CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Thursday, April 10, 2008

""seoarang atuk, Nabil cucunya dan minum petang...

Suatu petang yg penuh dgn kedamaian dan keindahan suasana kampung.Kebahagiaan dapat dirasa melihatkan rimbunanan tumbuhan hijau tumbuh melata tanpa diperkosa kemajuan dunia. Di sebatang sungai air yg mengalir jernih tanpa noda arus pembinaan, duduk dua org insan sedang menikamati kesejukan air sungai tersebut. Mereka begitu rapat sekali, kebahagiaan dua insan itu terpancar dari sinar wajah yang terukir senyuman ikhlas, seorang atuk kepada seorang cucu.

Bertanya cucu itu kepada atuknya satu soalan, "wahai atuk, kenapa umur atuk sudah tua tetapi atuk masih sehat dan mampu, berkebun dan melakukan ibadah tanpa kesulitan.?" kadang-kadang,nabil terfikir juga, kenapa ada bayi mati sedangakan mereka masih muda. Bukankah orang tua-tua jer mati ?tersenyum si atuk mendengar soalan cucunya.Jawab si atuk..

"Nabil cucuku sayang, mati tidak pernah mengenal usia, umur semuda 1hari, umur setua 100tahun bila sudah tiba ajalnya mereka tetap akan pergi". Jadi itulah sebabnya mati dikatakan benda paling dekat dengan kita, dan salah satu ubat terbaik untuk mengelakkan melakukan dosa ialah dengan mengingati mati.

Ooh begitu ye atuk, Nabil harap nanti nabil akan sentiasa mengingati mati, Nabil risau kalau-kalau Nabil terjerumus ke dalam lembah maksiat, nabil takut berdosa dan ingkar larangan Allah.
"Baguslah kalau Nabil berfikir begitu, bertakwa kepada Allah adalah penyelamat bagi kita dia atas dunia yang penuh pancaroba ini". Ingatlah hidupnya insan di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepadaNya. Jika sesekali kita lalai atau tergelincir ke lembah maksiat, sujudlah kamu dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan. Allah ini maha pengampun, Allah suka kepada hamba yang sentiasa berdoa dan sentiasa memohon keampunan dan keredhaanNya.

Jadi atuk, Nabil sudah paham situasinya sekarang ini. Nabil berharap dalam usia muda sebegini tidak akan disia-siakan dengan lalai akibat kilauan nafsu dunia. Atuk jom pulang nanti marah pula nenek lewat balik untuk minum petang. Ayuh...

No comments: