hari ini sempat juga meluangkan masa untuk mengikuti program pengagihan bantuan Aidil Firti untuk bagi mereka yang tidak berkemampuan dalam khariah Padang Temusu.

Bantuan diagihkan kepada 125 orang penerima. Kerjasama yang dijalinkan oleh pihak pengurusan Masjid Tunku Habsah dan juga IKRAM bahagian Sungai Petani. Majlis bermula seawal jam 9.30 pagi,dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari Shiekh Thoriq. Beliau berasal dari Maghribi. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari para dif-dif kehormat.

Antara yang menarik perhatian saya pada hari ini ialah ucapan yang diberikan oleh Senator Ir. Hj. Zamri B.Yusuf.
"bila datangnya bulan Ramadhan, pasti anak anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu Ramadhan, pasti akan menanyakan soalan
"Ayah Ramadhan itu apa..?"
Jadi kita sebagai orang yang lebih tua, cubalah untuk pelbagaikan nama Ramadhan,
antanranya ialah, bulan Ramadhan itu bulan Tarbiah,
bulan Ramadhan itu bulan turunnya Al-Quran, bulan Ramadhan itu bulan Rahmat..

Jelaslah disini dari Ramadhan mampu menghuraikan kepada jutaan isi. Terserah kepada kita bagaimana meguruskannya.


No comments: