CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, June 21, 2009

bermonolog tanpa jemu....

Tanpa jemu aku bermonolog sambil mendengar lagu passing afternoon nyanyian dari kumpulan iron and wine, lagu ini famous kerana dimainkan bersama pada episod yang begitu sayu dalam siri "house M.D".ketika itu wilson telah kehilangan kekasih hati yang dikasihinya Amber, yang terlibat dalam kemalangan.Pada waktu yang sama haouse bersamanya,dari peristiwa itu wilson telah semacam menyalahkan house dan mereka semakin berenggang.

Tapi bukan kisah house dan wilson menjadi monologku tanpa jemu, tetapi suatu kisah antara aku dan dilemmaku,jauh merenung menebuk lapisan awan kembali pada masa-masa lalu. Aku kutip satu-persatu memori yang telah kulalui ingatinya kembali, bukan sekadar melayan perasaan tetapi lebih untuk menilai sejauh manakah aku bersyukur akan posisi sebagai hamba kepada Ilahi Maha Esa.

Peluh mengalir pekat hasil suasana bahang musim panas di bumi mesir ini,melayan jauh aku dengan kisah-kisah lama. Berjalan aku ke dunia fana ini dengan suatu misi sebagai hamba Allah kadang terasa lemah pabila sering diterjah nafsu yang menggila. Sang syaitan dan hasutan nafsu, menggelegak menggila pabila, diriku terlupa akan Allah, godaan manja membawa jauh kelautan maksiat,mungkin lemas bersama mereka jika tidak mengukuhkan iman di dada.

Seraya bersahaja aku, melafazkan 'istighfar' pabila dalam lamunan itu teringat akan sesuatu perbuatan yang penuh kejahilan dan belenggu nafsu juga syaitan kerana kini telah terasa akan kekesalan yang amat dalam. Tekad dalam hati tidak akan ku ulangi lagi.

Syukur aku, nikmat ilahi yang tiada henti, curahan dariNya yang tidak pernah sedari bersama diriku pada setiap waktu. Lafaz "alhamdulillah" seringkali meniti di bibir agar hati bersih dan senantiasa bersama ingatan untuk Allah ya Rabbi.

No comments: