Bulan april tahun 2007, tahun lepas telah diadakan homestay julung-julung kalinya di adakan. Setelah setahun diplankan oleh budak-budak kelas 506 akhirnya menjadi juga. Tetapi malangnya bukan ahli kelas 506 yang pergi tetapi orang lain.
Peserta: Azrin,Akmal Hamzah,Faisal,Fuad,Fahmi,Saifullah.
Durasi: 6 hari.
Lokasi: Taiping dan Teluk Intan.
Pada awalnya semua tidak ada niat langsung untuk pergi ke taiping tetapi muncul idea gila dari fahmi semua bersetuju.Segalanya terplan dalam 1hari. kami pergi ke stesen bas untuk membeli tiket ke Taiping tapi malangnya xde.Jadi kami ambil keputusan menaiki "train"harag tiket ke taiping hanyalah RM7.Pada awalnya azrin ingin membeli tiket kabin tapi jarak ke taiping hanya sejengkal jadi tidak memadai. Pernahkah org pergi melawat pada pukul 1pagi ke rumah org. Kami mungkin org pertama,kami mmg malu sungguh kerana menyusahkan fuad mengambil kami di stesen kereta Api.Tetapi memandangkan kakaknya juga menaiki kereta api pada waktu yang sama apa salahnya. Kakak Fuad merupakan pelajar tahun akhir jurusan Pergigian UKM, Setibanya di Taiping kami berkenalan dgn ayah Fuad,En.Ibrahim.Kami dibawa bersiar2 dengan kereta Mercs Unlce Ibrahim ,wah sungguh gembira pada masa itu. Pusing-pusing satu Taiping pada satu malam.kami sampai di rumah Fuad pada pukul 2.44pagi Kg. Jana Sambungan satu nama yang unik. Kami tidur sampai terguling-guling. Nasib baik smpat kejar bangun subuh, kalau tak memang malu sgt. Selepas sarapan kami menunggu ketibaan saudara Faisal yang merempit dari Selama, dan saudara Saifullah yang rumah nya dua tiga batu dari rumah fuad. Rumah Saifullah xde la jauh sgt dengan rumah fuad jadi dia sampai dulu.Pukul 0914 Faisal sampai di rumah, oleh kerana dia lambat 10min, abis nasi lemak nye dirembat aku.Sorryla sotd! xsengaja.
Kemudian bila semua dah sampai dan kami semua bersiap untuk program pertama iaitu menawa bukit Maxwell. Kata Fuad yang baru pertama kali ingin menawan bersama kami jarak keseluruhan untuk sampai kepuncak hanyalah 5km.Jadi kami semua menjadi sgt bersemangat untuk menawan puncak Bukit Maxwell. manSugguh tidak menyangka kiraan Fuad ttg jauh perjalanan kami adalah salah, untuk sampai ke puncak kami perlu berjalan sejauh 20km, ‘huish’ patah kaki la kami ,Fuad mmg nk kena belasah betul,Nasib baik kami bermurah hati. Berjalan berlari dan merangkak semua ada termasuk memanjat. Sungguh penat ditambah dengan hujan yang lebat di tengah perjalanan.Berasap-asap mulut mcm duk kat oversea haha,mana tidaknya sejuk "giler " masa tuh. Tetapi semangat nak tengok bunga TULIP yang ditanam oleh fuad didalam dada kami menyebabkan meneruskan perjalan tanpa ragu-ragu.
