CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Sunday, January 17, 2010

perubahan

manusia, itu berubah-berubah sikapnya. Kadang-kadang naik rimas aku dibuatnya, kadang-kandang naik tak berapa faham pun boleh jadi juga. Tapi itulah lumrah kehidupan.

Maka ada baiklah, berubah seseorang itu kepada sesuatu yang lebih baik, dan sebaliknya pula pada mereka yang jadi lebih teruk. Harapan kembalilah, ke pangkal jalan la,kepada yang dah jauh tu.

kalau, dahulu zaman sama-sama belajar kecil-kecil dulu, lihat seorang pendiam,rajin dan baik hati. aduhai, bila besar, dialah segala otai yang ada buat masa ini, sedih pula bila tengok orang macam tu.
tapi, kalau dulu tak pernah ke surau dan selalu tinggal solat, dan sekarang pula dan macam "tok alim". sejuk pula hati bila memandang.

yang menjadi peliknya, kadang-kadang perubahan ini, buat orang lain pula tidak selesa. Kalau perubahan ke arah yang lebih baik tak selesa, boleh jadi diri sendirilah yang kena berubah la ye.
Ini ceritanya bila, orang berubah ke arah yang lebih negatiflah lebih kurang. mmm...memang kuranglah selesa kita nak bergaul atau berbual seperti dahulu kala.

walaubagaimanapun, hargailah sebuah persahabatan itu, kalau tak boleh nak menegur paling kurang berdoalah, agar Allah memberi hidayah kepada mereka itu.

1 comment:

pelita-buluh said...

Aku setuju..kehidupan kadang2 sesuatu yang sukar dijangka..kebaikan bukan selalu dalam genggaman kita..