Aku masih risau dan masih ragu-ragu akan kemampuanku untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun, adakah kerana pengalaman lampau, ataupun kerana kurangnya aku menelaah pelajaran. Semuanya berlegar-legar diminda lemahku ini. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Kelam kabut hidupku dibuatnya, tunggang terbalik aku cuba cari alternatif terbaik untuk cuba menguasai dan mengingati apa semua yang telah kubaca. Kisah lampau, penuh dengan diskusi bodoh tentang lemahnya aku dalam peperiksaan, adakah akan berulang lagi pada kali ini? menjadi tanda tanya kuat dalam hati.
Sering bertanya aku, pada rakan taulan sekuliah mengenai keyakinan yang perlu dipupuk. Semua memberi semangat ibarat andaikata gagal mati. Penuh telus ikhlas hati mereka cuba menasihati agar yakin dan tabah. Aku termenung cuba menerjah jauh ke lubuk 'qalb' adakah masih jumpa sisa-sisa semangat yang hilang.
Mengukir senyum kekadag di raut wajah separa tenang ini, apabila memikirkan sejauh manakah aku telah membaca semua bahan-bahan yang telah diajar profesor, masih sempatkah semua itu di telan dan dihadamkan untuk dimuntahkan dalam medan peperiksaan yang meragukan.
Penuh sayu dalam hati, aku berbicara bersendirian pabila, melihat akan riak wajah dan tingkah laku riang sahabatku yang telah 80% isi kandungan ilmu yang ditimba sepanjang tahun sudah hampir habis dibaca dan sekarang bersiap untuk menulis sahaja.
"Usah kau lihat akan orang lain", pesan sahabat lamaku. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kita melihat saja pada diri kita dan perbaiki diri kita agar lebih baik dari mereka, bukan sepanjang hari sepanjang masa, melihat dan menilai mereka. Akan terasa lemah diri bila kau sering pikirkan tentang orang lain. Yakin dengan diri kita!.
Aku, yakin dengan diriku. Aku pasti aku mampu. Semoga Allah memberi rahmatNya menaungiku, membantuku, mempermudahkanku. Ketika aku menempuh lembah peperiksaan yang tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment