kalau datang sepuluh, aku bagi balik sebelas..
biar lebih sikit baru puas hati..
engkau suka, aku pun happy..
nak kata hidup ini selalu susah hati..
berat mana pun, kau tak pernah hadapi seorang diri..
Dia ya Rabbi sentiasi di sisi...
kalau dapat sepuluh, aku bagi dua belas..
biar lebih sikit..
apa pun yang penting ikhlas..
anak-anak jauh mana kau pegi..
ingat juga mak ayah kau di sana..
tanpa mereka siapalah kau..
murah-murahkanlah berdoa,
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.
Darah muda, borak semua benda nak lagenda..
cakap sikit memang tak nak jatuh punya..
ingat-ingat sama, kita ni tak kemana..
ke tanah juga akhirnya..
semat dalam jiwa, kita ini Dia yang punya..
kalau peroleh sepuluh aku bagi tiga belas..
jangan risau aku tak harap balas..
yang penting engkau puas..
aku berpegang pada hadis baginda Rasullallah tercinta..
dan barangsiapa mempermudahkan urusan orang yang menghadapi kepayahan (yassara 'ala mu'sirin) maka Allah akan mempermudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat..
aku engkau sama,
cuma beza iman dan taqwa...
2 comments:
1001 maksud ! :)
Yup. selami dan juga fahami.
Post a Comment