CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Wednesday, October 5, 2011

9 tahun dan mencuri.

Pagi hari ini, berbual dengan ayah melalui ' FB chat'. Ayah bagitahu yang tas tangan kepunyaan umi telah dicuri oleh pelajar tahun 3, dan duit dan juga semua kad didalamnya sudah dibuang ke dalam lubang jamban.

Dari berita itu, terdapat dua kejutan. Yang pertama sebagai seorang anak mestilah risaukan akan emosi ibunya. Jadi bila selesai berbual akan keadaan umi, semuanya semacam beres, semoga Allah melimpahkan rezeki kepada kedua ibu bapaku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin menjadi peringatan agar di hari mendatang akan lebih berhati-hati dan berwaspada.

Itu baru kejutan yang pertama, dan sekarang ini kejutan kedua. Kejutan ini membuatkan hariku terasa kosong dan dilemma untuk satu masa yang panjang. "Kenapa perlu pelajar berumur 9tahun sudah pandai mencuri, menipu dan sebagainya. 9 tahun, satu usia yang sangat -sangat muda.Terlalu mentah untuk menilai apa itu dunia, tapi sudah pandai untuk mencuri. Di mana silapnya?

1. Ibu Bapa? telah lakukan sedikit soal jawab dengan kakak tentang latar belakang pelajar itu. Didapati bapanya seorang penagih dadah. Okey, dari situ sudah dapat satu kesimpulan awal, kepincangan institusi kekeluargaan sudah melahirkan satu generasi yang kurang sehat. Kerosakan awal itu dapat dilihat apabila kegagalan ibu-bapanya untuk menunjukkan satu 'role-model' yang baik. Itu satu hal dah.

2. Pengaruh rakan sebaya ? Umur 9 tahun, rakan-rakannya yang lain mungkin masih lagi berborak tentang barbie ataupun cerita kartun yang ditayangkan di kaca tv. Jadi mana mungkin pengaruh rakan sebaya ini mampu memberi impak yang besar kepada perilaku negatif pelajar itu.

3. Kesan Ideologi barat ? Penilaian baik buruk itu boleh dibuat dengan akal yang sihat, jika wujud unsur yang baik dari barat, apa salahnya untuk pembaikan ianya diambil, akan tetapi jika wujud sesuatu yang buruk jadikannya sebagai sempadan. Tapi pada pandangan logik, mampukah umur 9 tahun menapis semua ideologi yang tersebar dengan mudahnya?

4. Sistem pendidikan negara ? Jika dikaji semua silibus pendidikan yang disediakan boleh dikatakan mencukupi, tapi sejauh manakah keberkesanannya kepada para pelajar? Itu satu persoalan yang perlu diperhalusi oleh semua lapisan masyarakat. Kalau sistem itu berjaya maka sudah pasti produk yang dihasilkan mestilah menjadi. Tapi berjayakah kita?

5. Didikan agama yang kurang ? Nampaknya bila masalah pertama itu sudah menampakkan kebocoran yang begitu besar, maka secara jelas institusi pertama yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak sudah gagal. Jadi keputusannya, didikan agama memainkan peranan penting.

Nampaknya sudah 5 persoalan yang bermain-main di minda, tapi bagaiman pula cara untuk mengatasi masalah sebegini? sama-sama kita fikirkan.

4 comments:

farrazswift said...

budak-budak skrg ni banyak sgt pengaruh...tv la,abg2,kakak2,kawan2,parents sendiri kdg2 tu....skrg ni bila dgr budak kecil commit crime rasa mcm biasa dah...dunia ohhh dunia

Fahmi Ali Jr. said...

Nampaknya begitula yang sering berlaku lewat dunia ini. Jadi kita yang sedar ini, cuba sebaik mungkin untuk menyebarkan kesedaran kepada mereka. :)

farrazswift said...

insyaAllah..sama-sama cuba...tapi tu lah..budak2 skrg ni yg perangai mcm tu susah nak berubah...kita nasihat satu,10 dia balas...menjawab sungguh

Fahmi Ali Jr. said...

a'ah itu la.. semakin hari semakin bijak menjawab, maybe kita perlu guna pendekatan yang lain, bagi menjelaskan situasi "what to do & what must not to do".