CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Friday, December 31, 2010

Sedikit sinopsis tahun 2010.

31 Disember 2010, sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita dan semakin bertambah umur kita semakin matang kita, semua semakin dan semakin. Ini dikatakan hubungkait masa dengan kita. Kalau masa dimanfaatkan sebaiknya masa makan semakin positiflah kita ini sebagai manusia, akan tetapi jika sebaliknya semakin negatiflah kita. Tepuk dada tanya Iman, dimanakah tahap kita.
Sepanjang sesi pembelajaran ilmu tentang hidup pada tahun 2010. Apakah pengalaman pada tahun ini mampu menjadi pedoman untuk masa hadapan atau banyak pengalaman sudah disia-siakan dan kaku,mati tiada erti.
Biar masa itu berlalu, biarpun berlalu laju, nikmatinya, tetapi usah disia-siakan ,biar pergi tetapi berisi.

Jadi biasalah kehidupan itu ada salah silapnya. Kita manusia, kau, aku, mereka semua sama yang beza hanyalah amalan kita,menjadi hitungan untuk alam sana. Hanya Allah yang tahu. Beritahu aku jika sepanjang tahun ini aku ada kekuragan aku ada salah silap, kerana aku mahu muhasabah. Semoga tahun depan tidak berulang lagi kesilapan yang sama. Engkau sahabat, engkau yang terdekat, engkau cermin. Sila beritahu aku. Terima kasih kerana membantu.

Sini mungkin titik ubah atau titik kejatuhan. Susun atur dan rancanglah dengan baik untuk sesi pembelajaran hidup 2011. Ingin berubah mulakanlah dengan saat ini. =)

Sedikit sinopsis untuk 2010.

- Berada di tahun 2 sekolah perubatan Al-Azhar, pelbagai rintangan yang berat dilalui pada tahun ini, dengan sedikit tergelincir dari landasan pembelajaran, hilang semangat. Tambahan pula dengan gagal kertas anatomi dan perlu menduduki peperiksaan ulangan kertas Anatomi, sangat menduga jiwa. Suatu tahun yang sungguh dukacita.Akhirnya semuanya lancar juga, mendapat keputusan keseluruhan (Jayyid)baik. Ya Allah kuatkan hati hambaMu ini.

- Ramadhan yang indah di bumi Mesir, walaupun pada awalnya agak stress akibat perlu menduduki peperiksaan ulangan, tapi biasalah semua yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, rasanya ramadhan tahun 2010 antara yang seronok. Dengan pengisian dan juga fokus untuk menghayati ramadhan.

-Raya kali ini, diraikan di bumi utara Kedah, bersama nenek dan juga saudara mara. Sungguh gembira, dapat bersama. Bahagia hati, Allah yang tahu. Kemudian sempat pula untuk menziarah sahabat lama sepengajian di Agama Yan. Terima kasih semua.

-Berat badan pada tahun 2010,menunjukkan naik turun yang positif dan berhenti dengan 87kg pada hari ini. Mungkin ini dinamakan hidup bahagia atau, makan tidak terjaga..? Jadi tindakan yang padu perlu diambil segear, bagi mengelakkan berlaku mutasi saiz yang tidak terkawal.

-2010, Allergic agak menjadi-jadi, ditambah pula dengan mudah stress tetapi dipendam. Memang mengundang pelbagai penyakit. Harapnya tahun baru, mampu menguruskannya dengan baik.

-Tahun ini, bersama sahabat yang lain berjaya membentuk pasukan ragbi Al-Azhar. Mengambil bahagian dalam kejohanan Zagzig 10's dan juga menganjurkan Kejohanan Ragbi Azhar 7's.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukan ragbi dalam kalangan siswa Azhar.

-Tahun ini juga, menerima kunjungan sahabat dari Malaysia. Hanis kamis bersama sahabatnya dari UPM, dan juga menerima kunjungan dari sepupu Kak Nadia dan juga suami Abang Azhar. Jadi dengan kesempatan itu, melawat Piramid Giza, Makam Imam Syafie dan menyelusuri Sg.Nil.

- Menu masakan pada tahun ini juga rasanya makin bertambah dan lebih baik daripada sebelum ini, jutaan terima kasih kepada semua sifu masakan, insyaAllah kedepan lebih baik dan lebih variasi. ^^

- Masih lagi 'menyolo' dek gagal untuk mengambil sebarang langkah untuk memberitahu niat yang terbuku. Bila la agaknya nak berani beritahu perkara yang sebenar. Kalau melepas Sila Padan Muka.. =(
Semoga diberikan petunjuk yang terbaik dariNya.

-Tahun ini, sesi jejak kasih agak menjadi. Dengan bersua kembali sahabat handai ketika di pengajian peringkat sekolah rendah. Alhamdulillah semoga bertemu dan berpisah kerana Allah. Juga terima kasih kepada Mark Zuckenber dengan fb, kami memanfaatkan untuk menyambung kembali ukhuwah. :)

-Tahun ini juga, telah pergi atuk saudara yang sangat disayangi "Pak Da", jikalau dahulu gelak tawa dan usik riang dia akan ceriakan suasana di kampung, sekarang tidak lagi. Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama orang yang beriman dan beramal soleh. We all here miss you.

- Tahun ini juga, beberapa orang sahabat dari KISAS telahpun membina masjid. Semoga berbahagia hingga anak cucu. Berbahagia bersama hingga ke syurga.

- Tahun ini juga, telah berjaya meneruskan lagi solo travel ke timur semenanjung malaysia.
Terima kasih kepada kawan kawan yang terlibat. Kamu semua memang terbaik.

- Perbelanjaan untuk koleksi peribadi pada tahun 2010 rasanya hanyalah dalam lingkungan rm1000, cukup jimat berbelanja. Harap tahun depan lebih bijak lagi.

-Berambut panjang pada sesi 2010, agak menerima pelbagai maklum balas dari orang ramai. Ada yang setuju, dan ada juga yang tidak setuju. Tapi paling best bila nenek, tarik rambut masa hari raya pertama sebab tak ikat kemass-kemas. Rambut panjang ini mungkin akan terus diguna pakai sehingga rasa bosan. Tapi bila akan bosan.? =)

- Lagu yang menjadi pilihan peribadi pada tahun 2010 ialah
::Collection of Maher Zain
::Secret- One Republic
::Grenade & Just the way you are- Bruno Mars
::Just a dream - Nelly / Cover by Sam Tsui
::Don't let me fall- B.o.B
::Hey Soul Sister- Train
::Perfect two- Auburn
::Collection of Outlandish

Koleksi Peribadi Sesi 2010.
:: Kasut Jordan Boxing Shoes Rjj.
:: Adidas Peru Sweater.
::Nike Total 90 football boot.
::FCUK jeans.
:: Muhammad Ali memorial t-shirt.
:: Onitsuka Tiger.
:: X-Men Cap.
and others that too much to list. =)

"Life is a learning process"

credit to: cik sue, kerana ingatkan saya untuk post sinopsis 2010. Sorry kalau coretan kali ini bosan. =)

Wednesday, December 29, 2010

Kalau ada salah tolong tunjukkan =)

Khabarkan saja padaku wahai sahabat,
jika kau sedar perilaku ada cela dan cacat,
jika kau sedar perilaku ada silap dan salah,
akanku cuba perbetulkan kembali semua langkah.

usahkau risau, pasti aku tidakkan melatah,
kalau benar ianya salah...
kernaku tahu, tidakkau mahu esokkan diriku susah,

terima kasih ya, aku ucapkan untukmu..
hanya yang Esa mampu membalas budimu..

Harimau Malaya, bawa pulang piala.

Hari ini dalam sejarah, Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki. Suatu yang sungguh memberangsangkan ditunjukkan oleh para pemain Malaysia. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam proses membawa pulang Piala Suzuki. Teruskan usaha murni ini untuk memartabatkan kembali sukan bola sepak negara. Majulah sukan untuk negara.

*suara serak basah kerana menjerit kegirangan selepas rembatan cantik safie sali menerjah masuk ke gawang gol.

Steady Harimau Malaya!

Tuesday, December 28, 2010

Azhar 7's


Okay! ceritanya mudah. Akhirnya tamat juga Kejohanan Ragbi 7 sebelah tertutup Azhar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun wujud sedikit kesulitan, namun berjaya diatasi dengan baik. Tahniah kepada semua yang terlibat dan juga para pemain.

Johan Cup: Red Cobra
Naib Johan Cup: All Blues

Johan Plate: Barbarian
Naib Johan Plate: The StingRay.

Kesungguhan para pemain dapat dilihat dengan kehadiran 98% ahli batch, mereka yang bermain dan yang hanya hadir untuk memberi sokongan, kelihatan begitu bersemangat sekali.
Walaupun, rata-rata peserta kali ini masih baru lagi dalam kancah sukan ragbi, namun mereka mampu menunjukkan saingan dan persembahan yang menarik. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Apapun, prestasi permainan saya semalam tidak lagi sama macam 5tahun lepas. Biasela veteren. ^^

Gambar kenangan The Stingray.


Saturday, December 25, 2010

Contest Aku dan Kacamata

Ha Ha Ha! Join contest lagi. nampaknya minggu ini minggu penuh dengan post contest sorry ye semua. Happy with this thing, lately. Hope tidak menggangu sape-sape pun.

Dan gambar berkacamata yang menjadi pilihan ialah.
(^,^)




Hope mereka dibawah juga turut serta, haa! kawan kawan yang lain juga dipelawa untuk turut serta sila klik. Syafiq Rosli.

Contest Gambar Freestyle.

Haa! kali ini saya menyertai contest aksi gambar freestyle! Tapi tak tahu sangat apa yang didefinisikan sebagai freestyle. ^^
Jadi bagi memeriahkan lagi contest ini, saya sertakan gambar... jeng,jeng,jeng. =)





Eh, itu banner bagi contest ini lah, gambar yang dipertandingkan ialah gambar ni. :::::


Slogan: Gambar ini menarik kerana, pada hari jumaat ini pasukan futsal kami berjaya memenangi 2 perlawanan penting. Lihat wajah-wajah gembira mereka. Manisnya berukhuwah.^^
eh!gambar beruang pada baju yang saya pakai tu, lebih kurang pulak dengan muka saya. =P

Mereka yang perlu join adalah :

Helping Each Other.

Today is Sunday, it about a day before our Rugby Azhar 7's competition, hope all my teammates are in good shape.

There are still some work need to be settle down, hope my friends will lend help together finish our work.

Its about teamwork. Its about game. Its about brotherhood. Living in community not living alone.






Friday, December 24, 2010

I think so..


Apparently statistically most men will say:

"A woman, without her man, is nothing."

and most women will say:

"A woman; without her, man is nothing."

Quite interesting rite about this statement, only change the comma place the meaning will also change, so the fact is both gender need each other.

Here, i just i want to share two song lyrics that show men and women are complementary.


1st-Barry Louis Polisar, All i want is you. *Juno OST.

If I were a flower growing wild and free
All I'd want is you to be my sweet honey bee.
And if I were a tree growing tall and greeen
All I'd want is you to shade me and be my leaves

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.

If you were a river in the mountains tall,
The rumble of your water would be my call.
If you were the winter, I know I'd be the snow
As long as you were with me, let the cold wind blow

If you were a wink, I'd be a nod
If you were a seed, I'd be a pod.
If you were the floor, I'd wanna be the rug
And if you were a kiss, I know I'd be a hug

If you were the wood, I'd be the fire.
If you were the love, I'd be the desire.
If you were a castle, I'd be your moat,
And if you were an ocean, I'd learn to float
.
2nd- Auburn- Perfect two.

Wednesday, December 22, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN


Al-kisah selepas ditag oleh one of my bestfriend, cik fatin afifah. maka menulislah saya untuk segmen jom berkenalan yang dikendalikan oleh "Catatan Loqman Hakim".
Bagus betul segmen ni, mampu memberikan ruang untuk kita saling kenal mengenali. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang diluar sana. (^^,)
Minum air suam dulu, kemudian baru menulis atau membaca blog ini.


Soalan pertama berbunyi begini. "Apakah status anda"
*jap blushing 2minit.
Buat masa ini masih lagi dalam keadaan single seperti biasa, tiada lagi pengalaman untuk sebarang 'serious relationship' kalau nyaris tu, mungkin dalam keadaan separa sedar. Kalau zaman kecik kecik tu, dikira x..? zaman cinta monyet! *tergelak sekejap. Apa pun, terus berdoa agar dipertemukan juga dengan seseorang yang akan menemani hidup ni.Ada sapa sapa yang sudi x..?? =P
Ayuh berusaha untuk bercinta sampai ke syurga. ^^

Soalan kedua berbunyi begini. "-Ceritakan tentang diri anda"
Tentang diri saya.? alaa, dh macam tulis biodata diri kan.? teringat zaman sekolah rendah tulis biodata-biodata ni. ^^ nama diberi Ahmad Fahmi Huweidi.
HUSM kubang kerian menjadi tempat kelahiran saya, dan membesar selama 5tahun di KB,Kelantan. Kemudiannya dipos untuk membesar sehingga sekarang di utara Negeri Kedah,dimana negeri itu ada sangat ramai "Hang". Sekarang ini tidak bekerja, tetapi suka mengkaji kehidupan, adakah itu dikira sebagai kerja.? Masih belajar la, menimba ilmu di bumi ilmu, Mesir.Berdebu je hari-hari! Sekarang ni di tahun 3, okay sama-sama doakan agar semuanya lancar dan naik tahun sampai jadi Dr. pada tahun 2014 ^^. amin.
Saya suka sangat memasak,mengemas,menghias rumah,bermain ragbi,minumkopi,berborak,membaca,melancong,bermain bola sepak,menjalankan perniagaan dan banyak lagi benda normal.
Ada rezeki, apa salahnya membina keluarga 4 orang anak, ^^ *jauhnya fikir. keep on praying, hope everything fine and bless by Allah.
Cita-cita, berjaya untuk membina sebuah empayar perniagaan. amin. =)

Soalan yang ketiga berbunyi begini "-Ceritakan tentang Blog anda"
Semuanya bermula pada lewat tahun 2007,ketika itu bagai suatu fenomena dalam kalangan kawan2 saya, semua memiliki blog, dan sudah pasti saya juga tidak mahu ketinggalan, jadi saya juga memiliki blog pada tarikh Feb.25. 2008. Sampaila sekarang ini dengan tajuk perjalanan Insan,hobi saya di kala musim cuti, berjalan melihat alam, dengan sehelai sepinggan berjalan kemana saja kaki ini ingin melangkah, dan bila selesai akan menulis sesuatu ke dalam blog ini. Tema warna merah jambu digunakan sebagai suatu dimensi baru untuk menunjukkan keharmonian. Hitam - gelap,misteri., Merah jambu - penyanyang. haha~ main tulis je tafsiran sendiri. saya menulis untuk memlepaskan ekspresi diri dalam bentuk media eletronik,Okay apa yang pasti, penulisan di blog ini mmg BorinG. Sorry ye. ^^

Soalan keempat berbunyi begini "-Apa pandangan anda tentang dunia blog?"
Pandangan saya pada dunia blog? Ini adalah salah satu wadah dimana orang ramai, ataupun masyarakat umum, individu mampu untuk menceritakan,berkongsi tentang kehidupan, rasa hati,pemikiran dan sebagainya.Inilah blog, inilah kebebasan. Cuma, ada juga sempadannya, gunakan dengan bijak, kerana ini kehidupan kita tidak hidup sendirian, kita hidup dalam komuniti. =)

Soalan kelima berbunyi begini "-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog"
Kepada mereka yang ingin ber-blog, silalah, dialukan ^^, berkarya sehingga lelah idea. Ingat sambil sambil itu boleh beramal, kurang kurang ada saham di alam sana.
Hidup Bloggers!

Soalan keenam berbunyi begini "-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Blog saya kosong, tiada apa apa, hanyalah coretan mentah dari budak yang baru belajar tentang kehidupan, jauh lagi perjalan banyak lagi yang perlu ditimba.
Yang Unik,ape ye.?

Soalan ketujuh dan terakhir berbunyi begini "-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Mungkin sampai bila-bila, tidak timbul lagi titik noktah untuk dunia blog saya.
Impian saya dalam dunia blog. Biarlah bahan bahan dalam blog ini membawa manfaat untuk orang ramai, eh. kalau ada entri yang xbest sorry ye. (=,=')

Okay! sudah selesai segmen saya. Kemudian saya pula ingin "TAG" sahabat yang lain. be ready!


So, share your thought ^^

Monday, December 20, 2010

kurang 30 hari.


Baki kurang dari 30 hari,
Kurang dari 30 hari untuk mengubah sejarah,
cerita hari esok,
berbaki kurang dari 30 hari,

sengsara hari ini,
atau menangis hari esok,
tepuk dada tanya ilmu perubatan tahun tiga,

kalau pharmaco & patho masih ke laut,
silalah banyak membaca.
kalau microb & parasit masih ke laut,
silalah banyak menghafal.

Ini namanya dilemma peperiksaan,
baru mid-term dah nyawa-nyawa ikan,
kalau akhir tahun, mungkin bertapa macam nenek kebayan,

Strategi, mana strategi..
kepada sikap malas sila pergi..
lain kali datang lagi..
tapi bukan pada musim ini..
ini musim,penentu kehidupan esok hari..

semoga usaha diberkati dan dirahmati Ilahi. =)



Friday, December 17, 2010

Dia sudahpun pergi.

dia sudahpun pergi,
pergi bertemu Ilahi,
sudah lama berjuang di atas muka bumi,
mencari keredhaan yang Maha Pengasihani.

Pemergianmu ku kirimkan doa,
moga-moga rohmu bersama mereka yang beriman dan bertakwa,
sentiasa aman,lapang dan bahagia engkau di sana..
dibawah payung rahmat Allah yang Esa..

Al- Fatihah buat saudara Mas Afzal Masarudin

pecahan mimpi atau suara hati.

Kali ini aku akan perhalusi lagi,
yang mana muncul dari hati,
yang mana pula sekadar mimpi,
tak mengapa masih awal lagi,

Terus berjalan dan jangan sesekali berhenti,
mungkin sudah tersilap sekali,
tapi jangan diulang untuk kedua kali,
bakal membawa celaka pada diri,

Cuba menggapai bintang di langit tinggi,
andai tak tercapai niat di hati,
singgah dilangit biru sudahpun kusyukuri,
semua ini ini nikmat dari Ilahi

sudah lelah.

Tinta siberku masih basah,
bukan untuk menulis jampi serapah,
tapi ingin menggarap sebuah kisah,
walaupun nampak mudah,
tapi pengakhirannya antara buruk dan indah,

Mungkin belakangan ini aku nampak seperti gundah,
tetapi masih tak jumpa apa yang punah,
habis geledah pelusuk isi rumah,
apa yang jadi kian bersepah,
aku rasa, aku sudah lelah,

Thursday, December 16, 2010

walking to it.


don't find a perfect person - because nobody is perfect. Instead search for a person who try his best to be perfect.(try to give their best effort to make the best)

Some say its not about to find to correct person, but its about ourself to become,to develop to be a good person.

p/s: written while listening to Barry Louis Polisar: All I want Is You (Juno Soundtrack)

Majlis berbuka puasa.

Alhamdulillah, hari ini selesai juga majlis berbuka puasa bersama ahli batch 8 Azhar, sempena Puasa hari asyura. Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat kerana bersama menjayakan majlis kali ini. Kepada mereka yang menyediakan juadah, kamu semua memang terbaik.

Nasi Lemak, Nasi Ayam, Gulai Ayam dan juga Roti Canai.
campur semua dalam satu talam dah jadi macam bubur asyura, kepelbagaian. =)

Semoga majlis seperti ini dapat dijalankan lagi.

