CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, June 30, 2009

sekembalinya ku...

sekembalinya aku dari tanah mesir, sampai pula aku ke negeri besarnya aku kedah, negeri hijau kuning lapangan padi. Jam 4.37petang bas 'diamond express'berhenti turunkan aku di tepi jalan berhampran hentian sungai petani selatan. Suka benar rasa di hati, tersengih separuh jam tanpa henti, kerana sudah sampai di bumi pertiwi. Haa, sudah lama tidak rasa akan suasana begini rupa.

Sampainya di rumah, bersalam mesra,memeluk erat penuh kasih sayang dengan seluruh ahli keluargaku,tidak lama kemudian berkumandang suara azan surau di tamanku mengajak berjemaah bersama,pergi aku dengan penuh rasa rindu untuk sujud disana.

seperjalanan kesana, disapa oleh pakcik-pakcik dan juga teman yang sudah lama tidak ketemu sepanjang aku di bumi orang menuntut ilmu. Bersyukur aku, masih lagi dikurniakan rasa indahnya ukhuwah dalam kawasan kejirananku ini.

Saturday, June 27, 2009

pulang oh pulang...

Tarikh sepatutnya pulang ke malaysia pada 10 ogos 2009, telah diawalkan kepada 27 jun 2009, memang separa sedar tindakan yang dibuat oleh diri ini, memutuskan untuk pulang awal tanpa menunggu keputusan exam dikeluarkan terlebih dahulu. Bimbang dihati kuat terasa, tetapi dibawa bersama berlari, bermusafir pulang ke bumi malaysia. Jam 0450 waktu mesir, flight MS 986 dari mesir akan bertolak ke malaysia. Ke airport dari rumah fazlur dengan bantuan Abg Syed Fuad, ditemani oleh fazlur, wan dan aqeel,suatu peristiwa yang agak baru untuk diri. bukan kerana pergi ke airport, tapi kerana pulang secara solo ke malaysia, serius separa cuak!,tapi layan je, sapa suruh tukar tiket balik awal sangat. "tersengih sendirian"....

Sunday, June 21, 2009

bermonolog tanpa jemu....

Tanpa jemu aku bermonolog sambil mendengar lagu passing afternoon nyanyian dari kumpulan iron and wine, lagu ini famous kerana dimainkan bersama pada episod yang begitu sayu dalam siri "house M.D".ketika itu wilson telah kehilangan kekasih hati yang dikasihinya Amber, yang terlibat dalam kemalangan.Pada waktu yang sama haouse bersamanya,dari peristiwa itu wilson telah semacam menyalahkan house dan mereka semakin berenggang.

Tapi bukan kisah house dan wilson menjadi monologku tanpa jemu, tetapi suatu kisah antara aku dan dilemmaku,jauh merenung menebuk lapisan awan kembali pada masa-masa lalu. Aku kutip satu-persatu memori yang telah kulalui ingatinya kembali, bukan sekadar melayan perasaan tetapi lebih untuk menilai sejauh manakah aku bersyukur akan posisi sebagai hamba kepada Ilahi Maha Esa.

Peluh mengalir pekat hasil suasana bahang musim panas di bumi mesir ini,melayan jauh aku dengan kisah-kisah lama. Berjalan aku ke dunia fana ini dengan suatu misi sebagai hamba Allah kadang terasa lemah pabila sering diterjah nafsu yang menggila. Sang syaitan dan hasutan nafsu, menggelegak menggila pabila, diriku terlupa akan Allah, godaan manja membawa jauh kelautan maksiat,mungkin lemas bersama mereka jika tidak mengukuhkan iman di dada.

Seraya bersahaja aku, melafazkan 'istighfar' pabila dalam lamunan itu teringat akan sesuatu perbuatan yang penuh kejahilan dan belenggu nafsu juga syaitan kerana kini telah terasa akan kekesalan yang amat dalam. Tekad dalam hati tidak akan ku ulangi lagi.

Syukur aku, nikmat ilahi yang tiada henti, curahan dariNya yang tidak pernah sedari bersama diriku pada setiap waktu. Lafaz "alhamdulillah" seringkali meniti di bibir agar hati bersih dan senantiasa bersama ingatan untuk Allah ya Rabbi.

Friday, June 5, 2009

sakit perut, satu revolusi pH dalam perutkah?

"barangkali bukan rezeki aku untuk terus sehat macam orang lain di sekitarku, serius sakit dan penuh kontroversi perutku sekarang ini, ya Allah, tak tahu lagi aku nak amik ubat apa sebagai penyedap badan.

aduhai sakitnya perutku mungkin,kerana dipenuhi dengan pelabagi toksin seribu satu rasa, naik sasau satu badan, berangin je otak. Tapi ini bukan namanya "high" macam kene 'morphine' ini semacam ja, rasa mahu ke toilet tidak memberi hasil, buang masa, baik menahan rasa senak sambil membaca buku.

serangan senak perut bagaikan perang dunia, kedua berlangsung kembali dalam "stomach"..adakah keran ketidakastibaln pH dalam perut atau salah pengambilan makanan aku. terfikir lagi aku!

kesinambungan semua ilmu yang aku, belajar masih xdapat nak ungkaikan masalah ini,apa yang terfikir hanyalah ingin cari halia,berubat cara kampung!
-rebus halia, minum, airnya..
-habis hilang angin dalam perut..
masalah tegar sekarang ni, di mesir halia susahnya nak dapatkan...

takpalah, maka bersabarlah aku dengan sakit perut ini, bersabar dengan sebaik mungkin sehingga habis final exam..
semoga Allah, sembuhkan sakitku ini....amin!