CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, March 28, 2011

blur.

Sudah dekat seminggu aku berada di bumi Mesir, masih segar di ingatan aku, akan pesan mak ayah, " buatlah sehabis baik, apa-apa pun, kita terima dengan hati yang redha."
Allah saja yang tahu, betapa lapangnya dada dengan nasihat sebegitu. Tapi itu la,pergi sana,kali ini berkobar-kobar mungkin hanya dapat dilihat dari luaran sahaja, dalaman siapa yang tahu. Porak -peranda, gundah-gulana, jiwa semakin serabut. Bukan memberontak,tapi bagaikan dahagakan sesuatu dan aku masih lagi buntu.

Seperti pagi-pagi yang lain, bangun seawal mungkin kemudian, rutinnya seperti biasa, termenung panjang. Apa sudah nak jadi dengan diri, bermonolog sendirian,setiap hari. Semuanya bagai tidak menjadi. Sangat-sangat memohon petunjuk dari Ilahi, agar bebas dari bebanan dan perasaan yang tidak dikenalpasti.

Semuanya ibarat kosong, tidak terburu-buru, tidak bermotif, dan juga tidak bersifat malas. Yang ada hanyalah KOSONG. 0..0..0..0

mendatar, senyap dan juga tidak aktif. ini bukan aku. semua ini palsu. tapi kenapa begini masih tidak tahu!


Untuk pemilik jiwaku,
Allah yang satu,
Maha mengetahui dan Maha Pengasihani,
Andai wujud dosa lampauku yang membebani aku di ini hari,
ampunkan aku,
semoga mendapat hidayah dan rahmah dariMu,
dalam menyelusuri ranjau dunia penuh liku,
mengaharap redha dari-Mu..

Thursday, March 24, 2011

Changing.

In my sleep..
i always dream to change the world..
help to make the world..
a better place for living..

and every time i woke up..

i look into the mirror..
and what i notice..
to change the world..
first,i must change the person in front of me..
in the mirror..


p/s : 7.00 a.m, variety of identity issues.

Sunday, March 20, 2011

hari hari

mungkin aku perlukan sinar cahaya mentari,
boleh juga menyinari hidupku,

dan ingin juga aku,
akan indahnya pelangi,
warna ceria,serikan jiwaku..

kadang-kala redup seketika,
biasalah itu lumrah hidup kita,
biar yang datang dan pergi itu sesuatu yang membina,
dan rasa syukur akan nilainya..

inilah dunia..
penjara bagi mereka muslim namanya..
syurga bagi mereka yang lalai dan leka.

dunia ibarat ladang.
di sini menyemai iman,
di sini membaja taqwa,
semuanya untuk dituai di hari akhirat sana..

p/s :17 Jam di dubai.

Wednesday, March 16, 2011

respon tag. hee...

saya sudah di tag.
so kene la tulis juga. ^^

Adakah anda rasa anda hot?
Oh,memang saya sedang mendengar lagu Hot n Cold dari Katy Perry. awak kenal dia?
Oh, dia memang hot, dan saya pula tidak hot.


2) Upload gambar wallpaper/ pic. yang anda guna sekarang.
Saya hanya menggunakan regular windows wallpaper.

3) Cerita pasal gambar.
Tahun ini, mood saya plain je. so semua akan plain, sebab plain tu macam indah juga kan.

4) Bila kali terakhir makan ayam?
Ayam masak kicap, dengan halia lebih. Chinese punya cuisine for dinner.


5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Travis- Closer..kenal x, Travis? oh, britpop. zaman 90an, zaman saya muda muda dlu, selalu dengar lagu macam ni. Sekarang pun masih lagi..cuma mix up la sikit.

6) Apa yang anda fikir selain menyelesaikan Tag ini
1- Bila nak balik Egypt.
2- Agak-agak bila dapat tahu tarikh dari pihak pengurusan.
3- Tidur.


7) Selain nama sendiri, nama panggilan anda yang lain?
'mi mo' ialah nama panggilan baru saya. y lain tu..xpasti. panjang, tu selalu la.


8) Tag 8 blog owner
oh. nampaknya rakan rakan blogger y lain maybe tidak punyai masa y cukup untuk respon tag.,





9) Persamaan antara kambing dan lembu?
Mamalia. dan buangan mereka bersepah di atas jalan raya dan juga kawasan rumah atuk saya.

18) Perasaan ketika menjawab soalan ini.
Oh, adakah mencukupi syarat.

sorry, ade potong soalan soalan..sbb mostly y nak kene tag. busy.

Sunday, March 13, 2011

sepagi bersama "the unknown legend"

Sebelum tidur, tiba-tiba sifu. "buzz"..seperti biasa bertanyakan khabar, dan juga khabar akan esei yang masih tidak siap . 'dateline' semakin hampir ya Allah, berilah petunjuk...amin.

InsyaAllah, esok juga akan cuba siapkan..

Terima kasih, kerana banyak berkongsi dan memberi tunjuk ajar, ye sifu. Untuk hari perkahwinan tu nanti, sila pastikan tarikhnya dimaklumkan seawal mungkin untuk mengelakkan pertindihan jadual. Dapat jadi pengapit pun okay juga. ^^.


Semoga, berjaya dalam semua temuduga yang mendatang, buat yang terbaik. Rezeki Allah ada dimana-mana saja. InsyaAllah, everything will be fine.

p/s : sejak bila ada nickname " mi mo" err err..xpe cool juga nickname tu.


the not taken.

They said, the road not taken, won't be taken in the future..

but i said, it will be taken soon..

but, its not an easy work, it do take lots of sacrifices..

Monday, March 7, 2011

:)



‎"good man in the present doesn't mean he didn't have a bad past, bad man in the present doesn't mean he won't be good in the future..." ~

Sunday, March 6, 2011

lagu comel.

Count on me - Bruno Mars.

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you


Saturday, March 5, 2011

semuanya skrip.

Kehidupan ini diibaratkan seperti lakon layar yang skripnya akan dimainkan berulang kali, cuma yang berbeza ialah latar masa dan juga watak.

Tetapi untuk diri sendiri cuma latar masa sahaja yang akan berubah.


jalan-jalan.

tidak tahu kenapa, tetapi apa yang pasti rasa nak pergi jalan-jalan saja..

bila orang tanya, 'duit ada tak untuk pergi jalan-jalan'
dijawabnya, 'insyaAllah, xpernah lagi tak cukup makan'
lain yang ditanya, lain pula yang dijawabnya....

itu la, jalan-jalan je dulu..

In list. Sempurnakan kembali Eurotrip.

Korea/Japan/China/Hong Kong.

India.

Sabah,Sarawak.

orang mesti akan tanya, bila pula nak buat umrah?

Anytime, bro..anytime. =)

semoga dimurahkan rezeki selalu. amin ya Allah.

*sambil jalan, sambil mengkaji 'lets make poverty a history' ^^

Thursday, March 3, 2011

Just like jigsaw puzzles,
not all pieces of jigsaw puzzles can fit any-others,

certain shape for certain shape,
certain side for certain side,
certain color for certain color,

keep twisting keep turning,
but don't pushing or forcing it,
you will ruin it,
and damage it..

take time and think,
never stop on searching,
believe,
there will be a pieces that perfectly fit,
just nice the way it is...

time to sleep.

Experience

Sebagai lelaki semakin menjadi dewasa,saya perlu pandai memandu kereta dan pergi servis kereta di kedai kereta, yang berdekatan atau yang berjauhan. Yang penting ialah servis kereta, mengenalpasti ketidak stabilan kereta, agar tidak diberjela-jelakan panjangnya bill servis kereta.

Jadi, sudah dikenalpasti tayar kereta kelihatan tidak stabil, 1-bunyi yang tidak best, 2-minyak kereta yang cepat habis 3- Adsober yang sudah tidak lagi berfungsi sebaik mungkin.

Tayar sangat penting, kerana itulah harga getah melambung tinggi di pasaran, dan cerita anak seorang penoreh getah miskin, sudah kurang mendapat perhatian umum.

Setibanya, di kedai tayar.
"Tokey, tayar rasa xbest sila mai check.."
'tunggu sat na, mau abis makan'
"pulak dah"

mekanik pun datang, dengan muka tak bersalah meraba tayar, dan memusing tayar.. "grekk grekk grekk"
"woo, ini bereng tayar ada rosak, u dgr..ada bunyi kasar-kasar"
" woo, ini tayar sudah kembung, u tgk..meh sini u rasa"

Fuiyooo! dia hanya tengok,dia hanya dengar dan dia hanya pegang. Terus dia tahu apa masalah tayar tu.

Yeah, permerhatian untuk kajian..
"Semakin banyak pengalaman seseorang itu dengan sesuatu, semakin powerlah dia..."
Kajian dijalankan akibat ketidakpuas hati kepada sistem pembelajaran dan sistem exam untuk sesebuah course, terutamanya medic. =P

Mekanik tu rasanya, mula berjinak dengan baiki tayar since dia umur 6tahun la, sebab power sangat. ^^

So bermula lah, adegan membaiki tayar, dari tayar,kepada tukar bereng, kepada alignment,balancing, dll...

so, mula lah sesi bayar dan bil yang berjela-jela..kalau xda ilmu serba sedikit tentang kereta, maka bayarlah dengan rasa, semua ini ok.
kalau ada ilmu sikit, boleh la bawak berbincang sedikit.

>*Faculty of general knowledge, University of Journey of Life. class 1111 :: Fahmi.

Penang sikit.

Knock,Knock..whose there?
=)

Okeh! Hari ini sangat hebat dan best, jam 9.00 pagi faez datang amik dari rumah dan terus ke rumah Hanif. Sampai di Bertam Perdana 2, jam 10 pagi. Jadi agak awal, sudah pasti Hanif masih lagi tidur, dan tekaan kami tepat. 15minit menunggu Hanif untuk bangun dan bersiap.
Menjamah sedikit sarapan di rumah Hanif,kemudian kami terus ke Pulau Pinang.

I still don't know why, i'm really excited, maybe it seems about 3-4yrs that i'm not visiting Penang, since 18. So, hope today will be awesome.
And it was really awesome, even today temperature and bright sunny-day, make my skin sunburn. Oh its okeh, i'm enjoying my day.

Due to, quite hot and sunny day..so we spent the time at the Queensbay Mall 1st. Haha, believe or not, this is my 1st experience came to Queensbay mall.
Pusing-pusing, shopping-shopping, then ternampak BORDERS, so serang!!! then pancing sebiji buku. Malaysia Lah. nice kan!

then, lunch di Kapitan Kafe. oleh kerana dalam situasi diet, so i'm totally vegan.

selepas,itu.. terus pergi ke Chowrasta Plaza, this is my 1st experience also. Agak classic suasana di sini, dengan pasar ikan di bawah, dan kedai buku yang berlambak-lambak d atas. Whoa, jap. nk tutup mulut balik. hehe...Rasa macam back in 70's.
tapi, agak sedih buku yang diburu TIADA. 'Mahasiswa Menggugat',Muhammad Abu Bakar.tak mengapelah, maybe tak da rezeki. so, rembat lah satu buku..Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb.

Selepas itu, terus ke Padang kota. Fuh, sangat panas..hari ini. Disana, makan pasembor,kerang bakar and also sotong bakar. Boleh la, xda la sedap sangat. Cuma makan sambil enjoy view. Itu yang superb.

Settle makan dan berehat sebentar, kemudian terus berjalan kaki ke Fort Cornwallis, agak menggamit sejarah Francis light, dan juga mengetahui sedikit sebanyak tetang Penang sebagai Pelabuhan entrepot.

Sudah selesai mengkaji di Fort Cornwallis, kami pun ke USM untuk mengambil Aiyyad dan juga pusing-pusing USM, ^^. Fuh! serius jeles, bila la nak merasai "campus life."

Dari USM terus ke bayan lepas untuk menghantar Nazrin dan Aiyyad pulang, kerana esok mereka perlu menghadiri kursus BTN. Thanks for the dinner Nazrin. Nice "Laksa Penang".

Pulang dengan gembira. ^^


This trip. special thanks to Hanif Shabudin , Faiz Farhan and also Nazrin Marzuki.



Tuesday, March 1, 2011

macam memancing ikan la..

Boleh diibaratkan seperti memancing ikan, tak semua ikan yang kita mahukan dapat,dan tak semua yang kita sangkakan melekat di kail kita.

Kadang-kadang, hanya pakai umpan yang biasa, tiba-tiba mendapat ikan yang luar biasa..itu dinamakan rezeki.
Ada juga yang pakai umpan hebat, tetapi hanya mendapat ikan yang sedang-sedang sahaja, itu pun masih juga rezeki.
Pelbagai teknik dan cara yang tersendiri, dipraktikkan oleh para pemancing ikan.

Banyak cara dalam mencari ikan ni,
ada yang suka memancing di kolam ikan. Kalau pemancing jenis ini, diorang memang sudah konpem mampu mendapatkan ikan dari jenis yang mereka inginkan.Boleh dikatakan juga 'playsafe'. Tetapi perlu juga bertungkus lumus,untuk dapatkan yang terbaik.^^

Ada juga, jenis yang suka tinggal "tauk". Tauk ni, seperti meninggal kan pancing yang sudah punyai umpan untuk seberapa tika dan bila cukup masa tuannya akan datang mengambil ikannya. Kalau dapat, rezeki.Tak dapat boleh cuba lagi.

Pada masa yang sama, ada juga yang berminat untuk 'catch and release'. Bagi pemancing jenis ini, masih lagi tidak dapat membaca sifatnya lagi. Kemungkinan mereka ini mempunya pilihan da jenis yang tertentu, selagi tak mendapat apa yang mereka mahukan, selagi itu mereka mengamalkan 'catch and release'. Nampaknya ianya suatu yang baik, tetapi masih meninggalkan kesan kepada ikan tersebut. Tak mengapa, masa mampu merawatinya.

Dalam ramai-ramai jenis pemancing, ada juga yang jenis ambil jalan mudah dan selamat. Iaitu dengan mencari ikan di pasar.^^ kan mudah macam tu, boleh pilih semua jenis ikan yang kita mahukan. Biasala, "Pasar BM" yang sering menjadi tumpuan para pencari ikan. =)



teringat zaman kecik-kecik.

so, semenjak cuti di malaysia ni. kadang-kadang pagi-pagi akan jadi 'driver' untuk umi.

akan pergi ke sekolah, pada jam 7 pagi. sampai ke sekolah 7.20 pagi. mana 20minit, macam jauh je kan. tapi takdala jauh sebenarnya. Cuma, 'driver' xpandu kereta lebih 7okm/h. So slow..menikmati udara pagi.

sepanjang perjalan ke sekolah, dapat dilihat ramai pelajar yang sedang menunggu bas sekolah. ada yang solo menanti, ada yang bersama kawan-kawan dan juga ada yang bersama ibu @ bapa. Tersenyum sendirian. Alhamdulillah, mereka hadir ke sekolah. "adik-adik,belajar rajin rajin, nanti besar..jadi anak yang soleh ye. :)

Setibanya di sekolah, teringat pula zaman di sekolah rendah, datang awal pagi, muka penuh dengan bedak yang disapu ibu. Butang kacing sampai atas, paling cool..datang awal ke sekolah sebab nak main "chup tiang"or main ''galah panjang''. tak sempat separuh hari persekolahan dan pun "belemoih". hehe..

comel-comel je, tgk adik-adik kecil..jalan ''kenit-kenit'' masuk ke sekolah, rasa macam nak tunggu ja depan sekolah sampai semua masuk ke kelas masing masing. =)

i maybe forgot the time, but will not forget the memories..