CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, March 1, 2011

macam memancing ikan la..

Boleh diibaratkan seperti memancing ikan, tak semua ikan yang kita mahukan dapat,dan tak semua yang kita sangkakan melekat di kail kita.

Kadang-kadang, hanya pakai umpan yang biasa, tiba-tiba mendapat ikan yang luar biasa..itu dinamakan rezeki.
Ada juga yang pakai umpan hebat, tetapi hanya mendapat ikan yang sedang-sedang sahaja, itu pun masih juga rezeki.
Pelbagai teknik dan cara yang tersendiri, dipraktikkan oleh para pemancing ikan.

Banyak cara dalam mencari ikan ni,
ada yang suka memancing di kolam ikan. Kalau pemancing jenis ini, diorang memang sudah konpem mampu mendapatkan ikan dari jenis yang mereka inginkan.Boleh dikatakan juga 'playsafe'. Tetapi perlu juga bertungkus lumus,untuk dapatkan yang terbaik.^^

Ada juga, jenis yang suka tinggal "tauk". Tauk ni, seperti meninggal kan pancing yang sudah punyai umpan untuk seberapa tika dan bila cukup masa tuannya akan datang mengambil ikannya. Kalau dapat, rezeki.Tak dapat boleh cuba lagi.

Pada masa yang sama, ada juga yang berminat untuk 'catch and release'. Bagi pemancing jenis ini, masih lagi tidak dapat membaca sifatnya lagi. Kemungkinan mereka ini mempunya pilihan da jenis yang tertentu, selagi tak mendapat apa yang mereka mahukan, selagi itu mereka mengamalkan 'catch and release'. Nampaknya ianya suatu yang baik, tetapi masih meninggalkan kesan kepada ikan tersebut. Tak mengapa, masa mampu merawatinya.

Dalam ramai-ramai jenis pemancing, ada juga yang jenis ambil jalan mudah dan selamat. Iaitu dengan mencari ikan di pasar.^^ kan mudah macam tu, boleh pilih semua jenis ikan yang kita mahukan. Biasala, "Pasar BM" yang sering menjadi tumpuan para pencari ikan. =)



No comments: