Al-kisah selepas ditag oleh one of my bestfriend, cik fatin afifah. maka menulislah saya untuk segmen jom berkenalan yang dikendalikan oleh "Catatan Loqman Hakim".
Bagus betul segmen ni, mampu memberikan ruang untuk kita saling kenal mengenali. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang diluar sana. (^^,)
Minum air suam dulu, kemudian baru menulis atau membaca blog ini.
Soalan pertama berbunyi begini. "Apakah status anda"
*jap blushing 2minit.
Buat masa ini masih lagi dalam keadaan single seperti biasa, tiada lagi pengalaman untuk sebarang 'serious relationship' kalau nyaris tu, mungkin dalam keadaan separa sedar. Kalau zaman kecik kecik tu, dikira x..? zaman cinta monyet! *tergelak sekejap. Apa pun, terus berdoa agar dipertemukan juga dengan seseorang yang akan menemani hidup ni.Ada sapa sapa yang sudi x..?? =P
Ayuh berusaha untuk bercinta sampai ke syurga. ^^
Soalan kedua berbunyi begini. "-Ceritakan tentang diri anda"
Tentang diri saya.? alaa, dh macam tulis biodata diri kan.? teringat zaman sekolah rendah tulis biodata-biodata ni. ^^ nama diberi Ahmad Fahmi Huweidi.
HUSM kubang kerian menjadi tempat kelahiran saya, dan membesar selama 5tahun di KB,Kelantan. Kemudiannya dipos untuk membesar sehingga sekarang di utara Negeri Kedah,dimana negeri itu ada sangat ramai "Hang". Sekarang ini tidak bekerja, tetapi suka mengkaji kehidupan, adakah itu dikira sebagai kerja.? Masih belajar la, menimba ilmu di bumi ilmu, Mesir.Berdebu je hari-hari! Sekarang ni di tahun 3, okay sama-sama doakan agar semuanya lancar dan naik tahun sampai jadi Dr. pada tahun 2014 ^^. amin.
Saya suka sangat memasak,mengemas,menghias rumah,bermain ragbi,minumkopi,berborak,membaca,melancong,bermain bola sepak,menjalankan perniagaan dan banyak lagi benda normal.
Ada rezeki, apa salahnya membina keluarga 4 orang anak, ^^ *jauhnya fikir. keep on praying, hope everything fine and bless by Allah.
Cita-cita, berjaya untuk membina sebuah empayar perniagaan. amin. =)
Soalan yang ketiga berbunyi begini "-Ceritakan tentang Blog anda"
Semuanya bermula pada lewat tahun 2007,ketika itu bagai suatu fenomena dalam kalangan kawan2 saya, semua memiliki blog, dan sudah pasti saya juga tidak mahu ketinggalan, jadi saya juga memiliki blog pada tarikh Feb.25. 2008. Sampaila sekarang ini dengan tajuk perjalanan Insan,hobi saya di kala musim cuti, berjalan melihat alam, dengan sehelai sepinggan berjalan kemana saja kaki ini ingin melangkah, dan bila selesai akan menulis sesuatu ke dalam blog ini. Tema warna merah jambu digunakan sebagai suatu dimensi baru untuk menunjukkan keharmonian. Hitam - gelap,misteri., Merah jambu - penyanyang. haha~ main tulis je tafsiran sendiri. saya menulis untuk memlepaskan ekspresi diri dalam bentuk media eletronik,Okay apa yang pasti, penulisan di blog ini mmg BorinG. Sorry ye. ^^
Soalan keempat berbunyi begini "-Apa pandangan anda tentang dunia blog?"
Pandangan saya pada dunia blog? Ini adalah salah satu wadah dimana orang ramai, ataupun masyarakat umum, individu mampu untuk menceritakan,berkongsi tentang kehidupan, rasa hati,pemikiran dan sebagainya.Inilah blog, inilah kebebasan. Cuma, ada juga sempadannya, gunakan dengan bijak, kerana ini kehidupan kita tidak hidup sendirian, kita hidup dalam komuniti. =)
Soalan kelima berbunyi begini "-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog"
Kepada mereka yang ingin ber-blog, silalah, dialukan ^^, berkarya sehingga lelah idea. Ingat sambil sambil itu boleh beramal, kurang kurang ada saham di alam sana.
Hidup Bloggers!
Soalan keenam berbunyi begini "-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Blog saya kosong, tiada apa apa, hanyalah coretan mentah dari budak yang baru belajar tentang kehidupan, jauh lagi perjalan banyak lagi yang perlu ditimba.
Yang Unik,ape ye.?
Soalan ketujuh dan terakhir berbunyi begini "-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Mungkin sampai bila-bila, tidak timbul lagi titik noktah untuk dunia blog saya.
Impian saya dalam dunia blog. Biarlah bahan bahan dalam blog ini membawa manfaat untuk orang ramai, eh. kalau ada entri yang xbest sorry ye. (=,=')
Okay! sudah selesai segmen saya. Kemudian saya pula ingin "TAG" sahabat yang lain. be ready!
So, share your thought ^^
4 comments:
hehehhe..nice story!salam perkenalan dri saya bakal pendidik..jemputlah mlawat rakan2 lain yg join segmen ni dblog saya..boleh tmbh kenalan..smile!
cita2 saya dulu after mrsm nak pg wat medik kt mesir..tpi tak ksmpaian..mngkin rezeki saya jdi guru..blaja rerajin..heheheh..ramai kawan saya medik mesir..wuaaa...alexandria..ain shams..bla2..bnayak ar..jelous2..
Salam perkenalan juga. =)
Bakal mendidik generasi hadapan, tugas yang mulia tu.
Yap,akan terus update dan juga berkenalan dengan blogger yang lain.
Okay cikgu akim!
all d best. ^^
mr fahmi!! anda repon!~ sorry lambat baca. hehehe. xperasan! :D I think I know u better now! :P
Hehe!, it okay! busy busy doc to be, memahami.
Thanks sbb sudah makin mengenali..same la =)
Post a Comment