CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Friday, October 14, 2011

Biasalah tu dah nama manusia.

Memang lumrah manusia mungkin, kalau dapat lakukan dua perkara ni semua akan gembira. Nak tahu apakah dua perkara itu?
-Yang pertama makan percuma.
-Yang kedua pula mengata orang.

Tapi perkara yang pertama itu tidaklah menampakkan kesalahan atau mendatang kan dosa kepada diri, cuma perkara gembira yang kedua itu memang perlu dijaga.

Kalau diikutkan normalisma keadaan seseorang, kalau mendengar sesuatu yang baik berkaitan dirinya, seperti dipuji atau sebagainya. Sudah pasti hati berbunga-bunga suka. Tapi kalau berlaku sebaliknya, terdengar cacian, makian atau segala yang tidak baik tentang dirinya. Mesti melenting tak kira. Biasalah itu manusia. Kau dan aku sama.

Bersabarlah..

Andai terdengar yang enak-enak sahaja, tak elok juga risau perasaan riak pula datang menjengah. Bukankah riak itu syirik kecil. Bahaya. Seeloknya kembalikan segala puji itu kepada Maha Agung Pencipta dan Pemilik sekalian alam, Allah.

Andai pula terdengar yang tidak baik. Kenal pasti sama ada betul atau tidak perkara itu, kalau betul, ambillah sebagai peluang untuk memperbetulkan diri. Kan elok begitu.

Sama - samalah kita bermuhasabah diri. :)

Wednesday, October 12, 2011

syukurlah.

Cuba menghitung satu-persatu nikmat Allah yang dikurniakan kepadaku, sudah membuat aku terlena, pabila bangun semula dari lena dan kembali menghitung, masih lagi belum mampu aku jumlahkan semuanya..

Bersyukurlah, sebutlah Alhamdulillah.

Monday, October 10, 2011

Raihan I'tiraf (doa taubat) With Lyric [HD] .avi

Diceritakan jika seorang anak berjalan ke arah kemusnahan sudah pasti mesti seorang ibu itu akan melarang dan menasihatinya, agar tidak melakukannya. Itu baru kasih seorang ibu, bagaimana pula kasih Allah yang Maha Penyanyang, begitu banyak nikmat yang telah dilimpahkan keatas umat manusia,agar sentiasa bersyukur dan beribadah kepadaNya. Tetapi manusia itu selalunya alpa dek kerana terlalu cintakan dunia.

Allah ini bersifat Maha Pengampun, sebanyak manapun dosa yang telah dilakukan oleh hambaNya, Dia masih lagi tetap memaafkannya. Cuma, janganlah sesekali menyekutukanNya. dan ingatlah, sesungguhnya azab Allah itu pedih.



p/s : sambil mendengar lagu nasyid Raihan - I'tiraf.


Friday, October 7, 2011

warisan.

Kalau ikutkan hati ingin aku tinggalkan sebentar dunia perubatan ini, bukan kerana tak mahu, bukan kerana tak suka, mungkin cinta itu belum berputik lagi sepenuhnya. Ingin berehat sebentar mengejar cita.

Bukan ini yang ingin aku sampaikan, tapi adalah hajat yang telah terbuku di dalam jiwa iaitu menyelami seni warisan.. Kian lama kian pupus dimamah usia, hilang dek rakus keghairahan modenasasi menggila. Semuanya hilang...hilang tah kemana.

Seni mencanting batik. seni ukiran kayu, seni ukiran emas, perak dan gangsa, masakan tradisional.
Kalau boleh inginku kuasai semua, jika tak boleh sekurang-kurangnya biar satu dari semua itu untuk bekalan anak cucu.

Habis semua tergadai, aku risau suatu masa nanti, mungkin juga bahasaku sudah lain. Siapa tahu?

Keliru tapi perlu.

Panggilan telefon dari Faiz semalam sudah membuatkan aku untuk kembali mengimbau zaman lampau, 6 tahun lepas di mana pada waktu itu aku berumur 16tahun dan masih lagi menimba ilmu di bumi Waqafan.
"Salam, Fahmi, aku nak tanya kau ni, esok boleh hadir mesyuarat tak? Untuk apa wei Faiz? ni haa, kau kena pegang biro Perhubungan dan Penerangan ABIM Mesir. Ohh... terkesima sekejap, aku akan pertimbangkan dulu boleh?

Terselit kembali memori ketika di surau Saidina Ali, bumi waqafan. Di mana waktu itu semua pelajar tingkatan 4 dikumpul untuk satu sesi taklimat. Rupa - rupanya waktu itu ada sesi taklifan bagi jawatan Tanzim Jabatan Nuqaba. Ketika disebut satu persatu nama sahabat yang naik untuk menerima jawatan, semua okay sahaja. Sebab yang disebut itu semua muka favourite surau. Tetapi bila sebut sahaja nama Ahmad Fahmi, semua macam senyap seketika, Abe Awe yang ketika itu mengumumkan nama pun tersengih seketika. Aku sudah pasti terpaku. err err..

Suasana tarbiah KISAS sungguh berlainan, waktu itu berlegar-legar difikiran akan pesan Imam Al- Ghazali kepada anak muridnya. " Benda apakah yang paling berat, dan dikatakan Amanahlah yang paling berat. Serabut sekejap bila memikirkannya. Berat, memang berat..andaikata tak terbuat kerja yang di amanahkan, siapa mahu tanggung? diri sendiri juga. Mengeluh aku sendirian.

Tapi, sapa seorang sahabatku, bukan sengaja Allah berikan kepada kau, tetapi atas sebab-sebab tertentu, cuba bayangkan kalau dapat pada orang yang salah? bagaimana pula?...kosong seketika minda.

Kembali ke waktu asal, selepas difikirkan untuk seketika dan dipertimbangkan dari segala aspek. Mungkin ini satu bentuk disiplin diri. Mengisi diri yang kosong dengan agenda yang berfaedah, mana yang baik kita ambil, mana yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah memandu aku untuk kearah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Wednesday, October 5, 2011

stuck.

Typical thing around local education nowadays.

"Some local education will reward a student who has photographic memory by scoring lot of A' or good grade at their exam. So lucky for those who has good memory.

One of Albert Einstein quote that make me think about it
.
"If you can't explain something simply, you don't know enough about it."

Poor me, i don't have good photographic memory, and i also can't explain something about what i learned simply. :'(

*please do something what you love the most. Chase your dream, enjoy your moment, do your best,excellency come later. Forgive me, that time i'm just immature and stuck between many kind of influenced decision.

9 tahun dan mencuri.

Pagi hari ini, berbual dengan ayah melalui ' FB chat'. Ayah bagitahu yang tas tangan kepunyaan umi telah dicuri oleh pelajar tahun 3, dan duit dan juga semua kad didalamnya sudah dibuang ke dalam lubang jamban.

Dari berita itu, terdapat dua kejutan. Yang pertama sebagai seorang anak mestilah risaukan akan emosi ibunya. Jadi bila selesai berbual akan keadaan umi, semuanya semacam beres, semoga Allah melimpahkan rezeki kepada kedua ibu bapaku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin menjadi peringatan agar di hari mendatang akan lebih berhati-hati dan berwaspada.

Itu baru kejutan yang pertama, dan sekarang ini kejutan kedua. Kejutan ini membuatkan hariku terasa kosong dan dilemma untuk satu masa yang panjang. "Kenapa perlu pelajar berumur 9tahun sudah pandai mencuri, menipu dan sebagainya. 9 tahun, satu usia yang sangat -sangat muda.Terlalu mentah untuk menilai apa itu dunia, tapi sudah pandai untuk mencuri. Di mana silapnya?

1. Ibu Bapa? telah lakukan sedikit soal jawab dengan kakak tentang latar belakang pelajar itu. Didapati bapanya seorang penagih dadah. Okey, dari situ sudah dapat satu kesimpulan awal, kepincangan institusi kekeluargaan sudah melahirkan satu generasi yang kurang sehat. Kerosakan awal itu dapat dilihat apabila kegagalan ibu-bapanya untuk menunjukkan satu 'role-model' yang baik. Itu satu hal dah.

2. Pengaruh rakan sebaya ? Umur 9 tahun, rakan-rakannya yang lain mungkin masih lagi berborak tentang barbie ataupun cerita kartun yang ditayangkan di kaca tv. Jadi mana mungkin pengaruh rakan sebaya ini mampu memberi impak yang besar kepada perilaku negatif pelajar itu.

3. Kesan Ideologi barat ? Penilaian baik buruk itu boleh dibuat dengan akal yang sihat, jika wujud unsur yang baik dari barat, apa salahnya untuk pembaikan ianya diambil, akan tetapi jika wujud sesuatu yang buruk jadikannya sebagai sempadan. Tapi pada pandangan logik, mampukah umur 9 tahun menapis semua ideologi yang tersebar dengan mudahnya?

4. Sistem pendidikan negara ? Jika dikaji semua silibus pendidikan yang disediakan boleh dikatakan mencukupi, tapi sejauh manakah keberkesanannya kepada para pelajar? Itu satu persoalan yang perlu diperhalusi oleh semua lapisan masyarakat. Kalau sistem itu berjaya maka sudah pasti produk yang dihasilkan mestilah menjadi. Tapi berjayakah kita?

5. Didikan agama yang kurang ? Nampaknya bila masalah pertama itu sudah menampakkan kebocoran yang begitu besar, maka secara jelas institusi pertama yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak sudah gagal. Jadi keputusannya, didikan agama memainkan peranan penting.

Nampaknya sudah 5 persoalan yang bermain-main di minda, tapi bagaiman pula cara untuk mengatasi masalah sebegini? sama-sama kita fikirkan.