CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, December 14, 2010

Padang.

Satu malam yang sejuk, semua pelajar tahun 3 Azhar riuh rendah di Padang ARMA.
14'c bukan lagi penghalang, semua teruja kenapa bola ragbi mesti bujur?
Dari jam 7 petang sampai 9 malam. Masing-masing dengan gaya dan skill tersendiri.

Aku dihujung padang tersenyum. Inikah yang dinamakan indahnya berukhuwah, sama-sama bermain, riak wajah gembira, hati gundah-gulana tenang seketika.
Mereka, aku semua bergembira, riang ria seperti kanak-kanak kecil main hujan.

Alhamdulillah, biarpun luka jatuh, sakit terseliuh..
hati tetap rasa bersyukur,
kerna masih punyai peluang untuk bersama, beriadah.

No comments: