CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, February 20, 2011

may be bless always.

Dari bicara jiwa sanubariku,

Kuungkapkan semuanya padamu,

Dikongsikan segalanya, tiada rahsia walaupun satu,

Ku harap kau tiada gusar dan ragu…


Kukatakan ini bukan untuk personakanmu untukku,

Tapi hanya untuk kau tahu,

Dirimu begitu bermakna bagiku,

Ingin diriku membahagiakanmu,


Hulurkan tanganmu,

Biar ku genggam erat dan pimpinmu,

Bersama teroka hari yang baru,

Moga berbahagia selalu,


Suka duka kita berdua,

Dalam ceritera menempuh ranjau dunia,

Harap kau dan aku terus setia,

Tenang dan terus senyum sentiasa,


Kau dan aku bertemu,

Dua jiwa menjadi satu,

Dibawah payung rahmatNya kita bersatu,

Moga kasih kita senantiasa direstu..


selamat pengantin baru buat our London Tour Guide

semoga berbahagia selalu.

*sorry tak dapat datang sebab, di Portsmouth time tu. nanti di malaysia, ada rezeki nak jadi bestman ^^

No comments: