CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, December 7, 2010

Souvenir Souq Sayarat.

Lokasi: Souq Sayarat.
Jam: 8-10 pagi.
Agenda: Sesi Pengenalan & Latihan Ragbi.

Pagi cuti maal hijrah, seramai 22 orang siswa tahun 3 Azhar, bersama-sama menjayakan latihan ragbi yang pertama, walaupun tidaklah gah dan hebat, tetapi ini adalah salah satu riadah. Badan Sihat otak Cerdas. ^^

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, setiap pemain menunjukkan minat dan juga mempunyai bakat yang boleh digilap lagi. Tahniah diucapkan.

Akan tetapi, ditengah latihan tersebut, diri sendiri telah mendapat "souvenir". Kami istilahkan sendiri, kalau main ragbi, calar balar ni adalah "souvenir". Akibat daripada tapak kasut yang haus, badan yang agak tidak seimbang, maka tersungkurlah ibarat gajah terpijak pisang dan tergelincir dan terseret.

Dari itu, luka di tapak tangan dan juga jalur jalur yang cantik menghiasi tangan. Berdarah tu, xperlu cakap la, meleleh je. Help nanti darah makin kurang!. Time basuh atau terkena air, menggeletar macam Micheal Jackson tengah menari.Time sapu ubat, fuh memang cover abis,risau overreact. Power beb rasa pedih luka ni.!!

So,hari ini moody seketika, sbb pedih dan jadi malas buat kerja. Plus, ahli rumah pula ramai yang demam, kene pula hari ini tiba giliran diri sendiri untuk memasak.

So menu malas hari ini, Singgang Ikan, tapi versi kali ini tanpa lengkuas. Mesti semua orang pernah rasa kan menu ni, sweet sour lebih kurang la. Pada mulanya ingatkan menu ni akan dicemuh sbb xmenarik. Tetapi lain pula jadinya, semua ahli rumah happy, sebab lidah mereka mampu berfungsi untuk menikmati rasa masam. ^^ Alhamdulillah.

p/s: time masak, serius teringat dekat rumah, Umi. selalu masak singgang ikan. ^^

No comments: