CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, April 19, 2009

smile back...

sekitar petang indah di bandar cairo, di imarah bersama "safir mini" market di bawahnya
melepak dengan tenang aku bersama buku physiology kesayangan tapi tidak mempunyai mood untuk membacanya. Mungkin ilmu itu bakal diteroka di malam hari nanti.

Jauh sekejap aku mengelamun meneroka langit biru,disamping aku mengorek kembali memori dari hari pertama aku menjejak langkah pertama di bumi ilmu hingga sekarang.Alhamdulillah ku panjatkan syukur berjaya juga aku, berada di bumi orang.
hari pertama di sini 8 Oktober 2008, satu hari kisah sejarah hidup anak rantau menimba ilmu. Berjauhan dengan keluarga suatu perkara biasa tetapi kali ini berjauhan yang tidak mungkin boleh pulang sesuka hati. Sayu juga kekadang hati memikirkan rumah di bumi malaysia nun jauh di sana.

Tatkala di sini, tidaklah juga kesunyian dibinanya keluarga baru bersama rakan-rakan seperjuangan. Mereka sungguh baik sekali dan saling memahami, insyaAllah. Ambil masa untuk memperkukuhkan tautan ukhuwah bersama. Pada 11 November 2008 terusik hati bila teringatkannya kembali apabila ahli rumah "Bait Kachak" membuat jamuan hari jadi."Friends serious i'll never forget that sweet moment"



thanks to all "bait kachak" family members credits to:
1-Muhammad Ghazali 6-Ahmad Fuad 11-Shafiq Shafie
2-Faiz yusuf 7-Takiyuddin
3-Abdul muntakim 8-Tuan Mohd Farid
4-Yazid Hanzir 9-Zhariffulah
5-Anas Yusoh 10-Fazlur Ridzwan

thanks to all!

Ukhuwah terjalin memang indah alhamdulillah. Mereka disini keluarga baru mengubat rindu di kejauhan, moga sentiasa mendapat naungan rahmat dari Allah.Perjalan insan jauh lagi kehadapan,sesekali toleh belakang buat ingatan yang indah buat kita tersenyum yang sedih jadikan pengajaran.

Sekarang, semua dah bertebaran di rumah baru masing-masing tapi hujung minggu selalu je pergi buat lawatan sambil belajar. Biasala jarak yang tidak begitu jauh antara rumah. sekarang semua tunggang tebalik sedang bertungkus lumus untuk peperiksaan akhir tahun, semoga derjaya kelak!..insyaAllah.

May Allah bless all of us..amin!

No comments: