"Salam, Fahmi, aku nak tanya kau ni, esok boleh hadir mesyuarat tak? Untuk apa wei Faiz? ni haa, kau kena pegang biro Perhubungan dan Penerangan ABIM Mesir. Ohh... terkesima sekejap, aku akan pertimbangkan dulu boleh?
Terselit kembali memori ketika di surau Saidina Ali, bumi waqafan. Di mana waktu itu semua pelajar tingkatan 4 dikumpul untuk satu sesi taklimat. Rupa - rupanya waktu itu ada sesi taklifan bagi jawatan Tanzim Jabatan Nuqaba. Ketika disebut satu persatu nama sahabat yang naik untuk menerima jawatan, semua okay sahaja. Sebab yang disebut itu semua muka favourite surau. Tetapi bila sebut sahaja nama Ahmad Fahmi, semua macam senyap seketika, Abe Awe yang ketika itu mengumumkan nama pun tersengih seketika. Aku sudah pasti terpaku. err err..
Suasana tarbiah KISAS sungguh berlainan, waktu itu berlegar-legar difikiran akan pesan Imam Al- Ghazali kepada anak muridnya. " Benda apakah yang paling berat, dan dikatakan Amanahlah yang paling berat. Serabut sekejap bila memikirkannya. Berat, memang berat..andaikata tak terbuat kerja yang di amanahkan, siapa mahu tanggung? diri sendiri juga. Mengeluh aku sendirian.
Tapi, sapa seorang sahabatku, bukan sengaja Allah berikan kepada kau, tetapi atas sebab-sebab tertentu, cuba bayangkan kalau dapat pada orang yang salah? bagaimana pula?...kosong seketika minda.
Kembali ke waktu asal, selepas difikirkan untuk seketika dan dipertimbangkan dari segala aspek. Mungkin ini satu bentuk disiplin diri. Mengisi diri yang kosong dengan agenda yang berfaedah, mana yang baik kita ambil, mana yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah memandu aku untuk kearah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment