Sudah lama jari jemari ini tidak menari di atas papan keyboard yang dahulunya menjadi teman karib. Aku menulis suatu dari isi hati untuk dikongsi bersama sahabat yang lain. Hari ini jari-jari ini di atas kehendak hati,ransangan dari otak memeri peluang untuk menulis kembali. Sekian lama menjadi buntu, bukan keran sudah tidak mahu berkongsi ilmu, tetapi masa yang terhad telah memenjaraku.
Alhadmulillah kini jari-jemariku bebas kembali untuk mencoretkan kata-kata hati dalam tulisan berpenakan teknologi siber di ini hari. Lewat sudah tahun pertamaku,di bumi anbia serba indah ini. Penuh dugaan mendewasakan diri dalam tiap masa yang berlalu.
Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja untuk aku menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Indah perjalanan sepanjang diri menjadi mahasiswa, pelbagai rintangan memberikan pengalaman yang tidak terbilai harganya.. Pelajaran ‘anatomi, fisiologi,histology dan biokimia,mewarnai hidup di setiap hari.
Tidak sangka sejauh ini diri aku melangkah,Alhamdulillah ku bersyukur kepada Allah kerana memberi ruang kepada insane kerdil ini untuk mencuba sesuatu yang baru melakar sejarah hidup.
Terima kasih umi dan ayah, pengorbananmu tidak dapat ku balas,kerna tidak tahu apa layaknya sesuatu sebagai balasan di atas segalanya. Membilang hari diriku kini menghadapi peperikasaan akhir tahun. Sama ada mampu mengubah sejarah atau suatu hikmah baru sebagai pengajaran di masa hadapan. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hambuMu ini, agar segala usaha dan langkah diredhaiMu.
Di sini sahabat penuh warna-warni latar belakang semua sekali dengan satu matlamat mahu mengecapi kegemilangan bersama. InsyaAllah rezeki Allah di hadapan, ayuh sahabat mari kita mara usah dipandang kisah belakang biarkan semua itu jadi kenangan dan pengajaran.
Berbaki masa-masa kecederaan sebelum masuknya 10 Mei bermulanya kertas pertama ‘biokimia’ tidak lama selepas itu serangan kedua mula datang 26 Mei ‘anatomi’. Sarat otak ini menampung ilmu, tidak dibiarkan begitu saja terus diterjah pada 28 Mei dengan jurus kertas ketiga ‘histologi’. Senak seketika bermain dengan lakaran-lakaran seni sel halus. Berbaki kertas terakhir pada 14 Jun 2009 maka tamatlah kisah mahasiswa di tahun pertama. Semoga Allah memberikan kejayaan kepadaku dan juga seluruh warga sahabatku. Amin.
Berusahalah sehingga saat-saat terakhir, berdoala agar diperkuatkan hati dikuatkan daya ingatan. Selamat menempuh hari peperiksaaan….
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...
selmat ber'exam'!
tahun satu medic mana ye?
kalu dtg alexandria singgah la asrama mara!
insyaAllah jika punyai masa bakal singgah di bumi alex..
skrg thn 1 di bumi al-azhar!..
bittaufiq wannajah bagi kamu juga~
Post a Comment