Setibanya di puncak malang sungguh nasib kami, kali ini Tulip tidak berbunga kerana bukan musim nya.Tensyen betul, tapi bila turun kami menaiki van pick-up ala2 "drift".Apabila sampai di bawah kami terus pergi ke kolam mandi yang mmg tersedia di kaki bukit. Kolam itu sgt daif, hanya rm1 dh boleh bermandi manda. Sejuknya air kolam tuh. kemudian kamipun pulang untuk berehat.Sungguh penat ekspidisi menawn bukit Maxwell kali ini, kami pulang dengan penuh rasa gembira dan sedikit hampa kerana gagal melihat bunga Tulip.Biasela tuh, tapi semunya berjalan lancar. Dimalam hari kami pun keluarla berjalan-jalan bak kutu malam. Kami pergi ke Zoo Taiping untuk "night Safari". Sungguh seronok melihat haiwan, pada waktu malam, yang xbest nye ramai dah tidur.hoho~Kemudia setelah selesai melihat haiwan pada waktu malam kami pun pergi makan malam, Fuad telah membawa kami pergi ke gerai sepupunya. Makan char koew teow..waaa~ mmg sedap abisla. tapi aku xdpt makan sbb allergic kuakua.Then kami pun pusing2 tasik taiping, skodeng pe patut.hihi semuanye sungguh enjoy.Lepas tuh kami pulang keletihan.
Keesokan harinya kami pergi ke lombong untuk "pertandingan memancing".Inilah saat yang dinanti-nantikan. 3jam di situ. faisal menjadi johan dengan 16ekor, aku 11ekor ikan tilapia fuad,azrin dan akmal hanya 1ekor. selepas itu kami pergi mandi manda di air terjun.waaaaa~ bestnye! hati sangat girang.Pada malam harinya kami memabakar ikan, huh sungguh enak sekali ikan yang dibakar hingga menjilat jari. Tapi aku tidak memakannya kerana tidak berapa lalu.huhu~
Selepas itu semua pergi berehat dan sambung main game PS2.hihi sungguh seronok la apabila semua bijak bermain FIFA jadi saingannya semakin sengit. Keesokan harinya Faisal sudah perlu pulang ke Selama kerana dia bekerja manakala kami pula ingin meneruskan ekspidisi ke Teluk Intan ke rumah Hisham. Selepas mengucapkan selamat jalan ke Faisal,kami pun teruskan perjalanan bertolak pada pukul 9.37pagi kami sampai pada pukul 3.48ptg.
Perjalanan sejauh 180km dan lebih sungguh memenatkan, kami menggunakan jalan kg.supaya lebih seronok,dan mudah berhenti untuk ke masjid.Setibanya di Teluk Intan kami diambil oleh ayah hisham ke rumah nya. Hisham baru saja pulang dari Klang, kerana ada sedikit hal. kami bermalam semalaman di rumah hisham. Fuhh, sungguh seronok kerana keluarga hisham sungguh "friendly" seperti keluarga fuad juga. Kami tidak terasa sangat seperti org asing. Makan malam yang disediakan Ibu hisham sungguh sedap, tambah banyak kali laa jawabnya. hoho~ Keesokan harinya kami pun pulang ke Taiping. Fuad berhenti seketika di Taiping untuk membeli cd game PS2 yang baru.Kami sampai pada pukul 8malam kerana bertolak selepas zohor. Pada malam harinya kami bermain game yang baru dibeli Fuad. Keesokan harinya kami bangun agak lewat, tetapi masih sempat mengejar subuh gajah. Kemudian kami pergi memburu air terjun di sebuah kawasan bernama "Terung" sungguh seronok di
Setelah selesai bermandi-andai kami pun pulang, dan berehat di rumah fuad kerana pada malam harinya kami akan pulang ke Kedah. Tiket keretapi ke kedah akan adalah pukul 3pagi. Jadi kami perlu bersengkang mata menunggu untuk pulang. Sebelum kami pulang, selepas Isya Uncle ibrahim telah belanja kami makan "sup GearBox" wauu.sungguh enak sekali. Panas badan-badan kena sup gearboX.
Pelabagai kenangan manis kami kongsi buat seketika bersama Uncle Ibrahim,kami sangat berterima kasih kepada dia dan sekeluarga kerana memerikan layanan yang sungguh mesra kepada kami. "terima Kasih fuad dan family".
Kemudian pada pukul 3pagi kami pun pulang ke s.petani dan tiba pada jam 8pg. Kenangan sebegini sungguh bermakna sekali buat kami.
No comments:
Post a Comment