sekembalinya aku dari tanah mesir, sampai pula aku ke negeri besarnya aku kedah, negeri hijau kuning lapangan padi. Jam 4.37petang bas 'diamond express'berhenti turunkan aku di tepi jalan berhampran hentian sungai petani selatan. Suka benar rasa di hati, tersengih separuh jam tanpa henti, kerana sudah sampai di bumi pertiwi. Haa, sudah lama tidak rasa akan suasana begini rupa.
Sampainya di rumah, bersalam mesra,memeluk erat penuh kasih sayang dengan seluruh ahli keluargaku,tidak lama kemudian berkumandang suara azan surau di tamanku mengajak berjemaah bersama,pergi aku dengan penuh rasa rindu untuk sujud disana.
seperjalanan kesana, disapa oleh pakcik-pakcik dan juga teman yang sudah lama tidak ketemu sepanjang aku di bumi orang menuntut ilmu. Bersyukur aku, masih lagi dikurniakan rasa indahnya ukhuwah dalam kawasan kejirananku ini.
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment