CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Saturday, April 12, 2008

"selepas mendung pasti akan datangnya cerah...sabarlah"

Suasana, malam hari yang penuh dengan kesunyian terduduk aku berfikir tentang keindahan kejadian ilahi. Malamku kini di datangi makhluk Allah yang sungguh cantik iaitu 'kunang-kunang'.Makhluk itu terbang menghiasi jagat di malam hari, dengan cahaya yang berkelip-kelip di belakang ekornya. Wah! sungguh indah alam ciptaanMu ya Allah.Diterangi malam itu dengan kehadiran beribu bintang di kota angkasa raya tercari aku, buruj-buruj yang mungkin kelihatan pada masa itu. tetapi kekalutan dan kesedihan masih lagi menghantui jiwa aku. Seringkali aku terfikir apakah cara terbaik untuk menghilangkan rasa keluh kesah dan rasa yang tidak senang memuncak di dalam benak dada ini.

Jauh aku mengelamun sebentar mengenang nasib aku yang semakin hari semakin sesak,tetapi pada luarannya tidak lansung menggambarkan khabar berita gundah gulana jiwa, aku seperti sentiasa gembira. Sahabat-sahabatku semua senang hati melihat keadaanku di luar yang sentiasa terukir manis senyuman di bibir.Tetapi sebenarnya ada sebuah hikayat pilu yang masih belum diungkap oleh sesiapa kecuali insan lemah ini sendiri.Melangkah sayu setapak demi setapak kakiku, berbekalkan semangat, yang tidak pernah luntur akan ku bawa cita-citaku hingga ke degupan jantung terakhir.

Hari-hariku berlalu begitu saja, dengan pengisian ilmu dan rohani yang masih ku ragui adakah suda mendapat keredhaan dariNya."Ya Allah kenapa kenapa diriku sering dirundum masalah, selepas satu datang pula satu yang lain",hati kecilku membentak. Aku tidak paham,sejak akhir-akhir ini masalah sudah seperti menjadi sahabat baik aku, seringkali mengunjungi diriku yang lemah ini, tapi aku tabahkan untuk selesaikan satu persatu,diriku kian sedih dan pilu. Apa yang ku mampu hanya berdoa dan sujud padaMu.

Nilai kesedihan sering bermain-main di fikiranku, kadang-kadang membuatkan aku semakin runsing dan seperti hilang arah dan ingin putus asa. Tetapi diriku sedar, diari hidup seorang muslim jangan sesekali tertulis ungkapan 'putus asa'.Aku kuatkan diriku menempuh segala kesedihan dengan penuh tabah seorang insan yang merindui rahmat dari Allah.

Tersedar aku dari lamunan panjang itu akibat rintisan air hujan yang renyai-renyai turun membasahi bumi, aku berlari kembali ke dalam rumah. Tetapi aku menruskan penghayatan keindahan malam melalui dada jendela rumhaku. Suara sang katak bersahut-sahutan memanggil hujan, nyanyian rimba sang cengkerik menjadi penghibur hati. Tidak lupa juga, kelakatu malam yang begitu cinta akan cahaya selepas hujan. Ku nikmati alam ciptaan Ilahi sedalam-dalamnya. Diciptakan alam ini dengan 'sunatullah' yang tersendiri. Selepas berapa ketika hujan kian reda dan alam jagat kembali tenang.

Mataku kian berat,mungkin sudah tiba masanya untuk aku diulit mimpi, sedang menunggu lelapnya mata ini terfikir aku sejenak, 'diturunkan hujan oleh Allah di atas muka bumi ini bukan berpanjangan tidak akan hentinya. Tetapi pada satu ketika tetap akan berhenti jua jutaan titisan 'rezeki'dari langit itu.Ianya seperti wujud kesinambungan dalam hidupku sebagai insan, timbul nya sekelumik kesedihan dan masalah yang ditimbulkan di dalam benak hati oleh Allah. Setiap yang timbul itu bukan sesuatu yang akan berkekalan,sebaliknya akan sampai ke penghujngnya kelak. Allah menguji diriku ini untuk membolehkan aku berfikir sejenak dimanakah salah silapnya aku seorang hamba. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya.

musibah yang datang pasti berlalu,
usah difikirkan menambahkan pilu,
sematkan dihati mu wahai saudaraku,
setiap yang datang pasti berlalu,

Thursday, April 10, 2008

""seoarang atuk, Nabil cucunya dan minum petang...

Suatu petang yg penuh dgn kedamaian dan keindahan suasana kampung.Kebahagiaan dapat dirasa melihatkan rimbunanan tumbuhan hijau tumbuh melata tanpa diperkosa kemajuan dunia. Di sebatang sungai air yg mengalir jernih tanpa noda arus pembinaan, duduk dua org insan sedang menikamati kesejukan air sungai tersebut. Mereka begitu rapat sekali, kebahagiaan dua insan itu terpancar dari sinar wajah yang terukir senyuman ikhlas, seorang atuk kepada seorang cucu.

Bertanya cucu itu kepada atuknya satu soalan, "wahai atuk, kenapa umur atuk sudah tua tetapi atuk masih sehat dan mampu, berkebun dan melakukan ibadah tanpa kesulitan.?" kadang-kadang,nabil terfikir juga, kenapa ada bayi mati sedangakan mereka masih muda. Bukankah orang tua-tua jer mati ?tersenyum si atuk mendengar soalan cucunya.Jawab si atuk..

"Nabil cucuku sayang, mati tidak pernah mengenal usia, umur semuda 1hari, umur setua 100tahun bila sudah tiba ajalnya mereka tetap akan pergi". Jadi itulah sebabnya mati dikatakan benda paling dekat dengan kita, dan salah satu ubat terbaik untuk mengelakkan melakukan dosa ialah dengan mengingati mati.

Ooh begitu ye atuk, Nabil harap nanti nabil akan sentiasa mengingati mati, Nabil risau kalau-kalau Nabil terjerumus ke dalam lembah maksiat, nabil takut berdosa dan ingkar larangan Allah.
"Baguslah kalau Nabil berfikir begitu, bertakwa kepada Allah adalah penyelamat bagi kita dia atas dunia yang penuh pancaroba ini". Ingatlah hidupnya insan di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepadaNya. Jika sesekali kita lalai atau tergelincir ke lembah maksiat, sujudlah kamu dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan. Allah ini maha pengampun, Allah suka kepada hamba yang sentiasa berdoa dan sentiasa memohon keampunan dan keredhaanNya.

Jadi atuk, Nabil sudah paham situasinya sekarang ini. Nabil berharap dalam usia muda sebegini tidak akan disia-siakan dengan lalai akibat kilauan nafsu dunia. Atuk jom pulang nanti marah pula nenek lewat balik untuk minum petang. Ayuh...

Tuesday, April 8, 2008

"sekadar renungan"

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

'won't go home without you'

I asked her to stay
But she wouldn't listen
She left before I had the chance to say
Oh
The words that would mend
The things that were broken
But now it's far too late, she's gone away

Every night you cry yourself to sleep
Thinking "Why does this happen to me?
Why does every moment have to be so hard?"
Hard to believe that

It's not over tonight
Just give me one more chance to make it right
I may not make it through the night
I won't go home without you

The taste of her breath, I'll never get over
And the noises that she made kept me awake
Oooh
The weight of things that remain unspoken
Built up so much it crushed us everyday

Every night you cry yourself to sleep
Thinking "Why does this happen to me?
Why does every moment have to be so hard?"
Hard to believe that

It's not over tonight
Just give me one more chance to make it right
I may not make it through the night
I won't go home without you
Oooh

It's not over tonight
Just give me one more chance to make it right
I may not make it through the night
I won't go home without you
Oooh

Of all the things I felt I've never really showed
Perhaps the worst is that I ever let you go
Should not ever let you go, oh oh oh

It's not over tonight
Just give me one more chance to make it right
I may not make it through the night
I won't go home without you
Oooh

It's not over tonight
Just give me one more chance to make it right
I may not make it through the night
I won't go home without you
And I won't go home without you
And I won't go home without you
And I won't go home without you

Sunday, April 6, 2008

"satu kenangan di Perak inginku ulang"


Bulan april tahun 2007, tahun lepas telah diadakan homestay julung-julung kalinya di adakan. Setelah setahun diplankan oleh budak-budak kelas 506 akhirnya menjadi juga. Tetapi malangnya bukan ahli kelas 506 yang pergi tetapi orang lain.

