kenapa perlu bersedih,
selalu aku bertanya pada diriku..
kenapa aku bersedih..
adakah kerana aku kehabisan wang..
adakah kerana aku telah ditipu wanita..
adakah kerana telah hilang tanah...
semuanya tidak..
aku bersedih kerana aku merasakan diriku kosong..
diriku kian jauh..
kian terpesong..
jauh hanyut,dibawa arus deras kemaksiatan..
aku layu..
aku sayu..
itulah sebab aku bersedih..
sedihnya aku,pabila diriku jauh dengan...
Maha Agung, Allah pemilik seluruh alam..
aku, lalai dan alpa...
aku manusia lemah..
sering jatuh,rebah pabila nafsu jahat menerpa..
tapi, aku yakin setiap masa..
pintu rahmat Allah itu senantiasa terbuka..
untuk sesiapa saja yang mencari hidayahNya..
aku, kembali senyum dan gembira..
pabila diriku merasa..
aku masih punyai masa...
tapi masa tidak terlalu lama...
kerana mati sentiasa di sisiku..
tidak mahu aku,
mati mendahuluiku..
mendahuluiku sebelum sempat aku bertaubat,
bertaubat "nasuha"...
bersih-sebersihnya sebelum kembali kepadaNya..
harapan aku, pada yang Maha Esa..
agar rahmatMu, sentiasa terbuka,
memayungi hambaMu ini sentiasa..
agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..
dan agar tidak lalai akibat hasutan syaitan durjana..
dan akhirnya kembali kepadaMu..
dalam penuh redhaMu...
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Owh...dont be sad...Nnt pinjam je buku la tahzan daripada aku ea....kawan lama....
thanks buddy!
Post a Comment