CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, June 7, 2011

antara dua.

Selalu bermain di fikiranku andai aku berhenti disini aku mungkin dikira sebagai seorang pengalah, aku sudah dianggap bagai berputus asa di tengah jalan. Tapi yang sebenarnya itu bukan pun niatku, apakan daya itu sesuatu yang terpaksa diputuskan, jika segala kudrat telah di kerahkan namun masih juga tidak mampu untuk membuahkan hasil yang memuaskan. Maka apa yang perlu, berundur juga menjadi pilihan. Ambil laluan lain.

Itu orang kata, tak semua gelanggang boleh kita bermain, ukur baju di tangan sendiri Kalau tak tewas nanti menyesal diri. Bagiku ianya bukan sesuatu untuk dikesali tanpa kesudahan,tetapi sesuatu yang penting perlu dipelajari. Tetapi sampai bila?

Masa kian berlalu, makin lama diri,makin dimamah usia, semakin tua. Semakin suntuk masa. Tapi apakah sebenarnya menjadi matlamat hidup, kejaran motif belajar?
Habis belajar, kerja, kahwin, ada keluarga dan terus hidup? Ok. Itu tipikal tiada apa yang salah, itu pilihan dan itu normal.

Mungkin aku mencari sesuatu kelainan, mencari "self satisfaction". Tetapi sejak bila manusia ini berasa puas hati?
Berlegar lagi persoalan adakah ini suatu tindakan yang baik aku lakukan. Berhenti secara tiba-tiba, mengubah haluan yang sudah pasti pengakhirannya yang gembira. Siapa tahu?

Kalau berterusan begini, maka akan terjadi perkara yang aku selalu katakan " i'm maybe end as a passenger not as a pilot" what i can make? nothing.

Pernah sekali aku terdengar seorang ini memberi ceramah. Beliau bukan orang biasa-biasa. Beliau orang pendidikan, orang lama dalam bidang ini. Ranjau untuk beliau sampai hingga ke tempat sekarang, banyak juga yang ditempuhinya. Sesuatu yang begitu menarik minatku dalam ceramahnya ialah, pabila beliau menyebut "bukan saya tak mampu, cuma saya rasa ada orang yang lebih layak dan lebih mampu untuk lakukan dengan lebih baik dari saya, jadi saya berikan pada mereka laluan itu". Maka dari gelanggang 'hard science' akhirnya bertukar selera kepada gelanggang baru iaitu 'soft science'.

Adakah itu sesuatu yang sama dengan kondisiku.? Aku yakin dengan pasti aku setuju!
Biarpun dilempar dimanapun, biarlah menjadi terbaik, bukan penumpang tapi sebagai pengemudi, baru nombor satu!

Hal ini bukan sesuatu yang baru, tetapi sudah lama berlaku. Menjadi persoalan bagiku sejak 4tahun yang lalu. tapi aku masih begini.

Jauh lagi kehidupan ini perlu aku terokai, banyak lagi dugaan menanti di depan, semuanya masih lagi rahsia. ya Allah berikanlah aku petunjuk, agar semuanya menjadi tenang. amin.

No comments: