CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, September 14, 2010

Syawal

Selepas 4tahun berlalu, akhirnya singgah juga aku di bumi Yan. Kali terakhir aku menjejakkan kaki di sekitar bumi ini, mungkin ketika episod terakhir sebelum berhijrah ke "Bumi Waqafan".
Bukan tidak mahu singgah selalu, tetapi tidak punyai masa yang begitu mengizinkan.

Episod Syawal kali ini, sungguh mengeratkan kembali silaturrahim aku dengan juga sahabat-sahabat lama Agama Yan. Silaturrahim itu Indah, yakinlah janji pada janji Allah.

Persinggahan pertama di rumah saudara Fauzul Kabyr, di Yan Besar, di sini Fauzul membesar dari umur 13tahun hingga tamat sesi persekolahan menengah. Kemudian kembali menetap di Subang Jaya.

Raya, dengan Fauzul, kemudian dia bawa bersiar-siar sekitar kawasan Yan besar, dari situ, dapat imbau kembali semua kenangan silam. Lihat sungai yang mengalir, teringat pernah berkelah di sana di waktu hujung minggu, lalu di sungai kg. Raga, teringat pernah ada perkhemahan ibadah di sana. Lalu di Air Terjun perigi, teringat selalu lepaskan penat bermandi-manda dengan sahabat yang lain. Itulah pelbagai kenagan aku di bumi Yan.

Kemudian, selepas beraya di rumah Fauzul, pergi pula ke bumi YAKEN, SMKA yan, pelbagai memori terkenang kembali. sejuk mata memandang hijau saja sekelilingnya. Begitu banyak perubahan yang sudah berlaku. Motif ke sana, menziarahi Teacher Rohaya, guru Bahasa Inggeris, Teacher dahulu guru English Club, dulu zaman muda-muda, Fahmi & Faten *my sister, memang selalu la dengan kelab ni. =)
Teacher sehat sahaja, sekarang ini dalam proses untuk sembuh, selepas menerima rawatan diabetis. Hope you get well soon teacher.

Syawal kali ini,memang best. Thanks Ahmad Akmal, Thanks Azrin, Champ, Saifullah,Faisal, Fuad, Farhan,Syafi, and others..thanks.

No comments: