CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Thursday, September 9, 2010

Ramadhan dan Syawal.

Alhamdulilah, episod sebulan Ramadhan pada tahun 2010 sudah berakhir, maka Syawal pula menjelma. Tahniah diucapkan kepada seluruh muslim di seluruh muka bumi.
Disambut meriah Syawal, dengan takbir raya yang syahdu berkumandang di corong pembesar suara surau dan juga masjid.

Ramadhan.
Episod Ramadhan kali ini harapan di hati agar segala amalan yang dilaksanakan diterima Allah, dan ditetapkan hati untuk istiqamah dalam beramal pada hari-hari yang lain.

Khutbah Raya, pada tahun ini sungguh pilu dan menghayat hati, pembaca khutbah sebak seketika mengengankan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Kes pembuangan anak yang menjadi-jadi, Peristiwa Sahur Berdarah, dan lain-lain lagi sudah berleluasa." Semua ini kebanyakkannya. melibatkan mereka yang melayu beragama islam. Hal ini demikian bagai memberi suatu impak negatif kepada seluruh masyarakat muslim. Sedih pabila mengenagkannya.

Harapannya, Ramadhan mendatang andai diberi peluang dan ruang. Kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Syawal.
Syawal bulan kemaafan, kesempatan ini diambil untuk memohon maaf andaikata sebelum ini ada terkasar, tersilap dan tersalah. Semua itu harap dimaafkan. Agar hidup sentiasa tenang aman dan harmoni.

Harapan dihati, Syawal ini tidak pula dicemari dengan aktiviti yang melalaikan, tetapi mampu istiqamah dengan amalan yang berlaku di "Madrasah Ramadhan".

No comments: