CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, September 5, 2011

Test Bumper Raya Sekali.

Maka bila berlabuh tirai Ramadhan, Syawal pula bakal menjengah. Selesai juga sebulan berpuasa di bumi Mesir, Alhamdulillah. Moga diberi kesempatan di masa hadapan untuk terus beramal.
Seperti biasa,setelah lama menghilang laman sesawang blog sendiri sudah pun barangkali bersawang. Ketiadaan masa, mood yang tidak begitu menentu, internet yang kejap ada kejap tiada. Semuanya menjai faktor penyumbang kenapa tiada kekerapan update yang kerap. Tapi itu semuanya satu alasan untuk mengelak. Semuanya adalah diantara MAHU atau TIDAK MAHU. Ada faham semua?

Syawal kali ini juga menjadi Syawal pertama yang disambut tanpa ahli keluarga tercinta disisi. Kerinduan yang menebal itu memang tidak dinafikan, hanya doa yang tulus ikhlas dikirimkan agar restu mereka disana sentiasa menemani diri yang dikejauhan ini.

Sehari sebelum raya, kelibat rakan dan taulan begitu meriah sekali, kehulu-kehilir menyiapkan persiapan raya. Di rumah sendiri juga apa kurangnya. Sampai tidur pun terpaksa ditangguh sebentar bagi menyiapkan juadah di pagi Syawal.

Nasi impit, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Kek Coklat, Kek Vanila, Biskut Almond London dan juga Biskut Cornflake menjadi hidangang pilihan untuk para tetamu.

Bertamu juga kami semua di pagi syawal. Takbir raya indah bergema, seluruh alam ceria mengagungkanNya. Moga dicucuri rahmat ke seluruh alam. Solat sunat aidilfitri, berkonvoi kami semua ke Dataran A'syir. Kali ini Ikhwan Muslimin, menaja proses majlis solat sunat Aidilfitri. Wajah ceria terpaut di setiap wajah-wajah kaum muslimin dan muslimat. Moga ketemu lagi kita pada Ramadhan akan datang,medan tarbiah selama sebulan. Kemudian harapanya istiqamah dalam kehidupan seharian mendatang.

Ribuan kemaafan kupohon, andai tersalah kata, terusik jiwa, terkata tak tentu hala, termarah tak berpada, semoga kemaafan dari semua menjadi pengukuh tautan silaturahim kita bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin.

2 comments:

farrazswift said...

wahhhhh...chocolate cake pun ada tu...!haha

Fahmi Ali Jr. said...

a'ah itu la. try and error je pun.
xpe orang bujang xkisah sangat rasa mcm mana pun :)