Wednesday, December 15, 2010

Mid.

"I hated every minute of training, but I said, ''Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion." by Muhammad Ali.


Jadual exam mid-term sudahpun dikeluarkan, cuma akan berubah pada pindaan yang selalunya tidak tentu. Harapnya tiada pindaan yang akan dibuat.

Tahun 3. Tidak sangka sudah berjalan sejauh ini, dan masih punyai jalan yang masih panjang untuk dilalui. Moga-moga dipermudahkan segala urusan olehNya

Maka, tinggal lagi sebulan untuk bersiap sedia menghadapi exam. Tunggang-langgang, simpang-siur, guling-guling, semuanya ibarat pesta selama 35hari.

Buku-buku.Mood-mood. Sejuk-Lapar-Makan. Malas-Lazy. Ngantuk-Tido. Ragbi-Bola.what a nice combination.

p/s: remain silent is good. but i do believe sharing is caring.

Tuesday, December 14, 2010

Padang.

Satu malam yang sejuk, semua pelajar tahun 3 Azhar riuh rendah di Padang ARMA.
14'c bukan lagi penghalang, semua teruja kenapa bola ragbi mesti bujur?
Dari jam 7 petang sampai 9 malam. Masing-masing dengan gaya dan skill tersendiri.

Aku dihujung padang tersenyum. Inikah yang dinamakan indahnya berukhuwah, sama-sama bermain, riak wajah gembira, hati gundah-gulana tenang seketika.
Mereka, aku semua bergembira, riang ria seperti kanak-kanak kecil main hujan.

Alhamdulillah, biarpun luka jatuh, sakit terseliuh..
hati tetap rasa bersyukur,
kerna masih punyai peluang untuk bersama, beriadah.

Sunday, December 12, 2010

Yellow.

Sekarang ini di Mesir rasaya sudah tiba winter pelik sedikit.
Kaherah, atau juga seluruh Mesir dilanda Sandstorm. Berangin kencang dengan debu pasir bertebaran masuk ke seluruh inci ruang.
Apa yang sudah pasti:

1- Mata yang semakin sepet, walaupun sudah sedikit sepet.
2-Keluar rumah kacak bergaya, pulang bagai buruh melombong pasir.
3-Bercakap atau buka mulut, konpem akan dapat rasa butiran pasir dalam mulut.
4-Kulit berdebu, jadi xselesa.
5-Saya yang allergic, ubat sudah ada dalam poket.
6-Seluruh pandangan jadi semakin terhad, semuanya kuning.

Apapun, hidup mesti diteruskan seperti biasa. =)
ada hikmahnya berlaku sebegini.

Friday, December 10, 2010

Mee Curry

Mission on preparing "Mee Curry" for batch program done. Thanks to all my teammates!
Hope all my friends enjoy eating it. ^^


Tuesday, December 7, 2010

Souvenir Souq Sayarat.

Lokasi: Souq Sayarat.
Jam: 8-10 pagi.
Agenda: Sesi Pengenalan & Latihan Ragbi.

Pagi cuti maal hijrah, seramai 22 orang siswa tahun 3 Azhar, bersama-sama menjayakan latihan ragbi yang pertama, walaupun tidaklah gah dan hebat, tetapi ini adalah salah satu riadah. Badan Sihat otak Cerdas. ^^

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, setiap pemain menunjukkan minat dan juga mempunyai bakat yang boleh digilap lagi. Tahniah diucapkan.

Akan tetapi, ditengah latihan tersebut, diri sendiri telah mendapat "souvenir". Kami istilahkan sendiri, kalau main ragbi, calar balar ni adalah "souvenir". Akibat daripada tapak kasut yang haus, badan yang agak tidak seimbang, maka tersungkurlah ibarat gajah terpijak pisang dan tergelincir dan terseret.

Dari itu, luka di tapak tangan dan juga jalur jalur yang cantik menghiasi tangan. Berdarah tu, xperlu cakap la, meleleh je. Help nanti darah makin kurang!. Time basuh atau terkena air, menggeletar macam Micheal Jackson tengah menari.Time sapu ubat, fuh memang cover abis,risau overreact. Power beb rasa pedih luka ni.!!