Peserta: Azrin,Akmal Hamzah,Faisal,Fuad,Fahmi,Saifullah.
Durasi: 6 hari.
Lokasi: Taiping dan Teluk Intan.

Pada awalnya semua tidak ada niat langsung untuk pergi ke taiping tetapi muncul idea gila dari fahmi semua bersetuju.Segalanya terplan dalam 1hari. kami pergi ke stesen bas untuk membeli tiket ke Taiping tapi malangnya xde.Jadi kami ambil keputusan menaiki "train"harag tiket ke taiping hanyalah RM7.Pada awalnya azrin ingin membeli tiket kabin tapi jarak ke taiping hanya sejengkal jadi tidak memadai. Pernahkah org pergi melawat pada pukul 1pagi ke rumah org. Kami mungkin org pertama,kami mmg malu sungguh kerana menyusahkan fuad mengambil kami di stesen kereta Api.Tetapi memandangkan kakaknya juga menaiki kereta api pada waktu yang sama apa salahnya. Kakak Fuad merupakan pelajar tahun akhir jurusan Pergigian UKM, Setibanya di Taiping kami berkenalan dgn ayah Fuad,En.Ibrahim.Kami dibawa bersiar2 dengan kereta Mercs Unlce Ibrahim ,wah sungguh gembira pada masa itu. Pusing-pusing satu Taiping pada satu malam.kami sampai di rumah Fuad pada pukul 2.44pagi Kg. Jana Sambungan satu nama yang unik. Kami tidur sampai terguling-guling. Nasib baik smpat kejar bangun subuh, kalau tak memang malu sgt. Selepas sarapan kami menunggu ketibaan saudara Faisal yang merempit dari Selama, dan saudara Saifullah yang rumah nya dua tiga batu dari rumah fuad. Rumah Saifullah xde la jauh sgt dengan rumah fuad jadi dia sampai dulu.Pukul 0914 Faisal sampai di rumah, oleh kerana dia lambat 10min, abis nasi lemak nye dirembat aku.Sorryla sotd! xsengaja.

Kemudian bila semua dah sampai dan kami semua bersiap untuk program pertama iaitu menawa bukit Maxwell. Kata Fuad yang baru pertama kali ingin menawan bersama kami jarak keseluruhan untuk sampai kepuncak hanyalah 5km.Jadi kami semua menjadi sgt bersemangat untuk menawan puncak Bukit Maxwell. manSugguh tidak menyangka kiraan Fuad ttg jauh perjalanan kami adalah salah, untuk sampai ke puncak kami perlu berjalan sejauh 20km, ‘huish’ patah kaki la kami ,Fuad mmg nk kena belasah betul,Nasib baik kami bermurah hati. Berjalan berlari dan merangkak semua ada termasuk memanjat. Sungguh penat ditambah dengan hujan yang lebat di tengah perjalanan.Berasap-asap mulut mcm duk kat oversea haha,mana tidaknya sejuk "giler " masa tuh. Tetapi semangat nak tengok bunga TULIP yang ditanam oleh fuad didalam dada kami menyebabkan meneruskan perjalan tanpa ragu-ragu.

Setibanya di puncak malang sungguh nasib kami, kali ini Tulip tidak berbunga kerana bukan musim nya.Tensyen betul, tapi bila turun kami menaiki van pick-up ala2 "drift".Apabila sampai di bawah kami terus pergi ke kolam mandi yang mmg tersedia di kaki bukit. Kolam itu sgt daif, hanya rm1 dh boleh bermandi manda. Sejuknya air kolam tuh. kemudian kamipun pulang untuk berehat.Sungguh penat ekspidisi menawn bukit Maxwell kali ini, kami pulang dengan penuh rasa gembira dan sedikit hampa kerana gagal melihat bunga Tulip.Biasela tuh, tapi semunya berjalan lancar. Dimalam hari kami pun keluarla berjalan-jalan bak kutu malam. Kami pergi ke Zoo Taiping untuk "night Safari". Sungguh seronok melihat haiwan, pada waktu malam, yang xbest nye ramai dah tidur.hoho~Kemudia setelah selesai melihat haiwan pada waktu malam kami pun pergi makan malam, Fuad telah membawa kami pergi ke gerai sepupunya. Makan char koew teow..waaa~ mmg sedap abisla. tapi aku xdpt makan sbb allergic kuakua.Then kami pun pusing2 tasik taiping, skodeng pe patut.hihi semuanye sungguh enjoy.Lepas tuh kami pulang keletihan.

