Kali ini, berpuasa jauh dari keluarga, bukan jauh hanya dipisahkan beberapa ratus kilometer, maksudnya masih dalam negaraku Malaysia.Tetapi kali ini dipisahkan beribu-ribu batu,lautan,gunung-ganag beserta gurun jauhnya dari keluarga. Jika dikisahkan tentang berpuasa jauh dari keluarga, memang dari dulu lagi dah terbiasa, maklumlah dari tingkatan 1 sudahpun masuk sekolah asrama sampai tingkatan 5 dan juga semasa di kolej.
Time kecik-kecik dahulu, umi selalu kejutkan bangun sahur. takpun ayah juga membantu, tapi takdalah liat sangat, abis kuat pun..puasa tanpa sahur je.
Tingkatan 1-3 :
-sekolah dikelilingi dengan sawah bendang, suasana kampung dan juga pelbagai lagi tarikan semula jadi, sungguh nyaman sekali.
-kalau di sini, bangun pagi agak senang, sebab para pelajarnya yang ramai, lebih lebih lagi pelajar tingkatan 1, teruja untuk bersahur.
-makanannya semasa sahur agak berat, tapi sedap, okayla. makan banyak juga!
-time berbuka, meja pastikan dekat dengan meja warden, sbb warden selalunya ada menu special, so..bila warden bangun je, terus rembat..ngee~
-satu pengalaman yang sangat best, time terawih...warden lalu lalang di belakang, tengok pelajar yang cuba tuang solat sunat. boleh la, tgk yang kene cubit.
-haa, lebih malang lagi kalau masa tu, angin dalam perut xstabil..sila ulang-alik ambil wudhu la ye.
Tingkatan 4-5 :
- KISAS, kawasan bandar. Tetapi nyaman juga di sini. sebab...entahla, tapi masih nak cakap nyaman suasana di sini.
-bab bangun sahur tidak perlu risau, semua orang macam teruja kejar amalan dalam bulan Ramadhan ini. Awal pagi, sudah ada yang pergi ke Masjid Sultan Sulaiman, mengerjakan Qiamullail.
-selalunya, solat dahulu baru makan, yer la..sbb masa makan, selagi tak tergolek-golek tak berhenti. =)
-seperti biasa, spot meja untuk berbuka, dekat dengan meja warden, menu khas juga menjadi habuan jikalau ada rezeki...
-Kalau hujung minggu, pulang ke rumah saudara-mara terdekat, best la juga. berbuka di rumah.
kadang-kadang, berbuka di masjid. selalunya Masjid As-Syakirin, KLCC.
-mmg xdapat nafikan masa di KISAS one of the best moment in my life.
Kolej :
-tinggal di rumah sewa, fuh macam-macam kerenah ada. Tapi lalui dengan tabah, biasalah Kehiduan.
-Time sahur, jangan risau sebab kedai mamak dekat saja. yang risau time Terawih ja, mudah terikut tuang solat. hua hua hua..
-Berbuka, sudah pasti di surau-almunawwarah, best berbuka di sini. * I'm not new face that only be seen during Iftar Ramadhan.. sebelum ni memang selalu pergi surau tu okay.
Now, Egypt :
-selalu dengar, bulan Ramadhan di sini sangat meriah, tetapi tidak lagi mengalaminya.
Alhamdulillah, tahun ini Allah bagi kesempatan berpuasa di sini.
-Memang benar, bulan ramadhan memang meriah, sepanjang lorong rumah, dihiasi dengan kain rentang, "lampu kelip-kelip", tanglung pun ada juga.
-Cuma, berbeza di sini tiada baazar ramadhan. (' ',)
-Solat Terawih, sila pilih masjid mana menjadi kegemaran. *selalunya yang cepat habis, menjadi rebutan. hehe..
- InsyaAllah, Ramadhan kali cuba isi dengan baik, dan juga mampu untuk menjaga perut. =)
Harapan, jika diberikan ruang dan peluang, teringin untuk berpuasa di Tanah Suci Mekkah. insyaAllah.
2 comments:
seronoknya berpuasa di Egypt.
Eh, kat sana takde bazaar ek?
sini, bazaar xde la, orang arab mcm xde byk juadahn sgt, mcm malaysia.
tapi, byk org buat majlis berbuka..sana-sini, mmg meriah.
Post a Comment