So,hari ini moody seketika, sbb pedih dan jadi malas buat kerja. Plus, ahli rumah pula ramai yang demam, kene pula hari ini tiba giliran diri sendiri untuk memasak.

So menu malas hari ini, Singgang Ikan, tapi versi kali ini tanpa lengkuas. Mesti semua orang pernah rasa kan menu ni, sweet sour lebih kurang la. Pada mulanya ingatkan menu ni akan dicemuh sbb xmenarik. Tetapi lain pula jadinya, semua ahli rumah happy, sebab lidah mereka mampu berfungsi untuk menikmati rasa masam. ^^ Alhamdulillah.

p/s: time masak, serius teringat dekat rumah, Umi. selalu masak singgang ikan. ^^

Salam Maal Hijrah.

Salam Maal Hijrah untuk semua, semoga tahun baru ini, menjadikan satu titik tolak untuk perubahan ataupun hijrah kearah yang lebih baik. Semoga Allah, mempermudahkan urusan kalian semua. InsyaAllah, selagi mana niat dan cara tidak melampaui batas syariat Islam, selagi itu usaha akan dirahmati Allah.

Salam Maal Hijrah.


Saturday, December 4, 2010

Mengarut.

I appreciate natural beauty,

Natural beauty, Okay from my view. This is some-kind of inner bonus that revealed by the character or subject and be evaluate by another individual.
Some-say it about physical appearance, and other will say about heart, depend on how they evaluate their concept and perception on natural beauty.
So come originally, be yourself. =)
Be positive, look person on their positive side first.


p/s : ape lah yang aku mengarut ni.

Wednesday, December 1, 2010

Extraordinary Measure.

Lutut kiri masih lagi tidak menunjukkan perubahan yang positif, mungkin memerlukan sedikit lagi masa. Perlawanan ketiga akan diadakan jumaat ini, dan kebelakangan ini agak sibuk dengan berbagai aktiviti. Sama ada sibuk atau menyibukkan diri, itu tidak pasti. Tapi kalau sesuatu itu baik untuk diri sendiri apa salahnya.

Pagi tadi, menonton movie. sambil mengurut kaki Anuar Ahmad. Haa, kalau dibandingkan sakit lutut ini dengan sakit kaki Anuar,kaki dia lagi teruk. Sudah hampir 5bulan kakinya sakit, tapi masih belum jumpa puncanya, teruskan mengurut dan berdoa. Semoga cepat sembuh.
Bulan Disember ini kalau ada rezeki, mungkin akan dianjurkan Kejohanan Ragbi 7 sebelah, rindu sungguh dengan ragbi, kumpulan sasaran seluruh pelajar tahun-3 uni. Al-Azhar. Just for fun and tighten ukhuwah bonding among us.

Kembali pada movie tadi, Extraordinary Measure.

It is about parents who form a biotechnology company to develop a drug to save the lives of their children, who have a life-threatening disease. The film is based on the true story of John and Aileen Crowley whose children have Pompe's disease.

Sedikit info tentang Pompe's disease.

Glycogen storage disease type II (also called Pompe disease or acid maltase deficiency) is an autosomal recessive metabolic disorder which damages muscle and nerve cells throughout the body. It is caused by an accumulation of glycogen in the lysosome due to deficiency of the lysosomal acid alpha-glucosidase enzyme. It is the only glycogen storage disease with a defect in lysosomal metabolism, and the first glycogen storage disease to be identified, in 1932.

Bagi mereka yang pernah belajar Biochemistry mungkin akan tahu tentang penyakit ini, bagi mereka yang tidak tahu, apa salahnya kaji sebagai pengetahuan am. Haa, macam watak John, dia merupakan seorang businessman tetapi apabila anaknya menghidap penyakit ini. Dia mampu mendalami tentang penyakit ini kerana sikap ingin tahunya.

Saya syorkan! Sediakan TISU atau Kain Tuala jika anda mudah tersentuh. Selamat Menonto. =)