Keesokan harinya kami pergi ke lombong untuk "pertandingan memancing".Inilah saat yang dinanti-nantikan. 3jam di situ. faisal menjadi johan dengan 16ekor, aku 11ekor ikan tilapia fuad,azrin dan akmal hanya 1ekor. selepas itu kami pergi mandi manda di air terjun.waaaaa~ bestnye! hati sangat girang.Pada malam harinya kami memabakar ikan, huh sungguh enak sekali ikan yang dibakar hingga menjilat jari. Tapi aku tidak memakannya kerana tidak berapa lalu.huhu~

Selepas itu semua pergi berehat dan sambung main game PS2.hihi sungguh seronok la apabila semua bijak bermain FIFA jadi saingannya semakin sengit. Keesokan harinya Faisal sudah perlu pulang ke Selama kerana dia bekerja manakala kami pula ingin meneruskan ekspidisi ke Teluk Intan ke rumah Hisham. Selepas mengucapkan selamat jalan ke Faisal,kami pun teruskan perjalanan bertolak pada pukul 9.37pagi kami sampai pada pukul 3.48ptg.
Perjalanan sejauh 180km dan lebih sungguh memenatkan, kami menggunakan jalan kg.supaya lebih seronok,dan mudah berhenti untuk ke masjid.Setibanya di Teluk Intan kami diambil oleh ayah hisham ke rumah nya. Hisham baru saja pulang dari Klang, kerana ada sedikit hal. kami bermalam semalaman di rumah hisham. Fuhh, sungguh seronok kerana keluarga hisham sungguh "friendly" seperti keluarga fuad juga. Kami tidak terasa sangat seperti org asing. Makan malam yang disediakan Ibu hisham sungguh sedap, tambah banyak kali laa jawabnya. hoho~ Keesokan harinya kami pun pulang ke Taiping. Fuad berhenti seketika di Taiping untuk membeli cd game PS2 yang baru.Kami sampai pada pukul 8malam kerana bertolak selepas zohor. Pada malam harinya kami bermain game yang baru dibeli Fuad. Keesokan harinya kami bangun agak lewat, tetapi masih sempat mengejar subuh gajah. Kemudian kami pergi memburu air terjun di sebuah kawasan bernama "Terung" sungguh seronok di sana.
Setelah selesai bermandi-andai kami pun pulang, dan berehat di rumah fuad kerana pada malam harinya kami akan pulang ke Kedah. Tiket keretapi ke kedah akan adalah pukul 3pagi. Jadi kami perlu bersengkang mata menunggu untuk pulang. Sebelum kami pulang, selepas Isya Uncle ibrahim telah belanja kami makan "sup GearBox" wauu.sungguh enak sekali. Panas badan-badan kena sup gearboX.

Pelabagai kenangan manis kami kongsi buat seketika bersama Uncle Ibrahim,kami sangat berterima kasih kepada dia dan sekeluarga kerana memerikan layanan yang sungguh mesra kepada kami. "terima Kasih fuad dan family".
Kemudian pada pukul 3pagi kami pun pulang ke s.petani dan tiba pada jam 8pg. Kenangan sebegini sungguh bermakna sekali buat kami.

Thursday, April 3, 2008

my new best story ...


