CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Wednesday, June 29, 2011

stone!


I'm always asking myself.

Am i doing the right thing?

Or i am stranded here doing nothing?

I think its okay, just keep smiling.

*damn! i wish i can end up everything this time.


Monday, June 27, 2011

Paling style.

Lewat- lewat tahun dekat dengan musim tahun akhir pengajian kawan kawan sebaya, aku rasa perkara paling 'style' diborakkan ialah tentang kehidupan bekerja dan juga pasal kahwin. Alah, tak perlu nafi, tajuk ni memang dah selalu borak dan ikut mood la, ada respon macam excited ada juga yang respon macam 'innocent or naive'. Apa pun steady!

Tapi paling steady bila, ada kawan-kawan yang minta tolong aku 'match-making'. Ya!! "pakcik memang dah berumor, pandai betul pasal perkara bina masjid ni,dah lama dah pakcik dalam bidang ni. Apa orang kata, haa..dah lama makan garam." =,='

Apa pun terima kasih lah kepada kawan-kawan yang minta tolong, aku akan cuba sebaik mungkin untuk membantu, "bro tolong orang bina masjid kot, xkan nak tolak mentah-mentah. Paling kurang 'push' permohonan diorang pada BM mana mana, =P

Tapi tak mengapa, doa sentiasa mengiringi kalian semua.

*korang memang style! ^^ dahla dah nak abis belajar, boleh borak dengan aku yang future unstable ni macam gitu.
Tapi tak pe, rockstar memang macam ni :)

Saturday, June 25, 2011

zzzz. down down.

Tiap kali musim exam menjengah pasti gundah gulana datang menghantui diri. Dah memang darah gemuruh apa lagi boleh bikin? Tapi masih lagi cuba berlagak cool supaya tak susah hati sangat.

Tiap kali buka buku, macam macam akan jadi, nak fokus sikit. Lain pula yang jadi, alamatnya mengelamun lagi.

Kalau musim exam 'mood yang down' tak henti-henti menemani. Paling cun, buat semua benda pun nampak macam tak jadi.

Tapi tahun ni memang hebat sekali, setiap kali 'down' terlintas dihati nak pegi ke Palestine ke, Afrika ke, Zimbabwe ke, semua tempat tempat orang asli yang memerlukan bantuan.

Duk kat sana, ajar tolong apa yang patut.

Oh betapa despair nya feeling =,='

Friday, June 24, 2011

10 dan lebih.

kalau datang sepuluh, aku bagi balik sebelas..
biar lebih sikit baru puas hati..
engkau suka, aku pun happy..
nak kata hidup ini selalu susah hati..
berat mana pun, kau tak pernah hadapi seorang diri..
Dia ya Rabbi sentiasi di sisi...

kalau dapat sepuluh, aku bagi dua belas..
biar lebih sikit..
apa pun yang penting ikhlas..
anak-anak jauh mana kau pegi..
ingat juga mak ayah kau di sana..
tanpa mereka siapalah kau..
murah-murahkanlah berdoa,

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.

Darah muda, borak semua benda nak lagenda..
cakap sikit memang tak nak jatuh punya..
ingat-ingat sama, kita ni tak kemana..
ke tanah juga akhirnya..
semat dalam jiwa, kita ini Dia yang punya..

kalau peroleh sepuluh aku bagi tiga belas..
jangan risau aku tak harap balas..
yang penting engkau puas..
aku berpegang pada hadis baginda Rasullallah tercinta..

dan barangsiapa mempermudahkan urusan orang yang menghadapi kepayahan (yassara 'ala mu'sirin) maka Allah akan mempermudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat..

aku engkau sama,
cuma beza iman dan taqwa...

Tuesday, June 14, 2011

exam sikit.

Okeh, sekarang sudah selesai kertas Farmakologi. Mula 12hb sampailah 14hb untuk kertas Farmakologi sahaja, lama kan? itulah nasibnya bila terjebak.

Mula nak bagitahu dahulu, angka giliran kali ini no. 3, memang paling cun, sebab antara buah mula.
Kalau 'exam oral' secara pasti akan pergi dulu, tak sempat nak minta 'hint' soalan dari orang paling awal. Lepas tu, kedudukan dalam dewan exam memanglah sangat tidak "mesra jiran". Sebab duduk di awal dan hujung dekat dengan pengawas peperiksaan. Jadi memang susahlah nak 'bertanya khabar' masa exam.

