ramai pula yang bertanya,
bila mahu kembali pulang ke sana,
naik pening kejap ini kepala,
aku jawab, mungkin awal bulan tiga.
macam-macam berlaku di kota debu sana,
tunggang-terbalik aku dengar pada awalnya,
sekarang ni, mungkin kembali harmoni gamaknya,
bila sang firaun alaf 21 sudah turun dengan separa rela,
seluruh isi kota debu riang-ria berpesta.
harapnya, semua sudah tenang sedia kala,
tiada lagi gundah gulana,
rakyat kota pasir berubah sikapnya,
dari kekalutan mazmumahnya,
kepada sikap indah mahmudahnya,
kuburkan segala kisah jahiliah yang lama,
buka episod baru yang lebih mulia,
harapan baru untuk generasi muda pelapis bangsa,
masa depan yang lebih cerah dan ceria,
moga pembebasan ini tidak sia-sia.
No comments:
Post a Comment