The Contender Asia is my next best story that i always spent my time to watch it. The game that gather "muay Thai" fighter from all over the world to have a match in Singapore. All 16 fighter came from different background but with one mission to be the champion of Contender Asia. It was a best show when all fighter will training together and will fight among them. This show was really benefit for me because it expose one of the most famous self defenses technics to all people. All 16 fighter was been divided into two groups of them:
1-The Wild Boar
2- The Tiger King
The Fighter Name:
1-
Zidov Dominik 9- David Pacquette
2- Alain Sylvestre 10- Dzhabar Askerov
3- Bruce Macfie 11- James Martinez
4-Yodsaenklai 12- John Wayne Parr
5-Zig Zach 13- Rafik Bakkouri
6-Naruepol Fairtex 14- Sean Wright
7- Soren Mongkontong 15- Trevor Smandych
8-Jose Pitu Sans 16- "Yukay" Joakim Karlsson

This two name came from the name of muay thai legend. The wild boar will wear blue apparel and The Tiger King will wear red apparel. It was the 1st stage of the game, when the time come at at the second stage, all the fighter will be mix together. Each fighter that lost in their match will be sent back home. The 1st fighter that was sent back home is Trevor, he was lost on Naruepol hand. The best fighter that i like to watch them fight was Yodsenkai "the hero" and John Wayne Parr, and also Dzhabar. They are really skill full in using elbow and KO punch.

So that all from about my favourite story. I hope i can also learn muay thai someday.

knowledge for u and me...

Tsunami dadah, suatu yang bahaya.
Secara amnya dadah amat diperlukan dalam industri perubatan tetapi ianya telah dimodifikasi kan supaya menjadi lebih unik dan memudaratkan kepada pengguna. Hal ini berlaku kerana kejahatan+kepandaian telah menguasai seseorang itu. Dadah (Drug) jika diguna dalam ambilan dos yang betul dan mengikuti preskripsi yang diberikan oleh doktor atau pakar perubatan tidak akan memeberikan kesan negatif kepada pengguna.
Tetapi kini apa yang kita dapat lihat wujud pelabagai jenis dadah yang baru dan semakin mashsyur dalam kalangan remaja dan masyarakat kita. Mitos yang dikaitakan dengan dadah ini ialah dadah mampu menyalurkan tenaga optimum dan berterusan kepada pengguna kurang bijak.

Persoalannya kini kenapakah berlakunya penyalahgunaan dadah?
1- Ingin tahu dan mencuba apakah itu dadah.
2-Sekadar ingin merasa penglaman baru
3-Pengaruh rakan-rakan dan persekitaran
4-Cara hidup sosial yang sering berkunjung ke kelab-kelab malam,parti.
5-Takut disishkan,oleh kawan-kawan negatif.
6-Untuk mengelakkan kebosanan
7-Ingin lari dari masalah dan kemurungan
8- Fashion atau trend seperti artis-artis antarabangsa.

Jenis-jenis dadah yang popular di malaysia. (mengikut informasi dari jabatan narkotik dan jabatan kimia malaysia)
1-Kanabis/Canabis
2-Heroin/Monoacetylmorphine/Morphine
3-Methamphetamine
4-MDMA
5-Ketamine
6-Dadah psikotropik seperti Nimetezepam,Erimin 5

Ingatlah jangan sesekali mencuba dadah kerana ianya mampu memeberi kesan kepada kita sepanjang hayat.

Wednesday, April 2, 2008

"bisik"

apakah bisik..? adakah membisikkan sesuatu atau, nama tempat. mari kita kupas lebih lanjut lagi isu bisik ini.Yang sebenarnya bisik ialah nama tempat dimana ikan-ikan yang baru saja ditangkap nelayan di tengah lautan di agihkan kepada para pemborong. Disini juga kalau para pengguna yang bijak boleh juga membeli ikan secara rucit. Saya pernah mengambil kesempatan untuk membeli ikan di pasar bisik. Tempat ini mendapat nama kerana semua hasil tangkapan yang hendak dibeli perlu dibiskikkan harga yang ingin ditawarkan kepada peniaga.Semua ikan yang dibeli memang sangat murah dan berbaloi. Pada hari ahad, saya pergi dengan penuh yakin ingin membeli ikan di "bisik" mujur hari itu telah menjadi rezeki saya apabila berjaya memebeli ikan kembong sebanyak 287 ekor dengan harga RM5. sungguh murah mmg tidak dapat jika dibeli ditempat lain RM5 mungkin hanya untuk sekilorgam. Saya berterima kasih kepada penjual yang bai hati itu, nama pak Latip. Apabila sudah selesai membeli kerja paling xbest nak dibuat ialang menyiang ikan. cuba bayangkan 287 ekor ikan yang perlu disiangkan memang sungguh memenatkan, tapi semuanya beres dalam masa 1jam lebih.