Nak cerita lebat kata exam farmakologi senang dan kacang, ramai akan setuju aku TIPU!
Jadi kesimpulannya kertas farmakologi memang sudah kelaut. Almaklumlah muka memang dah kena 'mark' dengan prof. Tapi rilex buat cool saja.
Masa esei exam, boleh la. Masa exam mcq, dh mcm pegi lapang sasar. 120 peluru dihabiskan, mujur 'marksman'. Masa oral. Senyum dari awal sampailah balik rumah.

Ada rezeki lebih pergi jauh. bak kata orang dulu-dulu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Jadi, lupakan sekejap yang dah lepas..bersedia pula untuk paper seterusnya.
Do pray for me. ^^

Tuesday, June 7, 2011

antara dua.

Selalu bermain di fikiranku andai aku berhenti disini aku mungkin dikira sebagai seorang pengalah, aku sudah dianggap bagai berputus asa di tengah jalan. Tapi yang sebenarnya itu bukan pun niatku, apakan daya itu sesuatu yang terpaksa diputuskan, jika segala kudrat telah di kerahkan namun masih juga tidak mampu untuk membuahkan hasil yang memuaskan. Maka apa yang perlu, berundur juga menjadi pilihan. Ambil laluan lain.

Itu orang kata, tak semua gelanggang boleh kita bermain, ukur baju di tangan sendiri Kalau tak tewas nanti menyesal diri. Bagiku ianya bukan sesuatu untuk dikesali tanpa kesudahan,tetapi sesuatu yang penting perlu dipelajari. Tetapi sampai bila?

Masa kian berlalu, makin lama diri,makin dimamah usia, semakin tua. Semakin suntuk masa. Tapi apakah sebenarnya menjadi matlamat hidup, kejaran motif belajar?
Habis belajar, kerja, kahwin, ada keluarga dan terus hidup? Ok. Itu tipikal tiada apa yang salah, itu pilihan dan itu normal.

Mungkin aku mencari sesuatu kelainan, mencari "self satisfaction". Tetapi sejak bila manusia ini berasa puas hati?
Berlegar lagi persoalan adakah ini suatu tindakan yang baik aku lakukan. Berhenti secara tiba-tiba, mengubah haluan yang sudah pasti pengakhirannya yang gembira. Siapa tahu?

Kalau berterusan begini, maka akan terjadi perkara yang aku selalu katakan " i'm maybe end as a passenger not as a pilot" what i can make? nothing.

Pernah sekali aku terdengar seorang ini memberi ceramah. Beliau bukan orang biasa-biasa. Beliau orang pendidikan, orang lama dalam bidang ini. Ranjau untuk beliau sampai hingga ke tempat sekarang, banyak juga yang ditempuhinya. Sesuatu yang begitu menarik minatku dalam ceramahnya ialah, pabila beliau menyebut "bukan saya tak mampu, cuma saya rasa ada orang yang lebih layak dan lebih mampu untuk lakukan dengan lebih baik dari saya, jadi saya berikan pada mereka laluan itu". Maka dari gelanggang 'hard science' akhirnya bertukar selera kepada gelanggang baru iaitu 'soft science'.

Adakah itu sesuatu yang sama dengan kondisiku.? Aku yakin dengan pasti aku setuju!
Biarpun dilempar dimanapun, biarlah menjadi terbaik, bukan penumpang tapi sebagai pengemudi, baru nombor satu!

Hal ini bukan sesuatu yang baru, tetapi sudah lama berlaku. Menjadi persoalan bagiku sejak 4tahun yang lalu. tapi aku masih begini.

Jauh lagi kehidupan ini perlu aku terokai, banyak lagi dugaan menanti di depan, semuanya masih lagi rahsia. ya Allah berikanlah aku petunjuk, agar semuanya menjadi tenang. amin.

Wednesday, June 1, 2011

tajdid niat.

lewat hari ini rasa macam terpanggil, rasa macam diketuk ataupun baru nak berfikir.
banyak benda yang buat tapi tak pernah fikir dulu baik buruknya.

biasala banyak benda yang dilakukan dinilai dengan rasa bukan pulak dengan akal dan ilmu,
bila rasa best, itu didahulukan.
bila rasa best dan macho itu dilaksanakan.

tapi tak pernah pula nak fikir dan nilai dahulu dengan akal dan fikiran, mana baik dan buruknya..
mungkin itu perlu dikaji apa niat utamanya..

berfikir sejenak, kembali tajdid niat.

banyak benda dilakukan sebab rasa, bukan sebab akal.