CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Wednesday, May 5, 2010

celoteh bila letih...

Hari, ini mood sudah baik berbanding 2 hari lepas, tengok buku pun dah rasa macam nak tidur, alhamdulillah hari ini, 3hari sebelum exam, mood baik! Alhamdulillah once again.

Sepanjang, musim exam ni, syndrome yang pelik memang akan selalu terjadi, dan yang paling ketara sekali ialah,
1- tidur yang tidak pada waktu yang sesuai.
2-makan,makan,makan yang banyak.
3-mood yang swing swing, tapi kali ni, banyak mood sway~.
4-M.A.L.A.S juga masuk dalam carta.

apapun, semuanya di tangan kita untuk menguruskan kehidupan seharian kita, moga-moga segalanya dipermudahkan Allah.

Tahun, ini lagu tema untuk exam, amatlah pelik juga, sebab rasanya dah lama tinggal dari mendengar lagu lagu rock zaman 70's 80's 90's ni, tapi, this year memang telinga nak sangat dengar koleksi lagu tu.
-ACDC , Metallica, Deep Purple, Led zepplin, Kansas, Journey, Scorpion...etc, serius memang best! so, this year exam memang rock la!
Orang selalu cakap, lagu lagu rock ni, selalu tiada mesej la, mengarut la..apa apa semua la! tapi itu biasala, pandangan peribadi,
Masa menjawab koleksi soalan M.C.Q, lagu yang sedang didengari, ialah Metallica, Frantic..
dapat tangkap, lirik dia yang agak memberi pengajaran...

if I could have my wasted days back,
Would I use them to get back on track?

kalau dia dapat balik masa-masa yang dia sia-siakan, dia mungkin mahu buat yang terbaik, tapi semua tu tak mungkin akan berlaku, walau apapun, perkara yang telah berlalu itu mampu dijadikan sebagai pengajan yang terbaik, agar tidak mengulangi kembali perkara yang sia sia..
sama-sama fikirkan... =)

Sunday, May 2, 2010

Oh no! i'm melting.

Oh no! I'm melting, due to excessive intake of info from total 3 physiology books, make me want to puke. Be patience fahmi, "Patience is Nice".

Saturday, May 1, 2010

sedikit perkongsian..

macam, biasa sudah selesai mengupas sepatah dua, maksud dalam buku "medic" yang agak nipis, tetapi sangat sarat isinya,

some word from me..

we are now living in society, don't just think about yourself think also about others
try to live in harmony...may Allah bless us..

Friday, April 30, 2010

coretan tentang sahabat 1st

mungkin kegilaan untuk menulis di malam hari agak menjadi-jadi tatkala tekananan yang diberikan oleh 'exam final' kali ini agak kuat, bergerak :
-memandang buku, baca buku, tenung buku, cuba hafal buku.
akhirnya, tersungkur dengan,"pheww..banyaknya nak di hafal, time and time!!!"..

Tidak mengapa, akibat mahu hilangkan rasa mengantuk dan juga rasa bersalah "Study Last Minutes" so, menulis la sikit,

menulis sesuatu, tentang seorang sahabat,..sorry to him because sepatutnya, dah lama post tentang dia, "due to his demand, i wrote this, but its okay, he is one of my bets buddies.! rock on dude, rock on dude.

Muka tenang, agak pendiam, tetapi bukan sekadar diam, tetapi cuba mengamati perilaku orang berhadapan dengannya. Agak menakutkan tetapi sebenarnya, seorang yang peramah, mungkin inign menjaga batas dalam berukhuwah, menjaga hati dan perasaan di masa depan kelak insyaAllah. Anak sulung dari 3 adik beradik, hitam manis orangnya, pertama kali berkenalan mungkin tidak mahu bercakap banyak dengannya, mungkin kerana malu, atau dia rasa tidak sebulu, tetapi silap.sekarang ini sudah macam belangkas kemana pergi nak bersama saja, "opps, not a gay okay! come on. katakan taknak pada hubungan sejenis.
Sekarang sudah masuk tahun ke-2 persahabatan mencari keredhaanNya, macam macam mehnah dan tribulasi kami sudah tempuhi, cuba memahami, keadaan satu sama kali dan juga keadaan sekitar, banyak mendapat nasihat dan dorongan dari nya, tapi semuanya berunsur kutukan membina, "but it okay, everyone here know the way you always tried to give your message" kalau ada yang terasa tu, mungkin baru mengenali dirinya..
Erk, time time, agaknya, banyak lagi mahu menulis sesuatu tentang sahabat ni, mungkin di lain hari pula, masa untuk sambung belajar sudah tiba.

credits to : Abdul Muntakim Ahmad Ashaari, thanks be such a good friend to me, ukhuwahfillah..

malam study fisiology.!

hari ini,sudah lama aku menyepi, rasa pula ingin di hati untuk menulis sesuatu di blog usang, mungkin sesuatu yang sudah lama terbuku, dan tidak ketemui pula cara untuk berkongsinya, jadi menulis blog menjadi sasaran.

Aduhai, nasib badan kerana sikap malas badan menjadi mangsa, keutamaan sekarang habiskan sebanyak mungkin buku "fisioogi tahun 2" mana yang sempat itu, yang kita rembat buat bekal dalam masa yang singkat, hari ini hingga tarih peperiksaan, durasi yang tinggal 9 hari, peratusan hasil ilmu yang sempat dicedok masih di paras normal 64%, aduh kerja bahaya. tetapi berlagak dengan senyum sahaja, sembunyikan sejuta kegelisahan.

Tahun ini, 2010 tahun 2 perubatan sia-sia juga ada kenangan memang pasti ada, tetapi pengisian masih perlu ditagih lagi, semalam baihaqi, 'one of my best Jr.' meminta tolong mengiklankan "Daurah Di Yaman" wah, agak menarik rasa tertarik juga hati untuk ke sana, insyaAllah jika ada rezeki diizinkan Allah, mahu juga membawa diri, menadah kitab, paling kurang boleh menjadi bekal menempuh ranjau yang penuh liku ini.

Hahaha..gelak tawa riang hati, kawal sama, nanti makin gelap pula hati, ketawa riang lupa pula padaMu Ilahi, minta dijauhkan..amin
oh, masih masih teringatkan akan kegelisahan bagaimana mahu hadapi "exam season" 1bulan penuh dengan persediaan.

Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusanku dan juga semua sahabat perjuangan. =)

Thursday, March 25, 2010

sejenak melayan emosi..

sakit untuk mengingati aku, untuk sentiasa mengingati Allah, supaya bersyukur aku, di tiap waktu tidak kira akan waktu sehat mahupun waktu sakit.Sakit itu datang sebagai ujian, datang juga sebagai nikmat apa pun, hanya untukMu.

Agak, terseksa disebabkan oleh ulser di bibir, kawahnya boleh tahan besar, untuk cepatkan sembuh, apa lagi, setiap hari berkumur dengan air garam, selepas tu tabur garam di kawah ulser.
sakit dan pedihnya, hanya menitiskan air mata jantan dua-tiga titis je.

hope, ulser bibir cepatlah sembuh, mahukan mood untuk terus study, and study..for final exam..

minda...

Tiada kata yang lebih bernilai, dari suatu yang mengingati akan Mu ya Allah,
disebalik kancah kekalutan alam, terselit cerita tentang hamba yang penuh likunya,
membezakan keidupan seorang hamba dengan jutaan hamba yang lain, apakah amalannya,
bagaimana pula aku, sudahkah membekalkan diri dengan amalan terbaik,
teruskan kehidupanmu insan, berpeganglah kamu, dengan tali-tali Allah,
lakukan yang terbaik untuk meneruskan lagi rantai-rantai perjuangan, supaya kita tergolong dalam gologan orang yang sentiasa bekerja untuk agama Allah..