CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Friday, October 7, 2011

warisan.

Kalau ikutkan hati ingin aku tinggalkan sebentar dunia perubatan ini, bukan kerana tak mahu, bukan kerana tak suka, mungkin cinta itu belum berputik lagi sepenuhnya. Ingin berehat sebentar mengejar cita.

Bukan ini yang ingin aku sampaikan, tapi adalah hajat yang telah terbuku di dalam jiwa iaitu menyelami seni warisan.. Kian lama kian pupus dimamah usia, hilang dek rakus keghairahan modenasasi menggila. Semuanya hilang...hilang tah kemana.

Seni mencanting batik. seni ukiran kayu, seni ukiran emas, perak dan gangsa, masakan tradisional.
Kalau boleh inginku kuasai semua, jika tak boleh sekurang-kurangnya biar satu dari semua itu untuk bekalan anak cucu.

Habis semua tergadai, aku risau suatu masa nanti, mungkin juga bahasaku sudah lain. Siapa tahu?

2 comments:

farrazswift said...

sangqt setuju...semua hilang...kasihan generasi akan datang...doc.jangan la sampai xde perassan cinta dengan bidang perubatan..mari sama2 kejar cita2! :)

Fahmi Ali Jr. said...

yup, semua sudah hilang ditelan zaman, nnti nk tulis or catat satu persatu permainan tradisi, risau lupa nak kongsikan dengan generasi akan datang.