Jauh aku mengelamun sebentar mengenang nasib aku yang semakin hari semakin sesak,tetapi pada luarannya tidak lansung menggambarkan khabar berita gundah gulana jiwa, aku seperti sentiasa gembira. Sahabat-sahabatku semua senang hati melihat keadaanku di luar yang sentiasa terukir manis senyuman di bibir.Tetapi sebenarnya ada sebuah hikayat pilu yang masih belum diungkap oleh sesiapa kecuali insan lemah ini sendiri.Melangkah sayu setapak demi setapak kakiku, berbekalkan semangat, yang tidak pernah luntur akan ku bawa cita-citaku hingga ke degupan jantung terakhir.
Hari-hariku berlalu begitu saja, dengan pengisian ilmu dan rohani yang masih ku ragui adakah suda mendapat keredhaan dariNya."Ya Allah kenapa kenapa diriku sering dirundum masalah, selepas satu datang pula satu yang lain",hati kecilku membentak. Aku tidak paham,sejak akhir-akhir ini masalah sudah seperti menjadi sahabat baik aku, seringkali mengunjungi diriku yang lemah ini, tapi aku tabahkan untuk selesaikan satu persatu,diriku kian sedih dan pilu. Apa yang ku mampu hanya berdoa dan sujud padaMu.
Nilai kesedihan sering bermain-main di fikiranku, kadang-kadang membuatkan aku semakin runsing dan seperti hilang arah dan ingin putus asa. Tetapi diriku sedar, diari hidup seorang muslim jangan sesekali tertulis ungkapan 'putus asa'.Aku kuatkan diriku menempuh segala kesedihan dengan penuh tabah seorang insan yang merindui rahmat dari Allah.
Tersedar aku dari lamunan panjang itu akibat rintisan air hujan yang renyai-renyai turun membasahi bumi, aku berlari kembali ke dalam rumah. Tetapi aku menruskan penghayatan keindahan malam melalui dada jendela rumhaku. Suara sang katak bersahut-sahutan memanggil hujan, nyanyian rimba sang cengkerik menjadi penghibur hati. Tidak lupa juga, kelakatu malam yang begitu cinta akan cahaya selepas hujan. Ku nikmati alam ciptaan Ilahi sedalam-dalamnya. Diciptakan alam ini dengan 'sunatullah' yang tersendiri. Selepas berapa ketika hujan kian reda dan alam jagat kembali tenang.
Mataku kian berat,mungkin sudah tiba masanya untuk aku diulit mimpi, sedang menunggu lelapnya mata ini terfikir aku sejenak, 'diturunkan hujan oleh Allah di atas muka bumi ini bukan berpanjangan tidak akan hentinya. Tetapi pada satu ketika tetap akan berhenti jua jutaan titisan 'rezeki'dari langit itu.Ianya seperti wujud kesinambungan dalam hidupku sebagai insan, timbul nya sekelumik kesedihan dan masalah yang ditimbulkan di dalam benak hati oleh Allah. Setiap yang timbul itu bukan sesuatu yang akan berkekalan,sebaliknya akan sampai ke penghujngnya kelak. Allah menguji diriku ini untuk membolehkan aku berfikir sejenak dimanakah salah silapnya aku seorang hamba. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya.
musibah yang datang pasti berlalu,
usah difikirkan menambahkan pilu,
sematkan dihati mu wahai saudaraku,
setiap yang datang pasti berlalu,
usah difikirkan menambahkan pilu,
sematkan dihati mu wahai saudaraku,
setiap yang datang pasti berlalu,
No comments:
Post a Comment